Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

4/19/2009 09:25:00 PM

Alhamdulillah...Aku Seorang Guru...

Dihantar oleh thoyyibah

Mengimbas zaman kecil dahulu, tak pernah sebenarnya terlintas di fikiran untuk menjadi seorang pendidik di kala dewasa. Kalau ada pun, hanya sekadar coretan untuk memenuhkan ruang kosong untuk cita-cita dalam kad 001(ingat lg kad ni..)...

Masuk pula ke alam remaja, minat saya lebih terarah kepada perkara-perkara yang lasak..kebetulan selepas berpindah drpd sekolah maahad di perak, saya masuk ke sekolah asrama harian di kuala lumpur ketika tingkatan 3.. di sini saya mula bergiat dalam unit beruniform kadet remaja sekolah.. sempat memegang jawatan lans kopral (krs) dan yg terakhir sebagai sarjan (krs).. minat nak menjadi anggota tentera mula tumbuh sedikit demi sedikit..dan makin memuncak bila saya berada dalam tingkatan 5.. tapi saya keliru, adakah saya benar2 ingin menjadi seorang perajurit atau sekadar saya suka aktiviti lasak..? dilema tersebut membawa saya berjumpa dengan guru kaunseling sekolah..saya buat test kerjaya yg beliau sediakan..nampaknya jawapan lebih menjurus kepada pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan masyarakat..namun kerjaya sebagai seorang guru belum pun lagi mengetuk naluri saya..
Maka teruslah saya belajar hingga habis SPM..

Dalam tempoh "bercuti" 6 bln di rumah, macam2 tawaran yang datang.. saya seperti biasa telah mengisi borang UPU untuk masuk ke universiti.. dan atas permintaan abah, saya telah mengisi borang kemasukan ke institut perguruan pada hari terakhir permohonan tersebut dibuka..dalam hati memang tak mengharap apa2.. dalam bulan 3, saya dipanggil interbiu di institut perguruan bahasa melayu.. abah menemani hingga habis sesi..nampak di wajah abah yang dia betul2 ingin saya masuk institut perguruan..hmm..tp hati masih keberatan..

Masuk bulan 5, saya menerima tawaran ke UPM untuk kursus dip perikanan.. memang agak minat dengan kos ni.. tapi kampus jauh nun di sarawak.. keluarga agak keberatan..tp hati dah teramat girang.. Seminggu selepas itu, datang pula tawaran daripada institut perguruan.. mama dan abah seronok sangat bila tau..langsung mereka lupa anak yang sorang ini nak pergi ke sarawak.. tp hati mana yang tak tersentuh melihat kegembiraan mak dan ayah yang senyum dan tak putus2 mengucapkan syukur kerana tawaran ke ins perguruan itu..lain benar dengan reaksi mereka bila mana saya memberitahu saya kena pergi ke sarawak.. Abah memang nak saya jadi cikgu..katanya nak sambung cita-cita dia yang tak tercapai dulu... tak pe lah..demi mama dan abah, saya sanggup juga masuk ke institut perguruan.. lupakan je la niat untuk ke sarawak tu..mungkin ada hikmahnya...

Kini selepas 4 thn lebih saya di bumi IPBA a.k.a IPGM-KBA belajar untuk mengajar, saya rasa amat bersyukur.. Lebih2 lagi ketika praktikum di SK Bangsar baru2 ini, tiap kali saya masuk ke kelas untuk mengajar, saya dapat rasakan "INILAH DUNIA AKU...".. tak ada rasa janggal menyampaikan ilmu kepada murid.. walaupun ada yang nakal, agresif, pasif dan slow.. Bersyukur juga kerana hati ini tidak keras untuk pergi belajar di universiti dahulu.. sememangnya ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.. daripada langsung tak ada minat nak jadi guru, kini saya betul-betul dah jatuh cinta dengan profession ni.. harap sangat dapat menyumbang kepada pembangunan generasi masa hadapan yang lestari dan mampan... insyaAllah...

4/12/2009 11:08:00 PM

Poligami

Dihantar oleh thoyyibah

"Awak jangan nak menggatal! Diri sendiri tak terjaga, ada hati nak kahwin lagi satu!" tengking Salmah yang berang. "Ah! Jangan nak nafikan hak saya! Mana Islam kata lelaki boleh kahwin satu saja! Saya ada hak dan saya menurut apa yang Al-Quran ajar! Awak tak faham Al-Quran ke? Ini sunnah!" balas Yusuf mempertahankan diri. Begitulah dialog sepasang suami isteri.

Poligami adalah isu 'evergreen' di dalam agama Islam. Bukan sahaja ditentang oleh bukan Islam, malahan turut tidak disenangi segelintir Muslim. Oleh demikian, isu poligami harus dibincangkan.

MAKSUD POLIGAMI
Sebelum berdiskusi tentang perihal poligami, perlulah seseorang itu memahami maksud poligami. Secara ringkas, poligami bermaksud 'seseorang yang mempunyai pasangan hidup lebih daripada seorang'. Contohnya apabila seorang lelaki mempunyai tiga isteri atau seorang wanita mempunyai empat suami [1]. Penulis tidak menafikan kewujudan poligami di dalam Islam.

Dalil yang menyokong wujudnya poligami di dalam Islam tercatit di dalam Al-Quran."Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3

Kini timbul persoalan, mengapa Islam membenarkan poligami? Poligami telah meretakkan banyak rumahtangga. Adakah Tuhan tidak nampak poligami hanya memberi masalah kepada wanita?

SATU PENYATAAN
Ramai orang mempunyai tanggapan bahawa Islam adalah agama yang memperkenalkan poligami. Namun tanggapan ini adalah tidak tepat. Islam tidak pernah memperkenalkan poligami kepada manusia. Islam hanya meletakkan had kepada poligami.

Sebelum Al-Quran diturunkan 1400 tahun dahulu, masyarakat dunia telah pun mempraktikkan poligami.Lihat sahaja sejarah bangsa Rom, maharaja serta orang atasan dinasti China, dan golongan Arab Jahiliyyah. Mereka telah pun mempraktik poligami sebelum Al-Quran diturunkan, malah sebelum Nabi Muhammad S.A.W dilahirkan. Pada masa itu, seorang lelaki boleh mempunyai seberapa banyak isteri yang mereka ingini.

Penulis pernah membaca seorang lelaki mempunyai hampir 200 orang isteri semasa zaman pemerintahan Rom. Secara positif, had poligami yang diperkenalkan Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami tanpa had.

SATU-SATUNYA KITAB
Mungkin para pembaca akan terfikir, jika benar poligami sudah lama dipraktikkan, mengapa penganut agama lain hanya dibenar berkahwin seorang sahaja? Ini juga bermakna kitab agama mereka turut tidak membenarkan poligami! Sekali lagi, tanggapan ini kurang tepat. Al-Quran adalah satu-satunya kitab agama di dunia yang menyarankan agar lelaki berkahwin hanya satu isteri.

"Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja" - An-Nisa' 4:3Al-Quran lebih menyarankan lelaki berkahwin hanya seorang jika berasa risau tidak akan dapat berlaku adil. Kitab agama-agama lain tidak pernah menghalang poligami. Tidak ada satu ayat di dalam Vedas, Ramayan, Mahabrat, Geeta, Talmud atau Bible yang mengarahkan lelaki agar berkahwin hanya seorang. Sebaliknya terdapat banyak ayat yang menunjukkan personaliti di dalam kitab-kitab ini mengamalkan poligami.

"He (Solomon) had seven hundred wives of royal birth and three hundred concubines, and his wives led him astray" - 1 Kings 11:3

"In Jerusalem David took more wives and became the father of more sons and daughters" - 1 Chronicles 14:3

"Rehoboam loved Maacah daughter of Absalom more than any of his other wives and concubines. In all, he had eighteen wives and sixty concubines, twenty-eight sons and sixty daughters" - 2 Chronicles 11:21

Di dalam kitab agama Hindu pula ada memberitahu bahawa, Raja Dasharat mempunyai tiga orang isteri dan Krishna mempunyai 16, 108 orang isteri [2]. Contoh di atas jelas menunjukkan poligami bukanlah satu perkara yang ditegah di dalam agama-agama ini. Mungkin ada pembaca Kristian akan membalas bahawa terdapat ayat di dalam Bible yang mengatakan lelaki hanya dibenarkan berkahwin seorang sahaja. Penulis meminta pembaca Kristian agar menunjukkan ayat tersebut.

TIDAK BERPANDUKAN KITAB
Mungkin persoalan lain akan timbul difikiran para pembaca. Jika benar kitab agama-agama ini membenarkan poligami, mengapa penganut agama-agama ini ditegah berkahwin lebih daripada satu?
Jawapannya mudah; kerana mereka tidak mengikut kitab agama mereka. Tegahan yang dilakukan di dalam agama-agama ini tidak berpandukan kitab agama mereka.Pada zaman awal, ramai lelaki Kristian dibenar untuk mengamalkan poligami kerana tiada larangan daripada kitab Bible. Hanya beberapa abad yang lepas, pihak Gereja telah menghadkan bilangan isteri kepada satu.

Poligami turut dipratik di dalam agama Yahudi sehinggalah Rabbi Gershom Ben Yehudah (960 C.E - 1040 C.E) melarangnya. Malah golongan Yahudi Sephardic yang tinggal di negara Islam turut mengamalkan poligami sehingga tahun 1950-an. Praktik ini diberhentikan apabila 'Act of the Chief Rabbinate of Israel' mengarahkan lelaki hanya boleh berkahwin seorang perempuan sahaja.

Dalam satu laporan yang bertajuk 'Committee of The Status of Woman In Islam', dikeluarkan pada 1975, memberitahu, peratusan perkahwinan poligami antara tahun 1951-1961 adalah - 5.06% dikalangan penganut agama Hindu dan hanya 4.31 peratus dikalangan Muslim. Mengapa penganut agama Hindu mengamalkan poligami lebih daripada Muslim? Pada tahun 1954, Akta Perkahwinan Hindu dikeluarkan, yang memberitahu - adalah satu kesalahan seorang Hindu mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ini hanyalah undang-undang negara India dan bukanlah undang-undang daripada kitab Hindu.

Seperti yang diterangkan di atas, agama-agama selain Islam turut membenarkan poligami. Penganut merekalah yang mengharamkan poligami tanpa sebab yang pasti dan tidak berpandukan kitab agama mereka. Penulis berasa pelik mengapa mereka melakukan pengharaman sedangkan kitab agama mereka menghalalkan. Bagaikan satu tindakan populis untuk menarik perhatian. Muslim adalah lebih baik kerana mengikut apa yang tertulis di dalam Al-Quran. Cuma akhir-akhir ini wujud gerakan feminis Muslim yang cuba mengatakan tidak wujud poligami di dalam Islam.

UNDANG-UNDANG BARAT
Kebanyakan agama utama di dunia tidak melarang poligami. Lebih menarik, poligami di dalam Islam adalah jauh lebih baik daripada poligami di dalam agama-agama lain. Rakan penulis pernah ditanya, mengapa Islam tidak mengikut undang-undang Barat? - satu lelaki satu isteri. Sedarkah anda, undang-undang perkahwinan Barat sebenarnya melindungi lelaki? Undang-undang ini langsung tidak memberi hak dan melindungi wanita. Penulis berkata demikian atas beberapa sebab.

1. Seorang lelaki hanya boleh berkahwin seorang wanita sahaja. Wanita ini adalah isteri yang sah menurut undang-undang tersebut. Tiada masalah disini.

2. Lelaki Barat ini, walaupun sudah berkahwin, dia masih boleh mempunyai perempuan simpanan diluar rumahnya. Semakin ramai perempuan simpanan, lebih 'macho' lelaki itu.

3. Perempuan simpanan ini tidak mempunyai apa-apa hak. Dia tidak boleh meminta agar lelaki Barat ini berkahwin dengannya. Jika anak luar nikah dilahirkan, anak tersebut tidak berhak mendapat apa-apa

.4. Jika lelaki Barat ini sudah puas, dia boleh meninggalkan perempuan ini. Lelaki ini tidak perlu untuk bertanggungjawab. Tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan wanita ini. Habih madu, sepah dibuang.Jika poligami dibenarkan, masalah ini dapat dihapuskan. Perempuan simpanan tersebut boleh menjadi isteri yang sah melalui poligami. Mempunyai hak yang sama dengan isteri pertama. Anak yang dilahirkan turut mendapat perlindungan undang-undang. Menjadi pilihan wanita itu sama ada mahu menjadi perempuan simpanan atau isteri yang sah. Penulis tidak dapat memikirkan jika ada wanita yang sanggup menjadi perempuan simpanan daripada menjadi isteri yang sah.

HILANGNYA SALAH TANGGAPAN
Di dalam bahagian pertama ini, diterangkan bahawa Islam tidak pernah memperkenalkan poligami. Turut diberitahu adalah agama-agama lain juga membenarkan poligami. Cuma tangan-tangan penganut mereka yang melakukan perubahan. Di dalam bahagian kedua, penulis akan berkongsi punca mengapa poligami sukar untuk diterima, tanggungjawab seorang lelaki untuk mempraktik poligami dan juga hikmah disebalik poligami. Diharapkan bahagian pertama ini dapat mencerahkan salah tanggapan yang ada pada Islam berkaitan poligami.

-Artikel; Katakan Tak Nak Kepada Poligami
(
http://www.mohdrahmat.com/2009/04/katakan-tak-nak-kepada-poligami.html )
Bacaan Lanjut: Katakan Tak Nak Kepada Poligami II

4/12/2009 10:27:00 PM

Cetusan: Taubat Bersambut

Dihantar oleh thoyyibah



Hidup bermandi kelazatan dunia,
Bersilih ganti wanita di sisi,
Zikirnya harta pedomannya pangkat,
Seakan mati bukanlah hakikat,

Namun...
Geletak kemelut menerpa diam,
Menghinjak-hinjak alur rasa fitrahnya,
Tandus jiwa walau ada segala,
Persoalan mengapa menggugat tawa,
Mengerang batin, sendiri tak bernada,

Terpana diri di mahligai gah berdiri,
Jurnal alam memetakan pandangan,
Serentak bergema alunan azan,
Terbungkam hati gelintar jasad ini,
Sayup nan syahdu bertandang sendu,
Kerna sesal keterlanjuran dahulu,

Buat pertama kali dalam hikayat diri,
Menjadi tetamu di rumah paling suci,
Basah wudu' menghapus hitamnya hati,
Dan tenang muara ada mengiringi,
Bertemu pengucapan teragung insani,

Ingin terus dia begini,
Puitis didakap kasih Ar-Rahman,
Di lembayung bertahannuth di sisi lesu,
Menyingkap cinta menadah keampunan,
Membuka lembaran permaidani bahagia,
Mengungkap kalimah Allah Yang Esa...

Cetusan: Thoyyibah (2006)

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjLBYAHrxjpwbP-t_XEED_L7uw5umVES-WWSVFNMRUTTNFcTrieGAi6JW3E3f8BNEmLZH2UOOGWuXmnyUkjdWQo9kkA8fyfmbvxh0NWlTbIZHZY_SoMF0K953FzzIYT1QRJlzfLjYVRF2-B/s400/air_mata_keinsafan.jpg

4/09/2009 08:58:00 PM

Kabinet DSN: Momentum Baru

Dihantar oleh thoyyibah

Perdana menteri - Datuk Seri Najib Razak
Timbalan perdana menteri - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Tan Sri Dr Koh Tsu Koon - perpaduan & pengurusan prestasi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz - perundangan dan Parlimen
Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancang Ekonomi
Mej-Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - Hal ehwal Islam

Timbalan-timbalan menteri:
Datuk Liew Vui Keong
Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Datuk SK Devamany
Ahmad MaslanT Murugiah

Menteri kewangan IDatuk Seri Najib Razak
Menteri kewangan IIDatuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
timbalan Datuk Chor Chee Heung, Datuk Dr Awang Adek Hussin

Menteri pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yassin
timbalan: Datuk Dr Wee Ka Siong dan Dr Mohd Puad Zarkashi

Menteri pengangkutan Datuk Ong Tee Keat
timbalan Datuk Abdul Rahim Bakri dan Datuk Robert Lau Hoi Chew

Menteri perusahaan, perladangan dan komoditi
Tan Sri Bernard Dompok
timbalan Datuk Hamzah Zainudin

Menteri dalam negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
timbalan Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Jelaing Mersat

Menteri penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan
Datuk Seri Dr Rais Yatim
timbalan Datuk Joseph Salang Gandum dan Senator Heng Seai Kie

Menteri tenaga, teknologi hijau dan air
Datuk Peter Chin Fah Kui
timbalan Noriah Kasnon

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal
timbalan Datuk Hassan Malek dan Datuk Joseph Entulu Belaun

Menteri pengajian tinggi Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
timbalan Datuk Dr Hou Kok Chung dan Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri perdagangan antarabangsa dan industri Datuk Mustapa Mohamed
timbalan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Jacob Dungau Sagan

Menteri sains, teknologi dan inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili
timbalan Fadillah Yusof

Menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Douglas Uggah Embas
timbalan Tan Sri Joseph Kurup

Menteri pelancongan Datuk Ng Yen Yen
timbalan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Menteri pertanian dan industri asas industri Datuk Noh Omar
timbalan Datuk Johari Baharum dan Datuk Rohani Abdul Karim

Menteri pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
timbalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Menteri kerja raya Datuk Shaziman Abu Mansor
timbalan Datuk Yong Khoon Seng

Menteri kesihatan Datuk Liow Tiong Lai
Datuk Rosnah Rashid Shirlin (timbalan)

Menteri belia dan sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek
timbalan Datuk Razali Ibrahim (timbalan)Wee Jeck Seng (timbalan)

Menteri sumber manusia Datuk Dr S Subramaniam
timbalan Datuk Maznah Mazlan

Perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna Datuk Ismail Sabri Yaakob
timbalan Datuk Tan Lian Hoe

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan Datuk Kong Cho Ha
timbalan Datuk Lajim Ukin

Menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Seri Sharizat Jalil timbalan Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri luar Datuk Anifah Aman
timbalan A Kohilan Pillay dan Datuk Lee Chee Leong


Menteri wilayah persekutuanDatuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
timbalan Datuk M Saravanan



Nampaknya untuk portfolio kementerian pelajaran kini diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dan pengganti kepada Allahyarham Dato' Razali Ismail yang amat dikagumi kepimpinannya ialah Dato' Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Diharap ada sesuatu yang positif yang boleh diketengahkan oleh beliau..

4/07/2009 11:16:00 PM

Pilihan rakyat... Menyahut "Bahasa Undi" Dato' A. Samad Said..

Dihantar oleh thoyyibah



PAS menang di Bukit Gantang, PKR gah di Bukit Selambau.. Dan BN mengekalkan kerusi di Batang Ai.. Saya tidak berhajat untuk membincangkan keputusan ini dari sudut yang "panas". Sekadar membuat coretan ringkas dari sudut pandangan seorang bakal pendidik. Saya terkesan apabila Dato' A. Samad Said (Pak Samad) mengeluarkan statement agar para pengundi melayu menggunakan bahasa undi supaya kerajaan faham desakan dan tentangan rakyat berkenaan isu bahasa kebangsaan yang lantang disuarakan sekarang. Apabila seorang sasterawan negara mengeluarkan kenyataan dan saranan, tambahan lagi yang bercakap tu diakui kepakaran ilmunya, maka ramailah yang menyahut seruan tersebut. Tidak perlulah rasanya saya mengulas dengan panjang lebar. Anda sendiri boleh membuat interpretasi daripada keputusan pilihanraya di dua bukit tadi. Mungkin selepas ini kerajaan akan lebih faham apa yang para pejuang bahasa dan pejuang bangsa inginkan.

Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.
Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu- Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said


pilihanraya

nizar wins bukit gantang 070409 03


bukit selambau manikumar with azmin winner of election 070409















batang ai counting of votes bn malcolm mussem lamoh won 070409 01

4/05/2009 08:53:00 PM

Istiqamahkah kita dalam melawan Israel?

Dihantar oleh thoyyibah

Puji-pujian hanya buat Tuhan sekalian 'alam.. Selawat dan salam buat kekasihNya, junjungan besar Muhammad S.A.W..

Kiriman doa buat para mujahid di bumi Palestin yang hingga kini berjuang tanpa mengira siang atau malam mempertahankan bumi yang dirodok musuh. Pejuangan mereka bukan rahsia, kerana kita sentiasa tahu mereka sedang berjuang di sana. Musuh juga tahu. Perjuangan mereka bukan retorik semata, kerana mereka benar-benar melawan musuh yang nyata yang menyerang saban waktu dan ketika. Perjuangan mereka bukan bermusim, kerana dalam jaga dan "lena", tiap detik mereka sentiasa bersama senjata. Tapi kita di sini.. apa yang kita lakukan untuk mereka?

Dalam bulan januari - februari yang lalu bertiup kencang gesaan dan tekanan terhadap Israel agar berundur dan keluar dari bumi palestin. Taufan boikot "mengganas" di semua negara Islam. Solat hajat untuk mendoakan pejuang-pejuang palestin dianjurkan di sana sini. Tapi kini semua itu semacam dingin kembali. Seakan kini pejuang palestin telah beroleh kemenangan yang mutlak dan dapat memerdekakan tanah air mereka.. benarkah itu??

Kalau ketika musim boikot dijalankan (yang tempohnya x sampai 3 bulan), gesaan untuk boikot kedengaran hebat. Tapi kini nampaknya boikot dah tak sehebat mana, semakin hambar tak bertenaga. Saya tidak bercakap tentang orang lain. Saya berkata atas diri sendiri. Kelemahan diri sendiri. Jika kita sedar, kempen iklan produk-produk yang diboikot kini semakin rancak dimainkan di kaca tv. Dengan tawaran harga yang boleh dikatakan murah, memang mudah mereka kembali memikat hati kita yang dulu bising suruh boikot penyumbang-penyumbang ekonomi Israel. Mana taknya, dengan harga RM5-6 kita dan boleh dapat full set makanan mereka. Sama dengan harga makan di gerai dan warung yang pada kita tak sesedap mana.

Tema-tema iklan juga membantu mereka untuk "hidup" kembali. Antara iklan yang jelas dan saban waktu saya lihat adalah iklan KFC. Dengan tema kekeluargaan yang dimainkan, sudah tentu ada jiwa ibu bapa yang tersentuh lantas mencari kunci kereta dan keluar bersama anak-anak untuk makan di KFC. Tujuannya untuk merapatkan hubungan dan kemesraan antara ahli keluarga seperti mana yang ditayangkan dalam iklan tersebut. Mulianya niat ini.. tapi mengapa tidak pergi ke tempat makan lain? Hanya di KFC dan di tmpt fast food sajakah tempat untuk kita merapatkan hubungan kekeluargaan?

Ada juga suara-suara yang masih ingin menidakkan boikot ke atas produk Israel ini. Katanya kalau kita boikot, apa akan jadi dengan orang-orang melayu yang bekerja dalam syarikat tersebut. Malah ada juga yang menyangkal dengan hujah bahawa yang mentadbir beberapa syarikat yang diboikot di malaysia ini adalah orang melayu, orang Islam. jadi kita kena tolong mereka! Ntah la..saya pun bukan bagus sangat.. cuma kalau betul-betul nak bantu ekonomi orang Islam, pergi je la makan kat kedai yang kita nampak dan kita tahu semua yang terlibat adalah orang Islam. Beli je la produk yang diyakini produk orang Islam. IKS di kampung-kampung dan luar bandar tu sapa nak tolong, kalau bukan kita? kenapa kita duk risau kompeni yang dah gah malah dilinkkan pulak dengan ekonomi Yahudi tu? Itu kalau betul kita nak bantu ekonomi orang Islam. Tapi kalau sekadar bermain dengan alasan itu dan ini, dan tak mahu menerima saranan para ulama' untuk boikot mereka, nampaknya kita masih belum sedar sepenuhnya penderitaan penduduk palestin yang dihujani peluru berpandu dan bom setiap hari HASIL DARIPADA "SUMBANGAN" KITA KEPADA ISRAEL DAN KONCO-KONCONYA.



Semoga Allah mengampunkan dosa saya dan dosa kita semua atas kelemahan dalam melawan musuh Islam ini. "Ya Allah.. berilah kekuatan kepada kami untuk menentang musuhMu.. Ampunkan kami dan maafkan kami atas tiap kekhilafan dan kelemahan kami.. Sesungguhnya padaMu kami berserah, dan padaMu jua kami memohon pertolongan.. Dan jadikanlah kami dalam golongan orang-orang yang sentiasa mendapat hidayah dan petunjukMu.. Ameen..Ya Rabbal'Alaminn..."



http://ulwani.tripod.com/boikot_yahudi.htm

Fatwa: Wajib Memboikot Barang-barang dan Produk-produk Amerika dan Israel

Segala puji bagi Allah yang telah mewajibkan hamba-hamba-Nya memerangi orang-orang kafir dengan jiwa dan hartanya. Allah telah memberikan kabar gembira kepada mereka kemenangan dan kemuliaan, Dia berfirman,

Perangilah mereka, niscaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman. (Qs. At Taubah, 9: 14).

Shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada Rasulullah SAW yang telah bersabda, "Perangilah orang-orang musyrik itu dengan harta, jiwa dan lisan kalian." Shalawat dan salam juga semoga tercurah kepada keluarga dan para sahabatnya.

Wahai kaum muslimin, tak tersembunyi dari kalian apa yang menimpa umat kita belakangan ini. Konspirasi negara dzalim Amerika dangan rezim Imperialis Yahudi-Israel telah merampas tanah suci kita, membantai anak-anak kita di bumi Palestina, mengepung rakyatnya dan memaklumatkan perang kepada mereka di semua media visual ataupun audio lewat legalitas internasional yang mereka klaim. Oleh karena itu, wajib bagi umat Islam tampil berperan utnuk menghadapi persoalan umat ini dengan menggunakan berbagai sarana yang mungkin, terutama aksi pemboikotan barang-barang dan produk-produk Amerika dan Israel. Hal demikian itu didasarkan pada:

Pertama, firman Allah SWT.,
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Qs. Al Mumtahanah, 60: 9)

Kedua, persetujuan Rasulullah SAW. pada Tsumamah ketika dia berkata kepada orang-orang Quraisy,
"Demi Allah, tidak akan sampai kepada kalian sebiji gandum pun sehingga Rasulullah SAW. mengizinkannya"

Ketiga, Allah SWT. berfirman,
"Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. (Qs. Asy Syura, 42: 39).

Kita semua tahu bahwa Amerika telah banyak berbuat kedzaliman dan mengembargo negeri-negeri Islam dan kaum muslimin, teriakan dan tangisan anak-anak, rintihan orang-orang sakit, ratapan para wanita dan ribuan mayat yang tewas tidak bisa mengetuk nuraninya.

Keempat, konsensus para ulama' yang mengharamkan pemberian manfaat buat orang-orang kafir harbi (yang memerangi umat Islam).

"Menyatakan, haram hukumnya bagi setiap Muslim membeli barang-barang dan produk-produk Amerika Serikat dan Israel, baik berupa produk-produk minuman, gas bumi dan sejenisnya, produk-produk makanan, pakaian, elektronik dan sebagainya. Barang siapa yang melakukan transaksi berarti membela dan menolong orang-orang kafir, membantu mereka mendzalimi saudara-saudaranya kaum muslimin; dia telah melakukan kesalahan dan dosa besar"

Sebelum dan sesudahnya kami ucapkan alhamdulillah, shalawat dan salam semoga tercurahkan kepada junjungan kita, Muhammad SAW, keluarga dan para sahabatnya.

Yang menandatangani fatwa ini adalah:
1. Syaikh Muhammad Fadhil Al Taqlawi, mantan Ketua Jamaah Anshar As Sunnah Al Muhamadiyah, Sudan.
2. Syaikh Ahmad Muhammad Ali Al Thuraifi, Ketua Dewan Fatwa dan Kajian di Universitas Al Quranul Karim
3. Syaikh Ahmad Dr. Muhammad Utsman Shalih, Direktur Universitas Islam Umdarman dan Sekjen Majlis Ulama Sudan.
4. Syaikh Prof. Dr. Ahmad Ali Al Arzaq, Wakil Direktur Universitas Islam Umdarman Sudan.
5. Syaikh Ash Shadiq Abdullah Abdul Majid, Muraqib Am Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
6. Syaikh Dr. Ismail Al Beliy, Ketua Majlis Ulama Sudan.
7. Syaikh Prof. Dr. Al Khadhar Abdul Rahim, Dekan Fakultas Ushuludin Universitas Islam Umdarman.
8. Syaikh Prof. Hasan Hamid, Wakil Ketua Dewan Fatwa dan Kajian Universitas Al Quranul Karim
9. Syaikh Dr. Al Hibr Yusuf Nur Al Daim, Ketua Dewan Pengajaran Majlis Nasional Sudan.
10. Syaikh Jalaludin Al Murad, Ketua Malis Tinggi Dakwah, Haji dan Wakaf Sudan
11. Syaikh Kamal Utsman Rizq, Khatib Masjid Jami' Agung Qurthum.
12. Mr. Muhammad Ibrahim Muhammad, Wakil Sekjen Majlis Ulama' Sudan.
13. Syaikh Prof. Dr. Abbas Mahjub, Direktur Pusat Universitas Al Quranul Karim untuk Cabang Puteri.
14. Syaikh Al Amin Al Haj Muhammad, Dosen Universitas Internasional Afrika.
15. Dr. Suad Al Fatih, Anggota Majlis Nasional Sudan
16. Syaikh Abdul Rahim Abul Ghaits, Direktur Institut Al Quranul Karim di Umdarman.
17. Syaikh Dr. Al Qurasyi Abdul Rahim, mantan Dekan Fakultas Syariah Universitas Al Quranul Karim.
18. Syaikh Sulaiman Utsman Abu Naro, Amir Jamaah Al Ikhwan Al Muslimin, Sudan.
19. Syaikh Abdul Khalil Al Nadzir Al Karuri, Ketua Jam'iyah Al Ishlah wal Musawah Sudan.
20. Dr. Fathimah Abdul Rahman, Dosen Universitas Al Quranul Karim.
21. Syaikh Dr. Kamal Abid, Direktur Islamic Center Afrika
22. Syaikh Dr. Ismail Hanaafi, Dekan Fakultas Syariah Universitas Internasional Afrika
23. Syaikh Husain Asyisy, Khathib masjid Al Firdaus di Umdarman
24. Syaikh Muhammad Al Amin Ismail, Khathib Masjid Al Fath di Shafahah
25. Syaikh Dr. Abdullah Az Zubair, Dosen Universitas Al Quranul Karim
26. Syaikh Dr. Mubarak Rahmah, mantan Dekan Fakultas Ushuludin Universitas Islam Umdarman
27. Syaikh Prof. Dr. Muhammad Abdul Ghafar, Dosen Universitas Qurthum
28. Syaikh Dr. Sa'ad Ahmad Sa'ad, Sekjen Badan Penyantun Penerapan Syariat Islam, Sudan.
29. Syaikh Muhammad Hasan Thanun, Ketua Dewan Pengurus Jam'iyah Anshar
30. Dr. Umar Yusuf Hamzah, Dosen Universitas Islam Umdarman
31. Syaikh Hamad Al Fadini, Ketua Urusan Aqidah dan Dakwah
32. Syaikh Muhammad Abdul Karim, Khathib Masjid Majma' Islami di Jerif Barat
33. Syaikh Musa'identivikasi Basyir Ali, Khathib Masjid Agung Umdaum
34. Syaikh Dr. Ala'uddin Az Zuki, Dosen Universitas Qurthum
35. Syaikh Dr. Abdullah Abdul Hay, Ketua Urusan Kemahasiswaan Universitas Al Quranul Karim
36. Syaikh Dr. Abdul Hay Yusuf, Ketua Jurusan Peradaban Islam Universitas Qurthum
37. Syaikh Dr. Umar Abdul Ma'ruf Ali, Universitas Islam Umdarman
38. Syaikh Dr. Al Abid Muadz, Dekan Fakultas Syariah Universitas Al Quranul Karim
39. Syaikh Mudatsir Ahmad Ismail, Khathib Masjid Al Arqam di Al Haj Yusuf
40. Syaikh Dr. Yusuf Al Kudah, Dosen Universitas El Nilain
41. Syaikh Dr. Shalih Al Taum, Dosen Universitas Qurthum
42. Syaikh Al Abid Abdul Wahab, Dosen Universitas Qurthum
43. Syaikh Ibrahim Al Dharir, Anggota Dewan Fatwa dan Kajian Universitas Al Quranul Karim
44. Syaikh Dr. Ali Ulwan, Dekan Fakultas Syariah Universitas Nasional Al Ribath
45. Syaikh Ahmad Hasan Muhammad, Ketua Jurusan Komunikasi Universitas Internasional Afrika
46. Syaikh Dr. Mahmud Sulaiman Jadin, Dosen Universitas Al Quranul Karim
47. Syaikh Fadhlullah Ibrahim Thaha, Dosen Universitas Al Quranul Karim
48. Syaikh Akin Mawil, Anggota Majlis Ulama' Sudan
49. Syaikh Dr. Adil Thahir, Universitas Islam Umdarman
50. Syaikh Amad Bakri Abu Hiras, Da'i
51. Syaikh Nazar Muhammad Utsman, Ketua Dewan Penasehat
52. Syaikh Dr. Izzuddin Ibrahim, Dekan Fakultas Syariah Universitas Al Quranul Karim Cabang Juba
53. Syaikh Utsman Abdul Razaq, Perintis Majlis Ulama' Sudan
54. Syaikh Ibrahim Al Arzaq, Universitas Islam Umdarman
55. Syaikh Dr. Ahmad Shadiq Basyir, Dosen Universitas Al Quranul Karim
56. Syaikh Jamal Thahir Hasan, Khathib Masjid Banet Timur
57. Syaikh Athiyah Muhammad Hasan, Anggota Majlis Ulama' Sudan
58. Syaikh Khalid Ramadhan, Khathib Masjid Al Mustaghfirin
59. Syaikh Umar Abdul Qadir, Televisi Qurthum
60. Syaikh Daf'ullah Muhammad Hasan, Imam dan Khathib Masjid Al Dzakirin di Riyadh
61. Syaikh Yahya Abdullah, Imam dan Khathib Masjid Al Mansyiyah
62. Syaikh Muhammad Sayid Haj, Imam dan Khathib Masjid ats Tsaurah
63. Syaikh Dr. Ibrahim Ali Muhammad, Universitas Islam Umdarman
64. Syaikh Bakri Mikyal, Khathib Masjid Mikyal
65. Syaikh Abdul Ilah Muhammad Ahmad Namr, Da'i
66. Syaikh As'ad Abdul Karim, Imam dan Khathib Masjid Majma' Al Furqan
67. Syaikh Dr. Adil Aliyullah, Universitas Islam Umdarman
68. Syaikh Taj Thalab, Imam dan Khathib Masjid Boretzudan
69. Syaikh Dr. utsman Ali Hasan, Dosen Fakultas Syariah Universitas Katar
70. Syaikh Ali Aba Shalih, Imam dan Khathib Masjid Muraba' Wahid di Haj Yusuf