Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

2/28/2009 04:17:00 AM

Astagfirullahal a'zim

Dihantar oleh thoyyibah


Setelah sekian lama menahan diri,
Hari ini aku tewas dgn amarah ku sendiri,
Entah dari mana datangnya personaliti baru ini,
Mungkin dek kerana aku makin jauh dengan Pencipta,
Segala-galanya bagaikan berlaku sekelip mata,

Hatiku menyayangi sahabat-sahabatku,
Malah sayang itu mungkin tertumpah lebih dari diri sendiri,
Kerana aku mengerti,
Manusia tidak mampu hidup sendiri,
Perlu diingatkan dan mengingati,
Perlu disayang dan menyayangi,
Tapi malang, ia ditenggelamkan oleh ego dan dengki,

Tatkala makin sirna suatu perhubungan,
maka syaitan mula meraikan,
Kejayaan 'mereka' membentuk pasukan,
daripada hamba Allah yang lebih mulia dari 'mereka',
yang lebih tinggi akal dan darjatnya,
kerana kita bergelar manusia,
Namun kita seakan rela bersama 'mereka',
kita manusia yang sering lupa,
dan apabila diingatkan kita tetap alpa,
melakukan kesilapan berulang-ulang kali tanpa hiba,
Sehingga kelam hati, gelap jiwa,

Ya Allah...
bersihkanlah hati-hati kami,
dari segala dosa, syak wasangka dan dengki,
kerana Kau lah empunya kerajaan hati,
yang menentukan gerak ke kanan atau ke kiri,

Kami masih sayangkan hubungan ini,
Dalam setiap kekhilafan
kami tahu ada sesuatu yang masih dapat disepakati,
Hati kecil kami merintih apabila segalanya terjadi,
Dan ia terjadi bukan atas kerelaan kami,
Kerana kami pernah merasai nikmat bersatu hati,
Kami inginkan saat-saat itu kembali,
Kembali membawa cahaya dalam hati-hati kami,

Aku tahu Ya Allah,
Segalanya ini ujian dari Mu,
Kau mengetahui tahap ketahanan diri ini dan sahabat-sahabatku,
Kini aku sudah tidak mampu,
Dan pada Kau jualah tempatku mengadu,
dalam setiap tangisan dan sendu,

Berilah kami pengakhiran yang menenangkan,
Agar kami dapat bersama semula dalam satu bulatan,
Menghadapi cabaran dalam satu barisan,
Hingga kami mampu semula mengongkah arus kesulitan,
Dalam perjalanan kami yang panjang dan menguji keimanan......

NUKILAN: thoyyibah (4.50am, 28/2/09)

2/27/2009 01:27:00 AM

Isu PPSMI semakin hangat...!

Dihantar oleh thoyyibah

Saban waktu kini makin ramai yang lantang bersuara menyuarakan penentangan terhadap perlaksanaan PPSMI di sekolah.. Hasrat rakyat dan para pendidik sangat jelas..jgnlah dikorbankan bahasa kebangsaan yang satu itu demi meningkatkan penguasaan bahasa penjajah tersebut.. Mana pergi segala metod dan kaedah pengajaran & pembelajaran Bahasa Inggeris yang dicanang oleh golongan yang pakar dlm lapangan ini..? adakah tidak ada satu formula pun yang boleh digunakan utk memantapkan kefasihan dan literasi dalam bahasa inggeris selain memansuhkan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan subjek Matematik & Sains..? dalam tulisan ini saya tidak akan menyentuh soal akta pendidikan atau mana2 isi perlembagaan.. sekadar membawa para pembaca utk berfikir dan terus berfikir mengenai isu ini..

Saya tidak faham kenapa pembuat2 dasar bersikap egoistik dan cuba juga menegakkan benang yang dah basah lencun, sedangkn saya pasti mereka faham impak terhadap perlaksanaan pelan ini.. Adakah kerana sikap partisan dan ideologi politik menjadikan mereka ingin terus menyatakan bahawa tindakan mereka ini betul? Apalah salahnya jika mereka mengembalikan semula tuntutan bahasa kebangsaan ini dan mengenepikan sebentar kepentingan politik demi menjaga kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.. kerana jika PPSMI ini tetap diteruskan ia bukan setakat menenggelamkan hak bahasa kebangsaan itu sendiri, tetapi sedikit demi sedikit identiti bangsa Malaysia akan mula terjejas dek kerana kegopohan "mengejar" Barat..

Seorang pensyarah daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, yang berlatar belakangkan pendidikan Inggeris turut menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap perlaksanaan sistem ini dalam suatu program kepimpinan peringkat kebangsaan di Ins. Aminuddin Baki, Genting Highland pada bulan 9 2008. Pada sudut pandangan beliau, beliau memberi gambaran bahawa dalam masa 10thn akan lenyaplah fungsi Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu kerana dalam jangka masa tersebut, akan hilang perbendaharaan kata dan istilah2 Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu akan sekadar menjadi bahasa kelas bawahan yang mana apabila berdepan dengan golongan2 yang dikatakan sebagai 1st class, mereka akan mengelak daripada menggunakan Bahasa Melayu malahan akan timbul pula rasa malu apabila bertutur dalam Bahasa Melayu di hadapan bangsa2 lain... Adakah modal insan jenis ini yang ingin dihasilkan oleh negara yang terlalu membanggakan Bahasa Inggeris sehingga lupa tentang agenda memperkasakan Bahasa Melayu??

Pada saya, tidak ada salah langsung bagi kita untuk fasih dan mahir berbahasa inggeris.. malah jika seseorang mempunyai kebolehan berbahasa dalam pelbagai bahasa antarabangsa, ia akan lebih terkehadapan berbanding orang lain..Tiada siapa rasanya yang menafikan hal ini. Cuma yang ingin ditegaskan ialah, jgn sekali2 merampas hak bahasa Melayu untuk menjadi bahasa ilmu sekurang-kurangnya kepada warganegaranya sendiri...



Hari ini (26/2/09) di PICC, Putrajaya berlangsung Konvensyen Patriotisme Remaja yang membincangkan tajuk "Patriotisme Asas Perpaduan Kita" dengan bersaksikan ribuan pelajar dan mahasiswa yang terdiri daripada pemimpin pelajar di peringkat sekolah, IPTA, IPGM, kolej martikulasi dan politeknik mendengar pendirian seorang insan yang bernama Prof. Teo Kok Seong dengan tegas menyuarakan pendapatnya yang pengajaran Sains dan Matematik mesti diajar semula dalam Bahasa Melayu! saya dapat dengar dengan teliti segala kupasan beliau mengenai isu ini.. Malah dalam hati sinis saya menyatakan ada masa orang yang bkn Melayu lebih memahami kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan dalam negara ini berbanding org Melayu itu sendiri... Makin pening nampaknya org2 KPM...

Mungkin keputusan "cemerlang" UPSR 2008 menjadi sandaran kepada org2 yang "berpendirian teguh" mempertahankan PPSMI.. tp artikel daripada seorang pendidik dalam sebuah akhbar alternatif baru2 ini membuka suatu persoalan baru pula.. beliau menyatakan bahawa peratusan atau markah lulus untuk subjek Matematik jatuh sehingga 20% malah mungkin lebih rendah dari itu.. Bermakna tidak peliklah sekiranya murid yang selama beberapa tahun mempelajari Matematik dalam bahasa inggeris yang tidak pernah mencapai markah lulus 40% dalam setiap ujian dan peperiksaan, boleh lulus dengan gred C & B dalam UPSR...! Adakah ini keputusan yang Kementerian Pelajaran Malaysia ingin bangga2 kan?

Diharap KPM akan lebih peka selepas ini.. Jangan nanti selepas beberapa lama sistem ini digunapakai, tiada kemajuan dalam bahasa inggeris dan Bahasa Melayu pula habis tergadai.. pendek kata yang dikejar xdpt, yang dikendong keciciran...

wa'llahua'lam..

2/25/2009 11:30:00 PM

Hari-hari terakhir dlm MPP...

Dihantar oleh thoyyibah

Hmm...bru lepas mesyuarat perpisahan MPP 08/09.. Alhamdulillah..byk dh rasenye pengalaman yang dh ditimba dalam ms 2 penggal dlm Student's Council IPGM - KBA.. Dan diperkuatkan dengan ilmu2 "mafia" yg dicurahkan oleh Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Tuan Tahir Zaman).. Mudah2 an segala pengalaman dan ilmu tu dpt membantu masa nk jd pendidik nnt...

Walaupun pd mulanya m'jangkakn akan menjalankan tugas lagi utk sesi akan dtg, tp selepas dipertimbangkan semula, ada baiknya tugas2 ni diserahkan kpd muka2 baru.. Ada jgk suara2 minta sy bertanding lagi..tp dlm hati terasa berat.. bkn ingin lari dr tanggungjawab.. tp pada dasarnya semua org tau utk pgng suatu amanah bukan satu perkara yang mudah.. bila kita buat kerja, org xendah.. bila kita menjaga kebajikan pelajar, org xprasan.. TAPI bila kita terlepas pndg sesuatu kerja, itulah perkara yang nmpk mcm kita seolah2 xpernah buat kerja... bkn mengeluh, tp tu la hakikat dlm kebanyakan organisasi yg bersifat politik.. dengan karenah birokrasi yang x pernah habis, makin sukar utk suatu amanah yang diberikan tu nk dilaksanakan.. tp tulah kate org, Kalau takut dilambung ombak, jgn berumah di tepi pantai.. kalau xsanggup korbankan keselesaan diri, jgn cuba utk menerima amanah yang besar..kelak diri sendiri yang terkena bahananya..

pengalaman 2 tahun berkhidmat dlm MPP n org putih kata work under pressure, byk mengajar diri ini.. Bermula dengan jawatan Exco Kerohanian & Pembangunan Sahsiah (07/08).. kemudian sebagai Exco Akademik (08/09) dan awl thn ni memangku jawatan S/U Agung selama 2 bulan, memang pelbagai kesulitan dh ditempuhi.. bila ada program especially bila ade orientasi, kita la yang kena bangun plng awl n tido plng lewat... kerja yang dtg last minute xyah kate la.. mmg kebykan program kt IPBA a.k.a IPGM-KBA ni dtg last minute..tmbh stress bile ms tu la assignmt tgh menggunung... Tuhan je la yang tahu bebanan masa2 mcm tu... Tp..kemanisannya tetap ada... (^_^)

Minggu2 terakhir ni sempat siapkan beberapa kerja.. siapkan paperwork Citra Guru Ranau & Ekspedisi Kinabalu, paperwork Hari Keluarga MPP 08/09, n yang terbaru siapkn paperwork Pusat Kegiatan Pelajar.. n pasni kena buat surat2 penghargaan kepada pensyarah dan kepada exco2 MPP yang dh berkhidmat last year n awal thn ni..
tgh duk pikir psl Ekspedisi Gunung Kinabalu hujung sem ni..banyak benda hanging.. Tiket flight dh beli..harap2 Allah permudahkan kejayaan program ni..

N lastly kepada calon2 yang bakal b'tnding merebut jawatan2 dlm MPP 09/10, semoga kalian istiqamah dgn tekad yang dh diletakkan.. mungkin byk cabarannya, tp cabaran tu la yang mematangkan kita utk menghadapai segala macam halangan dan ujian sebagai bakal pendidik pd masa akan dtg..dan inilah ruang & peluang utk kalian mengasah bakat kepimpinan yg mungkin tersembunyi selama ini... sy selalu berpegang bahawa "pengalaman adalah kekuatan".. dan inilah masanya utk kita menambah pengalaman, xkira pengalaman manis atau pahit, dlm ms yg sama kita memantapkan jasmani dan spiritual diri masing2..

Sy ucapkn, Selamat Berjaya kpd semua....

2/22/2009 09:53:00 PM

Saudara Baru...

Dihantar oleh thoyyibah

Terpegun...itu sajalah yang saya boleh katakan tentang perbincangan yang dibuat dalam rancangan Al-Kulliyah terbitan TV3.. kebijaksanaan Ustaz Fauzi mengendalikan perbincangan dan kepetahan dua orang ahli panel iaitu Ustaz Wan Shohor Bani Leman dan Dr. Ridhuan Tee Abdullah (pensyarah kanan Uni. Pertahanan Nasional Malaysia) pasti akan menerobos ke dalam hati sesiapa sahaja yang menonton diskusi tersebut..

topik yang menjadi bahan perbincangan pada hari tersbut (20/2/09-Jumaat) ialah berkenaan "Muallaf".. dengan kehadiran Dr. Ridhuan Tee memang sy sudah jangka dari awal yang kupasan yang dibuat oleh beliau akan membawa kita lebih menyelami isu ini dgn lebih mdalam...

perbincangan dimulakan dengan kupasan dari segi makna oleh ustaz wan..ustaz wan menyebut bahawa perkataan "muallaf" tidak terdapat dlm mana2 kitab fiqh..cuma dlm Alquran ada dinyatakan golongan yang layak menerima zakat ada 8 golongan dan salah satunya ialah golongan muallaf.. dan beliau memberitahu bahawa maksud muallaf ialah "golongan yang dijinakkan hatinya"..

manakala lontaran hujah yang diberi oleh Dr. Ridhuan pula lebih menyentuh emosi lantaran soalan berkenaan halangan yang menimpa golongan saudara2 muslim ini..beliau menegaskan tentang cara yang berhikmah dan lemah lembut dalam memberi pengetahuan dan tunjuk ajar kepada golongan ini kerana khuatir mereka akan kembali kepada agama asal.. dan di kala inilah perasaan sebak menguasai dr.ridhuan hingga beliau tidak dapat meneruskan bicara..malah kelihatan audiens yang hadir juga turut menitiskan air mata termasuklah saya yang melihat dari kaca tv.. dr.ridhuan sedih ketika cuba mngulas tentang banyak kes2 murtad yang berlaku dalam kalangan saudara baru/muslim.. antara yang diceritakan ialah bagaimana seorang isteri yang telah menikahi suaminya yg merupakan saudara baru dan telah lama hidup serumah dan telah mempunyai beberapa org anak, akhirnya ingin murtad.. hatinya kecewa kerana beliau tidak dapat melakukan apa2 dan melontarkan pula persoalan apa yang si isteri tadi telah usahakan utk membimbing suaminya selama mereka berkahwin? pada beliau telah nyata isteri tadi gagal membimbing suami dan membiarkan si suami tidak melaksanakan kewajipan sebagai seorang muslim wlpn telah bertahun2 hidup bersama..


Selain perkara ini, panelis turut mengupas isu prejudis dalam kalangan masyarakat terhadap mereka yang baru memeluk Islam ini.. saya amat bersetuju dengan panelis..adalah salah bagi kita untuk memandang rendah dan menghina mereka..siapalah kita untuk menilai iman seseorang..tiada langsung hak pada kita untuk meletakkan seseorang itu lebih rendah kedudukannya dek kerana masa silam mereka ketika masih belum mendapat Nur Ilahi.. dan mungin ada yang berfikiran dangkal berpendapat disebabkan kita lebih lama Islam daripada mereka kita boleh memandang mereka dgn sebelah mata shj dan mengabaikan kewujudan mereka....... sedangkan banyak berlaku saudara2 baru ini lebih arif tentang hukum hakam Islam berbanding kita yang dikatakan telah "lama" Islam.. nama2 besar seperti Yusuf Islam, Saudara Ann Wan Seng (gambar), Ustaz Mohamad Farid Ravi Abdullah, saudara Nazrey Johari dan ramai lagi.. ilmu mereka tentang Islam sangat luas dan menjadi rujukan ummah...

Namun kini, timbul kebimbangan dalam hati saya...adakah gerak geri saya diperhatikan oleh mereka yang mula ingin dekat dan ingin mempelajari Islam? jika ya, apakah perilaku yang saya perlihatkan ini akan menyebabkan mereka makin ingin dekat dgn Islam atau sebaliknya?nau'zubillah.... terasa amat berdosa jika tingkahlaku yang saya perlihatkan menjadi sebab golongan ini semakin menjauhi Islam..di mana saya perlu letakkan pertanggungjawaban tersebut...? Ya Allah..berilah petunjuk padaku, agar memperelokkan kata, laku dan hatiku... jgnlah dijadikan diri ini sebagai fitnah terhadap agamaku sendiri... ameen...

2/18/2009 11:03:00 PM

AWAS! 10 perkara yang membatalkan keISLAMan kita...

Dihantar oleh thoyyibah

Penulis : Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz


Segala puji bagi Allah (Subhanahu wa Ta’ala) , Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada nabi yang terahir Muhammad (Salallahu 'alaihi Wassalam), para keluarga dan para Sahabat baginda, serta kepada orang- orang yang setia mengikuti petunjuk baginda.

Selanjutnya : Ketahuilah, wahai saudaraku kaum muslimin, bahawa Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah mewajibkan kepada seluruh hamba – hambaNya untuk masuk ke dalam agama Islam dan berpegang teguh denganya serta berhati –hati untuk tidak menyimpang darinya.

Allah juga telah mengutus NabiNya Muhammad (Salallahu 'alaihi Wassalam) untuk berdakwah dalam hal ini, dan memberitahu bahawa barangsiapa bersedia mengikutinya akan mendapatkan petunjuk dan barangsiapa yang menolaknya akan sesat.

Allah juga mengingatkan dalam banyak ayat- ayat Al-Qur’an untuk menghindari sebab- sebab kemurtadan, segala macam kemusyrikan dan kekafiran.

Para ulama rahimahumullah telah menyebutkan dalam bab hukum kemurtadan, bahawa seorang muslim boleh di anggap murtad ( keluar dari agama Islam) dengan berbagai cara, yang menyebabkan halal darah dan hartanya dan di anggap keluar dari agama Islam.

Yang paling berbahaya dan yang paling banyak terjadi ada sepuluh hal, yang di sebutkan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan para ulama lainnya, dan kami sebutkan secara ringkas, dengan sedikit tambahan penjelasan untuk anda, agar anda dan orang – orang dan setiap daripada kita berhati hati dalam hal ini, dengan harapan dapat selamat dan terbebas daripadanya.

Pertama:
Diantara sepuluh hal yang membatalkan keislaman tersebut adalah mempersekutukan Allah (Subhanahu wa Ta’ala) ( syirik ) dalam beribadah.

Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman:
] إن الله لا يغفر أن يشرك به ويغفر ما دون ذلك لمن يشاء[ سورة النساء، الآية : 116

ertinya : “ Sesungguhnya Allah (Subhanahu wa Ta’ala) tidak mengampuni dosa syirik(menyekutukan ) kepadaNya, tetapi mengampuni dosa selain itu, kepada orang – orang yang dikehendakinya “.( Annisa’ ayat : 116)

Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman:

] إنه من يشرك بالله فقد حرم الله عليه الجنة ومأواه النار وما للظالمين من أنصار[ سورة المائدة : 72.

ertinya: “ Sesungguhnya orang yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang – orang zalim” .( Al- Maidah : 72).

Dan di antara perbuatan kemusyrikan tersebut adalah ; meminta doa dan pertolongan kepada orang- orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban untuk mereka.


Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara antara dirinya dengan Allah (Subhanahu wa Ta’ala), meminta do’a dan syafaat serta bertawakkal ( berserah diri ) kepada perantara tersebut.
Orang yang melakukan hal itu, menurut ijma’ ulama ( kesepakatan) para ulama, adalah kafir.


Ketiga :
Tidak menganggap kafir orang- orang musyrik, atau ragu atas kekafiran mereka, atau membenarkan konsep mereka. Orang yang demikian ini adalah kafir.


Keempat:
Berkeyakinan bahwa tuntunan selain tuntunan Nabi Muhammad (Salallahu 'alaihi Wassalam) lebih sempurna, atau berkeyakinan bahawa hukum selain dari baginda lebih baik, seperti ; mereka yang utamakan aturan - aturan thoghut (aturan – aturan manusia yang melampaui batas serta menyimpang dari hukum Allah ), dan mengenepikan hukum Rasulullah (Salallahu 'alaihi Wassalam) , maka orang yang berkeyakinan demikian adalah kafir.

Orang yang berkeyakinan bahawa aturan- aturan dan perundangan yang diciptakan manusia lebih utama daripada syariat Islam, atau bahawa syariat Islam tidak tepat untuk diterapkan pada abad ke dua puluh ini, atau berkeyakinan bahwa Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin, atau berkeyakinan bahawa Islam itu terbatas dalam mengatur hubungan antara manusia dengan Tuhannya saja, dan tidak mengatur urusan kehidupan yang lain.

Juga orang yang berpendapat bahwa melaksanakan hukum Allah Ta'ala dan memotong tangan pencuri, atau merejam pelaku zina ( muhsan) yang telah kawin tidak sesuai lagi di masa kini.

Demikian juga orang yang berkeyakinan diperbolehkan penetapan hukum selain hukum Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dalam segi mu’amalat syar’iyyah, seperti perdagangan, sewa menyewa, pinjam meminjam, dan lain sebagainya, sekalipun tidak disertai dangan keyakinan bahawa hukum- hukum tersebut lebih utama dari pada syariat Islam.

Kerana dengan demikian ia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah (Subhanahu wa Ta’ala) , menurut kesepakatan para ulama’. sedangkan setiap orang yang telah menghalalkan apa yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah (Subhanahu wa Ta’ala) dalam agama, seperti zina, minum arak, riba dan penggunaan perundangan selain Syariat Allah (Subhanahu wa Ta’ala), maka ia adalah kafir, menurut kesepakatan para umat Islam.


Kelima :
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah (Salallahu 'alaihi Wassalam) , meskipun ia sendiri mengamalkannya. Orang yang sedemikian ini adalah kafir. Karena Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah berfirman :

] ذلك بأنهم كرهوا ما أنزل الله فأحبط أعمالهم [ سورة محمد, الآية : 9.

ertinya :" Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah (Subhanahu wa Ta’ala), maka Allah (Subhanahu wa Ta’ala) menghapuskan (pahala ) segala amal perbuatan mereka”. ( Muhammad : 9).


Keenam:
Memperolok–olok sesuatu dari ajaran Rasulullah (Shalallahu 'alaihi Wassalam), atau memperolok – olok pahala maupun siksaan yang telah menjadi ketetapan agama Allah (Subhanahu wa Ta’ala), maka orang yang demikian menjadi kafir, karena Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah berfirman :

] قل أبالله وآياته ورسوله كنتم تستهزئون لا تعتذروا قد كفرتم بعد إيمانكم [ سورة التوبة، الآية : 65-66.

ertinya : “ katakanlah ( wahai Muhammad ) terhadap Allah kah dan ayat – ayat Nya serta RasulNya kalian memperolok – olok ? tiada erti kalian meminta maaf, kerana kamu telah kafir setelah beriman “ . (At- Taubah : 65- 66).


Ketujuh :
Sihir di antaranya adalah ilmu guna-guna yang merubah kecintaan seorang suami terhadap istrinya menjadi kebencian, atau yang menjadikan seseorang mencintai orang lain, atau sesuatu yang di bencinya dengan cara syaitan. dan orang yang melakukan hal itu adalah kafir, karena Allah (Subhanahu wa Ta’ala) telah berfirman :

] وما يعلمان من أحد حتى يقولا إنما نحن فتنة فلا تكفر[ سورة البقرة، الآية : 102.

ertinya :” Sedang kedua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada seorangpun, sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, sebab itu janganlah kamu kafir “.( Al-Baqarah : 102.)


Kelapan:
Membantu dan menolong orang – orang musyrik untuk memusuhi kaum muslimin. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman:

] ومن يتولّهم منكم فإنه منهم إن الله لا يهدي القوم الظالمين [ سورة المائة، الآية : 51.

ertinya : “ Dan barang siapa di antara kamu mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani ) menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang tersebut termasuk golongan mereka. sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang – orang yang zalim” .( Al- Maidah: 51).


Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sebahagian daripada manusia dibolehkan tidak mengikuti syari’at Nabi Muhammad (Salallahu 'alaihi Wassalam) , maka yang berkeyakinan seperti ini adalah kafir. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman :

] ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه وهو في الآخرة من الخاسرين [ سورة آل عمران: 85.

ertinya:” Barang siapa menghendaki suatu agama selain Islam, maka tidak akan diterima agama itu daripadanya, dan ia di akhirat tergolong orang- orang yang rugi”.( Ali- Imran: 85).

Kesepuluh :
Berpaling dari ِِAgama Allah (Subhanahu wa Ta’ala); dengan tanpa mempelajari dan tanpa melaksanakan ajarannya. Allah (Subhanahu wa Ta’ala) berfirman :

( ومن أظلم ممن ذكر بآيات ربه ثم أعرض عنها إنَّا من المجرمين منتقمون[ سورة السجدة : 22.

ertinya : “ Tiada yang lebih zalim dari pada orang yang telah mendapatkan peringatan melalui ayat – ayat Tuhannya, kemudian ia berpaling dari padanya. Sesungguhnya kami menimpakan pembalasan kepada orang yang berdosa “. ( As- Sajadah : 22).

Dalam hal- hal yang membatalkan keislaman ini , tak ada perbezaan hukum antara yang main-main dan yang sungguh- sungguh ( yang sengaja melanggar ) ataupun yang takut, kecuali orang yang dipaksa. Semua itu merupakan hal- hal yang paling berbahaya dan paling sering terjadi. Maka setiap muslim hendaknya menghindarinya. Kita berlindung kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) daripada hal- hal yang mendatangkan kemurkaan Nya dan kepedihan siksaanNya. Kami mohon kepada Allah (Subhanahu wa Ta’ala) agar memberi taufiq kepada kita semua untuk setiap hal yang di redhai Nya, dan memberi petunjuk kepada kita dan kepada seluruh umat Islam jalannya yang lurus. Sesungguhnya Allah (Subhanahu wa Ta’ala) adalah Maha Mendengar dan Maha Dekat. Salawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi kita Muhammad (Shalallahu 'alaihi Wassalam), kepada para keluarga dan para shahabat beliau.


-Befi
(Dinukil dari kitab نواقض الإسلام oleh Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz bin Baz, edisi Indonesia Hal-hal yang membatalkan Keislaman)
.

2/18/2009 10:51:00 PM

Riya'..... Kita amat menghampirinya...

Dihantar oleh thoyyibah

Penulis : Ibnu Qudamah (Al-Imam Ahmad bin Abdurrahman bin Qudamah Al-Maqdisy)

Ketahuilah bahwa kata riya' itu berasal dari kata ru'yah (melihat), sedangkan sum'ah (reputasi) berasal dari kata sami'a (mendengar). Orang yang riya' menginginkan agar orang-orang boleh melihat apa yang dilakukannya.

Riya' itu ada yang nampak dan ada pula yang tersembunyi. Riya' yang nampak ialah yang dibangkitkan amal dan yang dibawanya. Yang sedikit tersembunyi dari itu adalah riya' yang tidak dibangkitkan amal, tetapi amal yang sebenarnya ditujukan bagi Allah menjadi ringan, seperti orang yang biasa tahajud setiap malam dan merasa berat melakukannya, namun kemudian dia menjadi ringan mengerjakannya tatkala ada tamu di rumahnya.

Yang lebih tersembunyi lagi ialah yang tidak berpengaruh terhadap amal dan tidak membuat pelaksanaannya mudah, tetapi sekalipun begitu riya' itu tetap ada di dalam hati. Hal ini tidak dapat diketahui secara langsung kecuali dengan tanda-tanda tertentu.

Tanda yang paling jelas adalah, dia merasa senang jika ada orang yang melihat ketaatannya.

Berapa banyak orang yang ikhlas mengerjakan amal secara ikhlas dan tidak bermaksud riya' dan bahkan membencinya. Dengan begitu amalnya menjadi sempurna. Tapi jika ada orang-orang yang melihat dia merasa senang dan bahkan mendorong semangatnya, maka kesenangan ini dinamakan riya' yang tersembunyi. Andaikan orang-orang tidak melihatnya, maka dia tidak merasa senang. Dari sini dapat diketahui bahwa riya' itu tersembunyi di dalam hati, seperti api yang tersembunyi di dalam batu.

Jika orang-orang melihatnya, maka ia menimbulkan kesenangan padanya. Kesenangan ini tidak membawanya kepada hal-hal yang dimakruhkan, tapi ia bergerak dengan gerakan yang sangat halus, lalu membangkitkannya untuk menampakkan amalnya, secara tidak langsung mahupun secara langsung.

Kesenangan atau riya' ini sangat tersembunyi, hampir tidak mendorongnya untuk mengatakannya, tapi cukup dengan sifat-sifat tertentu, seperti muka pucat, badan kurus, suara parau, bibir kuyu, bekas lelehan air mata dan kurang tidur, yang menunjukkan bahawa dia banyak solat malam.

Yang lebih tersembunyi lagi ialah menyembunyikan sesuatu tanpa menginginkan untuk diketahui orang lain, tetapi jika bertemu dengan orang-orang, maka dia merasa suka merekalah yang lebih dahulu mengucapkan salam, menerima kedatangannya dengan muka berseri dan rasa hormat, langsung memenuhi segala keperluannya, menyuruhnya duduk dan memberinya tempat. Jika mereka tidak berbuat seperti itu, maka dia akan merasa tidak selesa di dalam hati.

Orang-orang yang ikhlas senantiasa merasa takut terhadap riya' yang tersembunyi, iaitu yang berusaha memberitahu orang-orang dengan amalnya yang soleh, menjaga apa yang disembunyikannya dengan cara yang lebih ketat daripada orang-orang yang menyembunyikan perbuatan kejinya. Semua itu mereka lakukan karena mengharap agar diberi pahala oleh Allah pada Hari Kiamat.

Noda-noda riya' yang tersembunyi banyak sekali ragamnya, hampir tidak terkira jumlahnya. Selagi seseorang menyedari dirinya yang terbahagi antara memperlihatkan ibadahnya kepada orang-orang dan antara tidak memperlihatkannya, maka di sini sudah ada benih-benih riya'. Tapi tidak setiap noda itu menggugurkan pahala dan merosakkan amalan. Masalah ini harus diperincikan lagi secara mendalam.

Telah disebutkan dalam riwayat Muslim, dari hadits Abu Dzarr Radliyallahu Anhu, dia berkata, "Ada orang yang bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat engkau tentang orang yang mengerjakan suatu amal dari kebaikan dan orang-orang memujinya?" Beliau menjawab, "Itu merupakan khabar gembira bagi orang Mukmin yang diberikan lebih dahulu di dunia."

Namun jika dia ta'ajub agar orang-orang tahu kebaikannya dan memuliakannya, bererti ini adalah riya'.


-Befi
(Penulis : Al-Imam Asy-syeikh Ahmad bin Abdurrahman bin Qudamah Al-Maqdisy, "Muhtashor Minhajul Qoshidin, Edisi Indonesia: Minhajul Qashidhin Jalan Orang-orang yang Mendapat Petunjuk", Pustaka al-Kautsar, Jakarta Timur, 1997, hal. 271-286.)

2/16/2009 01:05:00 AM

Penilaian akal atau perasaan?

Dihantar oleh thoyyibah

Apabila kita melihat sesuatu situasi atau mendengar sesuatu perkara, kita akan membina persepsi terhadap perkara tersebut. Tidak kira sama ada persepsi yang dicipta itu terarah kepada perkara positif atau sebaliknya. Adakalanya persepsi yang diletakkan bersifat bias dan berdasarkan pemerhatian yang tidak dibuat secara menyeluruh. Dan pembinaan persepsi dan penilaian yang dibuat ini berlainan mengikut corak pemikiran dan perasaan seseorang pada saat dia melihat atau mendengar sesuatu perkara tersebut. Perbezaan inilah yang akan menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan kita. Perbezaan pendapat yang berlaku pula bukanlah seperti perbezaan pendapat (khilafiah) yang berlaku dalam kalangan orang bijak pandai atau ulama' yang bersandarkan kepada akal budi dan ilmu. Ia berlaku dalam masyarakat biasa, yang mana ilmunya tidak sehebat mana, bersikap adakala endah tak endah tentang sesuatu perkara yang dirasakan tidak akan menjejaskan dirinya dan mengamalkan gaya hidup m'ikut keselesaan dan kesukaannya dan sering pula bersikap ignorance dalam banyak hal tetapi sering pula ingin meletakkan persepsi tentang sesuatu perkara tanpa berdasarkan ilmu malah kebanyakan persepsi yang dibuatnya hanya berpandukan emosi dan perasaan. Saya bukan ingin menuduh bahawa golongan ini tidak pandai, cuma sikap mereka yang tidak ambil kisah itu menyebabkan mereka kekurangan ilmu dan maklumat sehingga mengakibatkan keputusan yang mereka buat telah menganiaya orang lain.


Mungkin ada yang mula terfikir, biar sajalah orang sebegini. Biar saja mereka dengan dunia mereka. Tapi kita tidak sedar bahawa golongan inilah yang paling ramai melata di muka bumi ini. Seringkali mereka inilah yang menjadi penentu atmosfera sosial masyarakat, penentu keputusan politik, ekonomi dan kestabilan untuk sebuah negara, serta penentu masa depan dunia. Dan mungkin orang tersebut adalah saya atau anda yang sedang membaca entri ini....


Namun begitu saya tidak berhajat untuk menulis perkara yang jauh atau agak asing dalam kehidupan masyarakat biasa. Sekadar memberi contoh yang dekat dengan diri kita.


Situasi:


Ketika anda kita sedang bersiar-siar di taman sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan, tiba2 anda terlihat musuh anda yang bernama Rashid (bukan nama sebenar) berjalan dengan seorang wanita. Anda tidak tahu latar belakang keluarga Rashid secara mendalam tetapi anda yakin yang Rasid belum beristeri lagi. Dek kerana meluat melihat gelagat Rashid, anda terus menanam persepsi yang Rashid bersiar2 bersama teman wanitanya kerana melihat kedua2nya begitu mesra. Anda tersenyum gembira melihat situasi tersebut kerana anda telah punya rencana untuk memburukkan Rashid.


Soalan saya, (1) berapa ramai antara kita yang akan pergi kepada Rashid untuk bertanyakan siapa sebenarnya wanita tersebut dalam keadaan anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan beliau? dan (2) berapa ramai yang akan terus mengelak dari berjumpa dengan Rashid dan kemudian menceritakan perihal situasi yang anda nampak tersebut kepada orang lain yang bertujuan memburuk2kan Rashid? Serta (3)berapa ramai pula yang akan bersikap berdiam diri dan tidak menceritakan situasi tersebut yang anda sendiri tidak pasti kepada orang lain? Anda nilaikan sendiri apakah persepsi dan tindakan anda.


Penjelasan:


Di sini ingin saya jelaskan tentang situasi di atas. Wanita yang berjalan bersama Rashid merupakan adiknya yang bernama Zahidah yang mempunyai masalah asma yang agak teruk sehingga menyebabkan beliau tidak dapat keluar daripada rumah dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Hal ini menyebabkan tidak ramai yang mengenali Zahidah dan tahu bahawa Zahidah merupakan adik kepada Rashid. Jadi, pada hari tersebut Rashid berhajat membawa adik kesayangannya yang beza umur mereka cuma beberapa tahun, pergi menghirup udara segar di tasik tersebut dan menceriakan adiknya yang sering murung kerana tidak dapat keluar dari rumah jika tiada ahli keluarga yang menemani.


Dalam tiga golongan di atas jika anda termasuk dalam golongan pertama dan ketiga maka selamatlah Rashid daripada bahana fitnah.Tetapi jika anda berada dalam golongan kedua, alangkah kesiannya Rashid. Niatnya yang baik telah disalah faham oleh orang lain yang menyebabkan dia mendapat fitnah bahawa dia berdua-dua di taman bersama "teman wanitanya". Dan bagaimana pula jika anda adalah orang yang mendengar cerita tersebut. Adakah anda akan terus menyebarkan cerita tersebut tanpa mengetahui perkara sebenar dan jadilah cerita berangkai yang tidak pasti di mana hujungnya atau bertindak berjumpa dengan Rashid untuk mendapatkan penjelasan?


Jadi daripada situasi di atas anda dapat lihat di mana kedudukan anda ketika anda menetapkan keputusan untuk sesuatu perkara yang anda lihat atau sesuatu perkara yang anda dengar. Jika ada yang menyatakan sesuatu perkara yang kita dengar itu tidak semestinya benar, begitu juga halnya dengan situasi yang kita lihat kerana kita tidak terlibat secara langsung dengan perkara tersebut.


Banyak lagi situasi yang boleh kita perlihatkan di sini seperti melihat lelaki dan perempuan berpegangan tangan dalam train misalnya, mendengar cerita bahawa seorang yang kita hormati dituduh berkhalwat dgn bukan mahram, melihat suatu perhimpunan demonstrasi jalanan dan sebagainya. Setiap daripada kita akan memberi persepsi masing2 tidak kiralah ianya berdasarkan akal atau perasaan. Yang penting ialah apakah kesan daripada persepsi dan penilaian yang kita buat itu memberi impak positif atau negatif kepada orang lain dan kepada masyarakat seluruhnya.


Sekadar provokasi minda.. Marilah sama2 kita fikir2kan...


Waallahua'lam..

2/16/2009 01:02:00 AM

Sejarah Pertembungan Islamis - Sekularis Di Dunia Islam

Dihantar oleh thoyyibah

SEJARAH PERTEMBUNGAN ISLAMIS-SEKULARIS
DI DUNIA ISLAM

Oleh:
Prof Madya Dr Mohamad Redzuan Othman


Sekular berasal daripada perkataan Latin 'saeculum' yang bererti 'suatu generasi atau zaman'. Dalam konteks barat dan dunia Kristian sekular membawa maksud penolakan agama dalam urusan yang berkaitan dengan keduniaan atau lebih jelasnya pemisahan antara agama dan negara. Agama cuma dibataskan kepada urusan individu dan duniawi dan tidak mempunyai hubungan dengan urusan politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.


Asas kepada sekularisme ialah politik yang berteraskan kebangsaan, ekonomi bebas (laissez faire) dan budaya hidup yang berlandaskan individualisme. Sekularisme menafikan aspek kehidupan yang berkaitan dengan kerohanian dan menekankan kepada aspek-aspek kebendaan. Sekularisme juga menafikan kewibawaan yang mempunyai unsur-unsur kerohanian. Ini termasuklah penolakan kuasa mutlak Allah s.w.t. dan kewibawaan para nabi dan rasul. Para sekularis menganggap agama adalah buatan manusia dan tidak mengikut peredaran zaman.


Sejarah Kemunculan Sekularisme


Sekularisme lahior daripada pergolakan yang berlaku dalam agama Kristian pada abad pertengahan. kemunculannya adalah berikutan tindakbalas penganut agama tersebut terhadap kongkongan dan penguasaan gereja ke atas masyarakat. Peperangan Salib telah membuka mata orang Kristian Eropah terhadap perubahan, termasuk menuntut kebebasan daripada semua bentuk kongkongan gereja yang selama ini hanya membenarkan ilmu-ilmu yang tidak bercanggah dengan kepentingannya.


Melalui gerakan yang dilakukan, orang Kristian Eropah berjaya memisahkan seluruh aspek kehidupan mereka daripada pengaruh gereja. Kemajuan ilmu pengetahuan yang dicapai membolehkan mereka menghasilkan kemajuan ekonomi dan politik. Sistem feudal yang diamalkan sebelum ini digantikan dengan sistem kapitalis yang pada awal abad ke-20 turut membawa kepada kemunculan Komunisme dan Sosialisme. Melalui pemisahan sepenuhnya antara agama dan negara masyarakat moden yang dibentuk di Eropah dibina di atas asas sekular.


Sekularisme dan Dunia Islam


Sekularisme merebak ke dunia Islam melalui pertembungan dengan barat. Menjelang pertengahan abad ke-19, sebahagian besar wilayah Islam dijajah oleh barat. Ini termasuklah penjajahan Inggeris di Tanah Melayu (1874), Perancis di Tunisia (1881), Inggeris di Mesir (1882) dan Rusia di Merv (1883).


Daulah Islamiyah yang masih mampu bertahan ialah Daulah Uthmaniyah. Namun begitu, Daulah Uthmaniyah terpaksa berhadapan dengan ancaman barat yang menggelar daulah tersebut sebagai 'orang sakit Eropah'. Sebagai usaha untuk menghadapi ancaman ini, Daulah Uthmaniyah telah mengambil nilai-nilai barat agar mampu menghadapi persaingan tersebut. Ini termasuklah menghantar pelajar-pelajar Turki belajar di barat, memperkenalkan sistem pendidikan barat, menerima sistem perundangan barat termasuk hak sama rata antara orang Islam dan orang bukan Islam dan sebagainya.


Penerimaan unsur-unsur barat turut membawa idea dan nilai barat ke dalam masyarakat Turki. Kemasukan unsur-unsur ini merupakan permulaan kepada usaha-usaha ke arah memisahkan peranan agama dalam pemerintahan. usaha-usaha ini dijuarai oleh pergerakan Turki Muda yang kemudiannya berjaya menjatuhkan pemerintahan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909. Pemerintahan Turki Muda selama lebih kurang satu dekad menyaksikan Daulah Uthmaniyah hancur dan turki kemudiannya muncul sebagai sebuah negara sekular.


Peristiwa yang berlaku di Turki meruapakn satu contoh bagaimana sekularisme berjaya merobohkan sebuah peradaban yang dibina selama 600 tahun. Sekualrisme juga bertapak di negara-negara Islam yang lain dan seterusnya berjaya mendominasi politik negara. Golongan sekularis yang mengambil pelbagai bentuk seperti nasionalis sosialis, Baathis dan sebagainya kini merupakan kelompok yang berjaya menguasai politik negara Islam. Kejayaan yang dicapai oleh kelompok ini adalah hasil eksploitasi, tipu daya, peranan kuasa barat dan juga akibat beberapa kelemahan kelompok Islam sendiri sehingga menyebabkan mereka gagal dalam persaingan yang berlaku.


Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Turki


Daulah Islamiyah merupakan salah satu empayar yang teragung dlam sejarah manusia. Empayar ini berjaya bertahan selama sekitar 600 tahun dan menguasai sebahagian besar tiga benua iaitu Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika Utara. Empayar ini hancur dalam tahun 1924 apabila Kemal Ataturk mengujudkan sebuah negara Turki sekular. Bagi Kemal segala-gala yang berunsur Islam dianggap penghalang kepada kemajuan. Kemajuan dikaitkan dengan pembaratan yang mengamalkan nilai-nilai sekularisme. Sebagai melaksanakan cita-cita ini Kemal cuba mensekularkan seluruh kehidupan masyarakat Turki yang meangkumi aspek pendidikan, politik, ekonomi, nilai hidup dan sebagainya. Pelaksanaannya termasuklah menghapuskan Islam sebagai agama rasmi negara, menggantikan undang-undang Syariah dengan undang-undang barat, menggantikan tulisan Arab kepada tulisan Latin, mengharamkan pemakaian purdah dan berpuluh-puluh lagi peraturan yang bertujuan bagi memisahkan masyarakat daripada ajaran Islam.


Kemal berjaya mewujudkan sebuah negara Turki merdeka melalui dokongan yang diberikan oleh mereka yang berjuang di atas landasan Islam. Malahan pada peringkat awal perjuangannya, Kemal menggunakan platform Islam bagi mendapatkan sokongan. Beliau sering menaiki mimbar pada hari Jumaat untuk menyampaikan khutbah. Umat Islam Turki terpedaya dengan sikap kepura-puraan Kemal sehingga membolehkan beliau berjaya menguasai tampuk kekuasaan Turki.


Bagi memastikan idealisme terus berkekalan, Kemal menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan pendidikan dan ketenteraan. Melalui pendidikan Kemal ingin memastikan bahawa generasi yang dilahirkan dibentuk mengikut acuan sekularnya menakala melalui ketenteraan Kemal ingin memastikan bahawa pelaksanaan mesti dijalankan walaupun melalui paksaan atau kekerasan. Ternyata pendekatan yang dilakukan oleh Kemal ini telah membentuk generasi yang amat tebal nilai-nilai sekularnya.


Walaupun Kemal telah membuat perancangan dan pelaksanaannya, namun masyarakat Turki tidak dapat dikikis sepenuhnya daripada nilai-nilai keislaman yang pernah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Sejak awal tahun 1970-an cahaya Islam mula menyinar di Turki. Melalui kegiatan kepartian yang digerakkan oleh Neemettin Erbakan pengaruh Islan ternyata berjaya menjadi unsur penting dalam politik Turki. Namun begitu untuk Islam muncul sebagai kuasa dominan bukan suatu yang mudah kerana nilai-nilai sekularisme telah berakar umbi dalam masyarakat Turki. Lebih-lebih lagi nilai-nilai ini amat mendominasikan golongan elit, birokrat dan tentera.


Kemunculan kembali Islam sebagai unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Turki akan membawa kepada konflik dengan golongan sekularis. Dalam pertembungan yang berlaku kelompok Islam telah mengalami pelbagai tindakan seperti parti yang menjadi wadah diharamkan, pelajar-pelajar yang bersimpati dengan Islam tidak dibenarkan meneruskan pengajian, pemimpin-pemimpin yang memperjuangkan Islam dipenjara atau dihalang daripada menjalankan kegiatan politik.


Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Mesir


Selapas Perang Dunia I, politik Mesir telah didominasikan oleh Parti Wafd di bawah pimpinan Saad Zaghlul, seorang lulusan Universiti Al-Azhar yang berjuang bagi mendapatkan kemerdekaan daripada penjajah Inggeris. Walaupun perjuangan Parti Wafd adalah atas asas-asas kebangsaan, namun parti ini didokong oleh unsur-unsur Islam yang kuat. Selepas kematian Zaghlul pada tahun 1927, Parti Wafd kehilangan arah dan terpaksa berhadapan dengan pelbagai krisis yang melemahkan parti tersebut.


Sepanjang tahun 1930-an dan 1940-an politik Mesir semakin diwarnai oleh aliran politik yang berteraskan ideologi yang jelas. Pada waktu inilah politik Mesir didominasikan oleh Ikhwan al-Muslimin di bawah pimpinan Hassan al-Banna. Pada waktu ini Ikhwan al-Muslimin telah memainkan peranan penting dalam menyemarakkan kesedaran politik masyarakat, meningkatkan amalan spiritual melalui program usrah dan tarbiyyah dan menggerakkan kemajuan melalui program ekonomi dan sosial.


Potensi Ikhwan al-Muslimin untuk muncul sebagai kelompok yang bakal mendominasikan politik Mesir menghadapi cabaran yang hebat apabila Hassan al-Banna mati syahid pada tahun 1949. Gabungan antara kelemahan Ikhwan al-Muslimin sendiri menyelesaikan masalah dalamannya dan pendekatan golongan sekularis yang ternyata lebih berjaya, membolehkan golongan sekularis mendominasikan politik Mesir sehingga ke hari ini.


Pengalaman yang boleh dipelajari daripada konflik sekularis-Islamis dalam kes yang berlaku di Mesir ini ialah bagi golongan sekularis kuasa mesti diperolehi dengan apa jua cara sekalipun. Walaupun golongan sekularis menunjukkan sikap yang berbaik-baik dengan golongan Islamis, namun pendekatan ini adalah bersifat sementara kerana langkah itu diambil dalam proses mengumpul kekuatan. Bagi golongan Islamis pula pendekatan politik yang terlalu mempercayai pihak yang menjadi saingan juga membawa padah yang buruk. Ini adalah kerana bagi golongan sekularis untuk mencapai matlamat semua bentuk pendekatan boleh dilakukan termasuk menggunakan pendekatan yang zalim bagi menghapus pengaruh golongan Islamis dalam masyarakat.


Konflik Sekularis-Islamis - Sorotan Kes di Malaysia


Peranan golongan Islamis dalam mencetuskan kesedaran pendidikan, sosial dan politik masyarakat Melayu tidak diberikan perhatian yang sewajarnya dalam kajian sejarah di Malaysia. Sebelum Perang Dunia II, kegiatan mencetuskan kesedaran di kalangan orang Melayu didominasikan oleh mereka yang berpendidikan agama dan mendapat pendidikan di Timur Tengah. Seawal-awalnya tahun 1911/12 pelajar-pelajar Melayu di Mesir telah menerbitkan akhbar Ittihad yang bertujuan bagi menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap kepentingan pendidikan dan membina peradaban bangsa. Pada tahun 1925, pelajar Melayu di Mesir menerbitkan Seruan Azhar yang cuba menyeru dan mendidik masyarakat supaya setanding dengan bangsa-bangsa lain yang lebih maju pada waktu itu.


Sebelum Perang Dunia II ternyata golongan Islamis, terutamanya yang terpengaruh dengan idea-idea Islah telah memainkan peranan penting dalam menggerakkan kesedaran masyarakat. Pendekatan yang paling berkesan yang digunakan bagi menyebarkan idea-idea ini ialah melalui penerbitan akhbar dan melalui institusi madrasah. Peranan yang dimainkan oleh golongan Islamis bagi menyemai benih-benih kesedaran ini besar implikasinya dalam sejarah perkembangan kesedaran Melayu. Namun begitu, tidak seperti di Indonesia di mana golongan Islamis yang mendokong idea Islah telah menubuhkan persatuan-persatuan seperti Sarekat Islam, Muhammadiah, PERMI dan sebagainya, di Malaysia golongan Islamis tidak menjuruskan kegiatan mereka kepada penubuhan persatuan. Persatuan yang dianggap mewakili perjuangan Islamis iaitu Hizbul Muslimin hanya ditubuhkan pada tahun 1984 tetapi hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja kerana diharamkan oleh pihak British.


Kekosongan yang wujud dalam perjuangan kebangsaan Melayu berikutan tekanan yang dikenakan oleh pihak British telah diisi oleh golongan nasionalis sekular yang muncul dan mengisi kepimpinan Melayu. Golongan ini mendapat pendidikan barat dan ketika menuntut di London terpengaruh dengan nilai dan budaya barat.


Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, golongan nasionalis sekular mendominasikan politiknya. Walaupun Islam tidak disisihkan sepenuhnya dari masyarakat, namun pelaksanaan Islam sepenuhnya juga tidak dilakukan. Islam dilaksanakan sebagai simbol. Walaupun Parti Islam wujud, namun kewujudannya lebih bersifat untuk menyaingi parti nasionalis. Bahkan dalam kes-kes tertentu Parti Islam memperlihatkan sikap lebih nasionalis bagi meraih simpati pengundi.


Pertembungan sebenar antara sekularis dengan Islamis di Malaysia berlaku apabila Islam cuba diamalkan sebagai ad-Din dan digerakkan sebagai satu gerakan. Ini menjadikan pertembungan antara golongan nasionalis dan Islamis sebagai pertembungan ideologi dan menjadi lebih sengit. Pertembungan ini nampak seolah-olah reda berikutan peristiwa tahun 1982. Tetapi hakikat sebenar bagi golongan nasionalis sekular, 'setback' yang berlaku tidak melemahkan semangat malahan melakukan perancangan yang lebih rapi bagi mempastikan golongan Islamis tidak beroleh kekuasaan. Peancangan mereka membuahkan hasil kerana pada tahun 1998 dan seterusnya dilakukan kegiatan pembersihan berjaya dilakukan secara drastik dan halus.


Dalam menyorot kembali kejayaan dan kelemahan golongan Islamis di Malaysia bagi tempoh 1982-1998 beberapa pengalaman mungkin boleh dipelajari. Bagi golongan sekularis baik di Timur Tengah mahupun di Malaysia terdapat satu persamaan ciri. Bagi golongan sekularis matlamat menghalalkan cara dan tidak ada belas kasihan dalam proses merebut kuasa daripada golongan Islamis. Bagi golongan Islamis pula dalam tempoh ini ternyata sekali sikap yang ditunjukkan amat berkonflik antara satu sama lain. Atas sikap 'kerana prinsip' rakan-rakan seperjuangan cenderung diketepikan dan golongan lain termasuklah golongan sekularis diberi tempat atas alasan 'untuk dimenangi'. Kesempatan yang ada tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dan sepenuh-penuh untuk kepentingan Islam tetapi sebaliknya turut diwarnai oleh agenda politik. Bagi golongan nasionalis sekularis pula apabila mendapat peluang seluruh kesempatan digunakan bagi memastikan dominasi berterusan dan berakar umbi.


Dalam sejarah konflik sekularis-Islamis dalam konteks perkembangan politik Islam kontemporari, kecuali Iran dan Sudan, golongan Islamis ternyata kurang unggul dalam menghadapi percaturan politik yang berlaku. Dalam konteks Iran, golongan Islamis berjaya kerana belajar daripada pengalaman tahun 1881, 1906 dan 1953 di mana sikap kompromi dengan golongan sekularis berakhir dengan sumbangan golongan Islamis ini tidak dihargai.


Pada tahu 1979, golongan Islamis Iran mengambil sikap tidak bersedia untuk berkrompomi dengan mana-mana kumpulan sekularis dan ini membolehkan kuasa terus dibolot oleh kelompok Islamis. Di Sudan pula, kelompok Islamis menggunakan pendekatan pragmatis bagi membolehkan mereka mengambil alih kuasa. Apabila memperolehi kuasa pendekatan yang dilakukan ialah dengan memastikan kekuatan dikukuhkan di semua sektor. Mungkin pengalaman kedua-dua kelompok Islamis ini boleh dijadikan asas kepada usaha memastikan usaha-usaha golongan Islamis berakhir dengan memperolehi kuasa yang mantap.

2/16/2009 12:56:00 AM

Salam Taa'ruf...

Dihantar oleh thoyyibah

Assalamua'laikum....

Kini bermulalah aturan jari jemari ini utk menjadi blogger...

Syukran kepada blogger spt ustaz Hasrizal (saifulislam.com) , ustz Dzul Khairi, bloggers IPG, IPT dan sahabat seangkatan... antum semua menjadi inspirasi diri ini utk menggunakan kudrat yang ada menulis buat insan yg prihatin di luar sana..

Smoga segala tulisan akan mendapat nasihat dari yg lebih arif dan memberi manfaat kpd semua...insyaAllah...

Ya Allah...berilah bimbingan kepada hambaMu ini yang dahaga akan hidayahMu dan masih kemarau dengan ilmu....ameen...