Ujian dari Allah itu suatu perkara yang pasti.Cumanya kita tidak mengetahui bila dan jenis ujian yang bakal menimpa. Segalanya hanya berada di bawah pengetahuan Yang Esa.Dan bila ujian menimpa, bagaimanakah caranya pula kita ingin menghadapinya? Mudah menyebut redha dan sabar... Tapi ia amat sukar jika kita menjadi insan yang sentiasa ingin menyalahkan takdir atau menyatakan ujian itu hanya satu kebetulan. Ujian boleh meningkatkan takwa. Tapi ramai juga yang terheret lebih jauh dari menginsafi jauhnya diri dengan Ilahi.
Keruntuhan moral, kemelaratan penyakit, kemiskinan, krisis makanan, pergolakan politik dan bencana alam adalah antara ujian berskala besar yang menimpa banyak negara ketika ini. Ia menuntut muhasabah bukan seorang dua, tapi keseluruhan rakyatnya dan semua penduduk dunia.
Pergolakan Politik
Politik itu tentang kuasa dan pengaruh. Bila politik itu dikendali mereka yg buta pada keadilan dan amanah, maka keduanya itu menjadikan manusia merasakan diri mereka boleh memonopoli dan melakukan apa sahaja. Tidak kira dengan cara apa sekalipun, kedudukan di atas tu sentiasa menjadi kegilaan mereka...
Baru-baru ini, di Sudan, Mesir, Yaman, Tunisia, Bahrain, Libya dan beberapa lagi negara mengalami pergolakan politik yang hebat. Rakyat mula bangkit menentang penguasa kuku besi di negara masing-masing. Manifestasi kebangkitan ini memberi gambaran bahawa rakyat yang di bawah ini boleh bangkit bila-bila masa. Umpama bom jangka yang tersembunyi di balik kerakusan pemerintah zalim. Ketika ini "bom" tersebut seakan meletus hampir serentak. Namun begitu, lebih sedih ialah pergolakan ini berlaku di negara-negara Islam. Tapi entah ke mana menghilangnya prinsip Islam dalam amalan politik mereka. Diharap pemerintah di Malaysia mengambil pengajaran atas setiap pergolakan yang berlaku di negara-negara ini.
Bencana Alam
Sesungguhnya tangan-tangan manusia jua lah yang menjadi asbab turunnya peringatan dan amaran dari Allah seperti yang dirakamkan dalam Surah Al-Ruum, ayat 41, yang bermaksud, "Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insan dan bertaubat)"
Dalam beberapa waktu ini, banyak negara yang ditimpa bencana yang tak terduga. New Zealand dan Australia diuji dengan gempa bumi juga banjir. Malah kita di Malaysia juga baru sahaja pulih dari musibah banjir di beberapa buah negeri.
Dan semalam, kita dikejutkan pula dengan kejadian gempa bumi dan tsunami di negara matahari terbit. Negara Jepun yang sangat gah dengan kemajuan teknologi langsung tidak dapat berbuat apa-apa bila bencana ini melanda. Kerdilnya "kuasa" manusia yang dikata paling maju dan hebat itu...
Takziah buat mereka yang kehilangan ahli keluarga dan mengalami kemusnahan harta benda. Semoga mereka sentiasa tabah menghadapi hari-hari mendatang dan bangkit dari kesedihan.
Bertempiaran segala terkesan kencang di dada, Menggapai harap antitesis norma derita, Dan hitam arus perlina manjanya, Membaham hanyut turut telunjuk Yang Esa,
Di sisi lesu bersimpuh si ibu, Mendakap anaknya, terbujur terkaku, Bergenang air mata hibanya rasa, Yang dimiliki semalam berkecai sekelip mata,
Sedarkah kita mengapa berlaku, Dek rakusnya jiwa bertandang alpa, Amaran Allah menerjah tiba-tiba, Namun merana bukan hanya pada yang leka, Insan zuhud turut dijemput dan diduga Pencipta,
Jelaslah janji Tuhan tak kenal siapa, Yang pasti... Kita yang bernyawa perlu mengambil iktibar darinya...
Nukilan: thoyyibah (2005)
Pedulikah kita??
Jika ini caranya Allah menegur kekhilafan manusia, sejauh mana kejadian ini menyedarkan kita seterusnya membuat koreksi pada lisan dan tindakan? Tapi nampaknya kedegilan manusia untuk belajar dan mengambil iktibar mungkin menjadi sebab Allah mendatangkan musibah-musibah seperti ini berkali-kali.
Impak dari segala yang terjadi mungkin akan menjejaskan ekonomi banyak negara seperti yang digembar gemburkan oleh media massa. Namun yang lebih penting, adakah ia akan memberi kesan perubahan kepada peradaban dan sahsiah manusia? Adakah kita akan menjadi lebih bertamadun? atau..... kita kembali rakus dan lupa pada segala musibah yang telah berlaku...
Sedarlah diri wahai thoyyibah... bumi ini milik Allah... patuhlah padaNya agar hidup tenang di dunia dan bahagia di sana... ameen ya Rabb~
Bila seseorang mengutarakan perbincangan tentang pelaburan, saya menjadi keberatan untuk mendengar.
Bila ke udara berita dalam segmen ekonomi di televisyen; biz world, laporan bursa saham, dsb. saya segera menukar channel atau mengalihkan perhatian kepada perkara lain.
Bila membelek akhbar, saya langkaui bahagian berita berkaitan pelaburan dan dunia kewangan.
Pada saya ketika itu, pelaburan hanya untuk orang kaya. Orang berada. Yang banyak masa lapangnya untuk duduk menyilang tangan sambil menekuni indeks di Bursa Saham. Berkira-kira ingin dijual sahamnya, atau membeli saham baru. Jadi, mana mungkin insan sederhana yang belum punya kerja ini ingin terlibat atau mengambil tahu perihal pelaburan.
Buat apa saya ingin sibuk-sibuk menguruskan kewangan, sedangkan duit saya tidaklah sebanyak mana hingga perlu dicatatkan segala urusan keluar masuknya.
Sebagai pelajar, elaun yang saya perolehi saya gunakan “sebaiknya”. Saya tidaklah boros hingga melarat di hujung semester. Malah saya tidak menyediakan sebarang back up untuk masa hadapan. Jika saving pun tiada, mustahil saya ingin terlibat dengan dunia pelaburan.
Cuba Belajar
Di atas adalah keadaan saya ketika zaman ignorance. Penuh dengan persepsi dangkal yang akhirnya membawa kerugian yang amat besar.
Syukur alhamdulillah, keadaan itu tidak berterusan. Di tahun akhir pengajian, saya mula sedar tentang keperluan menyimpan. Maka, adalah sedikit wang selepas saya menamatkan pengajian pada Nov 2010 sementara menunggu penempatan guru yang diura-urakan bermula pada Mac-Jun 2011.
Ada rasa penyesalan di sudut hati kerana jika tidak pun saya terlibat dengan pelaburan, sekurang-kurangnya saya perlu sentiasa buat perancangan kewangan ketika belajar. Elaun RM690/sebulan rasanya patut dibahagi-bahagikan. Bukan dibelanjakan kesemuanya sekali! hmm...
Sekarang saya cuba belajar dari kesilapan. Allah temukan saya dengan insan-insan yang concern tentang keperluan mempunyai ilmu mengenai pengurusan kewangan dan long term investment. Syukur...
Dari kesedaran menyimpan, saya mula membaca buku-buku kewangan. Dan buku pertama yang telah saya tela'ah adalah “How to ruin your financial life”. Seperti diketuk-ketuk kepala bila membaca buku tersebut kerana terlalu banyak panduannya telah pun saya turuti. Memang selama ini saya membawa diri kepada kesusahan. Mujur menyedarinya dalam keadaan boleh diperbetulkan lagi.
Pelaburan
Laman sesawang Ustaz Zaharuddin (UZAR) sentiasa saya lawati. Saya biasa mendengar tentang pelaburan Amanah Saham Berhad, perniagaan MLM, perniagaan internet, takaful & insurans dan pelbagai lagi topik kewangan, pelaburan dan perniagaan. Saya tahu ada pertikaian dan kepelbagaian pendapat dalam perkara-perkara tersebut bersangkutan dengan hukum dalam Islam. Cuma seperti yang saya katakan tadi, saya tidak ambil pusing atau membuat sebarang kajian dan bacaan lanjut untuk memahami isu-isu tersebut. Oleh itu, melalui laman sesawang UZAR, hampir kesemua isu di atas terjawab.
Sebelum itu, seorang sahabat baik saya ada menerangkan tentang pelaburan emas. Katanya harga emas dari sehari ke sehari akan meningkat. Jadi, bila kita beli hari ini, inshaAllah dalam masa 2, 3 tahun atau lebih, harga emas yang kita miliki akan meningkat dan bolehlah dijualkan bila perlu. Memang menarik. Tapi malangnya saya tak punya cukup modal untuk bermula dek kerana simpanan yang ada perlu saya stand by kan sebagai persediaan untuk mengajar.
Walaupun saya tidak memulakan langkah dalam pelaburan emas, tapi saya mula berminat untuk mengetahuinya. Sekali lagi tulisan UZAR banyak membantu. Malah, saya bukan sekadar mula berjinak-jinak mempelajari tentang pelaburan emas, tetapi turut cuba menekuni jenis pelaburan-pelaburan lain. Pelaburan hartanah, Tabung Haji, Unit Trust/Amanah (mutual fund) dan beberapa pelaburan lain. Dan, Allah membantu saya lagi dengan mempertemukan saya dengan seorang Unit Trust Consultant (UTC) yang rupa-rupanya belajar satu tempat dengan saya. Subhanallah... Cuma kami tidak pernah bertegur sapa semasa di IPG. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hj. Azahari Khuzaifah yang juga merupakan seorang consultant telah refer soalan-soalan saya tentang pelaburan kepada sahabat saya ini untuk dijawab kerana beliau sendiri agak sibuk ketika itu.
Bermulalah penerokaan saya untuk serius mempelajari tentang pelaburan. Pelbagai artikel saya baca dan cuba untuk memahami setiap satunya. Buku “Wang, Anda & Islam” yang saya pinjam dari sahabat tersebut banyak memberi pencerahan tentang sistem kewangan Islam. Menyuluh jalan tentang pelaburan yang haram dan halal. Buku dari Singapura “Profit from the panic” pula saya jadikan panduan bagi melihat trend pelaburan dan situasi kritikal yang terjadi terhadap atmosfera ekonomi dunia dalam jangka masa 50 tahun lepas. Belajar daripada sejarah sentiasa memberi banyak pengajaran kepada kita. Laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia turut membantu saya melihat senarai syarikat korporat (kewangan & pelaburan) yang patuh shariah. InshaAllah, bila mana saya telah bekerjaya kelak, akan saya cuba uruskan kewangan saya sebaiknya dan melaburkan beberapa bahagian wang tersebut dalam pelaburan yang sesuai.. Semoga Allah membantu...
Selain itu, saya sering membuat diskusi bersama beberapa insan yang bergelar sahabat dan guru untuk memahami apa yang dibaca. Bahaya rasanya jika belajar hanya bergurukan buku semata-mata. Takut sesat barat jadinya. Dan mereka ini memang banyak memberi tunjuk ajar.
Hijrah
Setelah apa yang saya lalui, hijrah saya dari zaman ignorance kepada manusia yang lebih peka tentang hal-hal kewangan, saya ingin memberi saranan yang sama kepada sahabat-sahabat; tamatkanlah zaman tidak ambil peduli kita dalam pengurusan kewangan, terutamanya kewangan Islam. Bukan bermaksud kita perlu memasuki mana-mana pelaburan, main saham dan sebagainya. Tapi cukuplah kita mengetahui apakah jenis transaksi kewangan yang kita lalui saban hari? Ada melibatkan unsur riba’, gharar atau syubhah? Di mana duit simpanan kita? di bank konvensional atau bank islam? apakah jenis perlindungan yang kita gunakan, insurans atau takaful? apa beza antara keduanya?
Saya masih cuba memahami sebaiknya persoalan-persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain untuk dijawab dan mengambil solusi yang disarankan kerana saya masih bertatih dalam mempelajarinya. Dan pencarian ilmu tersebut tidak mungkin pernah tamat. Penyelesaian yang ada tidak bersifat muktamad dan sentiasa boleh ditambah baik. Sedangkan para ulama’ sendiri mengkaji persoalan kewangan ini sabah hari dan waktu. Jadi mana mungkin kita sebagai orang awam dengan mudah berpuas hati dengan ilmu yang telah ada di dada. Hingga kelam hati, gelap jiwa dek kerana kesombongan yang sia-sia.Berlagak pandai dengan manusia seluruhnya.
Mari sama-sama kita mengambil peluang yang masih ada. Menggunakan umur yang masih bersisa. Untuk memahami sesuatu yang sangat hampir dengan kita. Yang boleh menjadikan kita sangat “kaya” ketika menghadap Allah kelak. Dan boleh menjadikan kita begitu “fakir” juga. Sentiasa berusaha untuk membuat pilihan yang tepat. Dan pilihan tepat tidak hadir dengan miskinnya ilmu. Semoga Allah melorongkan jalan kepada kita untuk menjadi hambaNya yang lebih peka dan waspada. InshaAllah...
Buku ini mengisahkan kisah kembara seorang insan yang mendambakan keamanan sejagat yang cuba memadam keganasan dengan kebijaksanaan strateginya dalam bidang ketenteraan. Beliau tidak betah dikalungkan dengan pelbagai penghargaan kerana padanya khidmat yang tercurah tidaklah sebesar mana. Beliau pernah menjadi saksi kekejaman manusia yang berhati binatang di Stupni Do. Menempuh hujanan peluru dan mortar di beberapa medan pertempuran dan mendedahkan diri di kawasan pembunuhan (killing zone) ketika menabur bakti di luar negara. Bersahabat dengan pejuang-pejuang yang sentiasa berdoa dan menjadi penasaran di malam hari mengharap agar mereka syahid di medan jihad yang tercipta. Malah selepas segala apa yang telah dilaluinya itu, akhirnya beliau mendapat ‘pengiktirafan’ dengan memakai gelaran Banduan!
Pada 17 Mac 2003 wajah Lt. Kol. (B) Abdul Manaf menghiasi muka depan The Malay Mail dengan tajuk “Colonel Jihad [Decorated ex-army officer, held under ISA, believe to be al Qaeda cell member]” tulisan Eddie Chua. Antara pengenalan dalam akhbar tersebut menerangkan beliau seperti berikut; “He had merit awards from the Sandhurst academy and had served in the UN Protection Force in Bosnia. Besides al-Qaeda, police are questioning him on his role in Jemaah Islamiyah. What it that charged Lt-Kol Abdul Manaf Kasmuri?”
Semua kisah tersebut ditulis dengan garapan kata yang begitu tersusun dan indah. Saya merasakan seperti membaca karya seorang sasterawan yang telah menerbitkan berpuluh karya. Beliau berjaya membuat pembaca menghayati setiap detik pengalaman beliau sama ada di medan tempur ataudi balik bilik bersadur besi.
Penahanan Kolonel Jihad!
Abdul Manaf Kasmuri seorang bekas pegawai kanan tentera berpangkat leftenan kolonel yang amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sosialnya kepada beberapa buah negara yang bergolak. Sehingga pada 20 Februari 2003, seluruh lensa kamera media menghala kepadanya. Beliau telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki telah bekerjasama dengan Al-Qaeda dan menjadi penasihat Jemaah Islamiah!
Ketika ditahan, beliau telah pun bersara secara opsyenal pada awal Januari 1995. Sepanjang dua dekad khidmatnya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau telah menyandang pelbagai jawatan antaranya menjadi Ketua Divisyen Putera Maktab Tentera Diraja, Jurulatih Pusat Latihan Darat (PULADA) dan menjadi Pegawai Turus Kanan di Bosnia dan Crotia ketika bertugas di bawah panji PBB - United Nations Protection Force [UNPROFOR] sekitar tahun 1993-1994.
Persaraannya dalam ATM juga agak kontroversi kerana setelah pulang daripada berkhidmat di Bosnia, beliau sering dipanggil untuk soal siasat tentang beberapa tindakannya dan keraguan beberapa pegawai ATM terhadap reputasi baiknya semasa berkhidmat di sana (actions prejudice to good conduct of the service). Selain itu, beliau turut menerima nota ringkas yang ditandatangan oleh Panglima ATM yang menyarankan agar beliau dipecat!
Demi menjaga nama baik ATM, beliau tidak memanjangkan kes tersebut atau meminta sebarang mengadilan di mahkamah. Oleh itu, pada 5 Januari 1995 secara rela hati beliau telah meninggalkan ATM secara rasmi.
Selepas Persaraan
Atas kecintaannya dalam kerja-kerja kemanusiaan, beliau telah kembali ke Bosnia untuk menabur khidmat bersama MRC – ABIM (Malaysian Relief Center – Angkatan Belia Islam) dan diarahkan untuk membantu Odred Mudzahideen (OM) iaitu kumpulan pejuang asing yang memberi khidmat kepada kerajaan Bosnia. Bersama OM, beliau dan rakan-rakan seperjuangan ditugaskan menjadi kumpulan penusuk yang akan menembusi kubu puak Serbia sebelum pasukan lain membuat serbuan dan serangan susulan.
Selain berada di Bosnia, beliau turut terlibat dalam misi kemanusiaan di kawasan bergolak seperti Kosovo, Afganistan, Pakistan, Azad Kashmir, Bangladesh, Myanmar dan Ambon. Segala baktinya ini dilakukan secara sukarela tanpa imbuhan yang mengujakan.
Rakaman Kisah Tetamu Allah
Beliau banyak bertemu dengan insan hebat ketika melaksanakan kerja-kerja kemanusiaan yang melakar catatan hidup yang istimewa dan betul-betul mendedikasikan kehidupan mereka kepada agama. Mereka menghembuskan nafas terakhir dengan cara paling mulia... mati syahid!
“Aku kagum melihat sahabatku ketika di Bosnia yang bernama Abu Khalid. Seingat aku, dia berasal dari Mesir, seorang guru, sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan berumur empat tahun. Anak perempuan dan isterinya tidak henti-henti mengirim bingkisan berita. Namun Abu Khalid tidak pernah membuka warkah-warkah dan kaset rakaman suara yang dihantar. Tidak dinafikan segugus kerinduan terhadap isteri dan anak perempuannya itu sentiasa merayap membelai jiwa. Hanya dengan bersolat, bermunajat dan menelaah Al-Quran dapat menenangkan hatinya yang gusar... Sehari sebelum operasi fatahulmubin, dia membakar semua surat dan kaset yang dikirim tanpa dibukanya dan dia syahid pada pagi esoknya...”
“Abdurrahman Al-Singapory pemuda jempulan berumur 20an menyusuri lorong jihad lebih awal, tahun 1993. Dia yang sepatutnya diijabkabulkan dengan gadis tempatan pada Jumaat itu. Namun dia ‘enggan’ malah mahu namanya dimasukkan ke senarai mujahid yang akan menyerang kedudukan musuh yang menyekat jalanan. Dia memilih bercumbu dengan kematian dari kepastian perkahwinan! Dia terbunuh dan jasadnya hanya sempat ditanam di sebuah lubang pabila musuh mula menyerang balas. 3-4 bulan kemudian kumpulannya menawan kembali tempat tersebut dan tempat jasad Abdurrahman tertanam dikenal pasti. Demi Tuhan, jasadnya masih tidak reput malah darah segar mengalir keluar!”
“Bukan semua yang menawarkan diri untuk berjihad datangnya dari ustaz-ustaz yang sejak kecil dididik dengan latar belakang pendidikan agama yang seutuhnya. Salah seorang dari rakanku pernah bergelumang dengan kehidupan barat yang berkompaskan kepada kelazatan dunia. Ibunya berdoa dan terus berdoa agar anaknya berubah ke atas jalan yang diredhai Allah. Secara drastik, anaknya bertukar ke arah yang lebih positif dan sebulan kemudian menyusup masuk ke Bosnia lantas melaporkan diri di Mu’askar (Kem Latihan) di Zenica dan terpilih untuk menganggotai satu amaliah (operasi). Agak luar biasa aturannya kerana jika diperhalusi, hanya pejuang yang telah lama sahaja yang cenderung untuk disenaraikan. Keesokannya, pihak markas Katiba Mujahidin menghubungi ibunya di Britain dan memaklumkan tentang kematian anak lelakinya. Firasat seorang ibu yang membesarkan segumpal darah selama 279 hari di dalam ovarinya amat tepat sekali. Si ibu tidak langsung terkejut. Dia telah mendapat tahu anaknya itu telah gugur syahid pada malam sebelumnya menerusi mimpi.”
Barisan pengalaman inilah yang menjadi bekalan semangat kepada beliau untuk terus tabah bertahan dalam tirai besi ISA. 3 tahun 8 bulan beliau menyulam kisah bersama tahanan ISA, akhirnya pada 18 Oktober 2006 beliau telah dibebaskan.
Pendapat tentang ISA
Setelah dipenjarakan selama lebih 3 tahun, beliau mengeluarkan pendapat yang begitu sederhana tentang ISA;
“Aku tidak menyangkal pandangan sesiapa saja yang menentang, mendokong atau menyokong. Bagiku, analogi ISA adalah seperti pedang yang sangat tajam dan hebat. Ia senjata ‘berbisa’ berlangir dengan kuasa kerajaan memerintah demi mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara. Namun pedang yang terhunus di tangan pendokong yang tidak bijaksana akan memenggal leher sesiapa yang menjadi punca amarahnya kemudian mencetus kezaliman yang menjeruk hati rakyat jelata.”
Walaupun beliau sendiri terkejut dengan setiap tuduhan yang dibacakan kepadanya untuk menjadi asbab penahanannya, nyata ia tidak menghilangkan kewarasan fikiran dan beliau masih yakin pada hikmah di sebalik kisah duka yang terjadi pada dirinya.
Pendirian politiknya juga amat jelas yang berpaksikan kebenaran yang dinyatakan dalam rangkap berikut; “Aku bukan pengikut fanatik kepada sesuatu kumpulan... Bagiku PAS adalah wadah perjuangan politikku namun aku bukan seorang pengikut taksub. Penilaianku ke atas aktiviti dan tindakan politik agak liberal, jika baik tetapku terima walaupun ia datang dari parti lain.”
Simpulan Kata
Saya yakin buku ini bukan ditulis untuk menagih simpati, jauh sekali untuk memalit kebencian kepada kerajaan dan negara. Ia saya lihat sebagai memberi ruang untuk beliau bersuara menjelaskan gambaran sebenar tentang cerita seorang pejuang yang namanya harum di lapangan keperwiraan namun dibusukkan dengan prasangka dan diheret oleh tangan-tangan ghaib ke kancah fitnah keganasan...
Pertama kali saya terpandang cover buku ini di rak buku MPH Midvalley hati saya terus terpaut untuk membacanya. Namun akibat kekurangan tunai, saya letakkan dahulu judul buku dalam wish lists saya. Alhamdulillah, terima kasih saya ucapkan kepada sahabat saya Mohd. Nor Fadzli kerana beberapa hari kemudian saya melihat beliau telah membuat review tentang buku ini di blognya. Memandangkan beliau adalah rakan sekelas saya, saya menggunakan kesempatan tersebut untuk meminjam buku ini dari beliau. Dan setelah selesai membacanya, saya masih tetap ingin memilikinya kerana kisah yang dicoretkan amat luar biasa dan akan memotivasikan sesiapa sahaja yang membacanya. Segala jerih perit yang dilalui oleh Lt. Kol. (B) Abdul Manaf b. Kasmuri, menjadikan diri saya terlalu kerdil. Apa sajalah yang saya telah sumbangkan pada keluarga dan negara selama lebih dua dekad bernafas di muka bumi ini? Sungguh, kisah beliau memberi keinsafan yang membawa saya menilai adakah saya seorang insan yang bersyukur atas segala nikmat yang telah saya perolehi...
Kisah ini tidak akan terhenti di sini sahaja. Di luar sana ada ramai lagi pejuang yang nama mereka dirahsiakan demi menyalurkan khidmat tanpa mengira sempadan negara. Semoga Allah merahmati insan-insan seperti Lt. Kol. (B) Abdul Manaf yang tulus berjuang dan berkorban demi menegakkan kalimah keamanan di mana sahaja tanah tempat mereka berpijak. Marilah sama-sama kita sedekahkan Surah Al-Fatihah buat pejuang yang telah gugur dan menoktahkan hidup mereka di medan menentang penindasan dan kezaliman... Al-Fatihah~
..as you're reading this book, you see that you're doing 75% of the things that people do to wreck their financial lives, then maybe you'll wake up and realize that your financial mess didn't happen by chance. It happen because you were doing certain clear, specific things wrong that get everyone who does them into hot water.
Here i just sharing some of the points listed in this book that might open our eyes to see how far we have ruined our financial lives. You'd better read it yourself to get clear picture about this topic and read all the 55 ways on how to lead you to poverty!
Forget about Tomorrow
Know with Certainty that There Will Never be Any Rain in Your Life
Remember That Your Peace of Mind Is a Lot More Important Than Few Pennies You'll Save Worrying about Money
Save Money Only When You Feel Like It, and If You Just Don't Feel Like Saving, Then Don't!
Don't Bother to Learn Anything at All about Investing
Spend As Much As You Want, and Don't Be Afraid to Go into Debt
Set Up a High-Profile, High-Consumption Lifestyle with Enormous Fixed Expenses That You Can't Afford
Compete with Your Friends to See Who Can Spend the Most
Don't Balance Your Checkbook or Keep Track of What You Spend
Forget to Pay Your Taxes
Truly Believe That You're Only As Valuable As What You Own
Collect As Many Credit Cards As You Can, and Use Them Frequently
As Soon As You've Succeeded in Maxing Out Your Credit Cards... Get New One!
When You Get Your Credit-Card Bills, Pay Only the Minimum Each Month
Know in Your Heart of Hearts That You Will Never Run Out of Money
Repeat After Me: "I Am Not Responsible for My Financial Well-Being"
Trust That There's Always More Money Coming In
LEND Money to Your Friends - Especially Your Girlfriend or Boyfriend
Learn the Ultimate Rule of Success = Money Spent on Appearances is The Best Money You Can Spend!
Play Lady - or Lord - Bountiful by Shelling Out Money to Everyone Around You
Don't Think about Retirement - It's a L-O-O-N-N-G Way Off
Attend a "Free" Financial Seminar, and Follow the Advice They "Sell" You to The Letter
Make a Point of Watching Those Late-Night Financial Success Infomercials
Buy and Read Newsletters about Investing, and Do Exactly What They Say
If Your Investment Program Isn't Producing Good Result, Keep Doing the Same Thing Anyway
If Taking Charge of Your Financial Life Seems Overwhelming Now. Just Put It Off for a Few More Years
Start a Business with Inadequate Capital - in a Difficult Field and in a Difficult Location - and Expect to Prosper
If Getting Your Finances Together Seems Too Difficult at Any Given Time, Turn EVERYTHING Over a Financial/ Business Manager Who Will Have Total Control Over Your Money
Believe That You Can Get Rich Quick - That You Can Get Something for Nothing
Know Without a Doubt That You Don't Have to Work Hard - You Only Need to Find an Angle!
Do Not Buy a Home - a Free Spirit Like You Does Not Need to Put Down Roots
Feel Confident That You Can Borrow Your Way Out of Any Problem
Rest Assured That Shopping Is a Perfectly Valid Form of Emotional and Physical Exercise - Whether You Need What You're Buying or Not
Carefully Pore Over All Those Catalogs You Get in the Mail, and Order from Them Late at Night or When You're Feeling Lonely
Don't Sweat the Small Stuff = After All, $10 or $20 a Day Doesn't Really Add Up to Much!
Find a Man or Woman with Really Expensive Tastes and Reckless Financial Habits - and Marry Him or Her
Get Separated and Divorced Frequently
Don't Keep Records
Gamble Your Money
..then, if we follow those rules, we will ruin our financial lives. But if we do the opposite, inshaAllah we will find sunny days lie ahead...
All praises to Allah The Almighty. Selama 5 tahun setengah kami, PISMP 2 menyusun langkah, akhirnya kini kami hampir menuju penghujungnya. Terlalu banyak pengalaman yang terkutip selama tempoh masa tersebut. Sangat bersyukur juga setiap pengalaman yang dilalui menjadikan diri ini lebih kuat dan matang menghadapi masa-masa sukar yang terjadi tanpa disangka. Kisah jatuh bangun kami sebagai kumpulan minoriti di kampus ini tidak kami jadikan sebagai alasan untuk berasa rendah diri atau tersisih.
Dalam perhubungan, persahabatan kami sentiasa sahaja teruji. Gelak tawa dan tangis mewarnai sepanjang perjalanan kami. Tapi, berkat rasa ingin bersatu dan ingin menamatkan perjalanan ini dalam suasana yang harmoni, kami ketepikan segala perbezaaan dalam pemikiran. Mencampakan jauh-jauh prasangka dan dendam. Kami tanamkan semula benih-benih mahabbah agar hati-hati kami teguh terikat atas landasan persahabatan yang jelas dan utuh.
Dan hari ini, kami berjaya menyelesaikan peperiksaan terakhir dan menamatkan gelaran sebagai guru pelatih.
Peperiksaan TERAKHIR!
Laju saja mata pena menari di atas kertas jawapan peperiksaan. Subjek Wacana & Masyarakat seperti suatu sumpahan yang menghantui diri kami beberapa hari ini. Terutama bila membincangkan tajuk hujah induksi dan deduksi. Berkali-kali rakan-rakan yang ada dalam study group cuba memberi kefahaman kepada saya tentang perbezaan kedua-dua hujah ini. Alhamdulillah, akhirnya saya mampu juga menghadam ilmu pada bahagian tersebut.
Tapi dalam bilik peperiksaan, bila pertama kali membelek-belek kertas soalan alangkah terkejutnya kerana tiada satu soalan pun yang memberi fokus tentang hujah tersebut. Perasaan biasa yang dialami oleh ramai calon bila apa yang dibaca tidak langsung tidak disentuh dalam soalan peperiksaan. Kecewa...
Agak pelik dalam mata pelajaran major Pengajian Sosial kami terselit subjek ini. Walaupun pada hakikatnya dari tahun persediaan kami telah terbiasa belajar berdasarkan kertas proforma dan mencari maklumat daripada internet dan buku-buku di library sambil tangan menggaru-garu kepala bertanya apa sebenarnya yang kami sedang pelajari, tapi untuk tahun akhir kami mengharapkan perkara ini tidak terjadi lagi. Gelaran subjek rojak mungkin paling sesuai untuk menggambarkan kepincangan isi kandungan subjek ini. Malah kebanyakan pensyarah yang mengajar juga tidak faham apa sebenarnya matlamat wujudnya subjek ini. Hmm... apa lagi yang ingin kami harapkan jika pensyarah yang mengajar juga tidak jelas dengan apa yang mereka patut sampaikan. Oleh itu mungkin ada baiknya IPG Induk mempertimbangkan semula contentnya sebelum junior kami menghadapi masalah yang sama.
Hmm...tinggalkan sahaja kepincangan yang ada dalam subjek ini, kerana dalam hati, saya hanya ingin segera menyelesaikan setiap soalan yang diberikan.
Dalam masa 2 jam setengah, memang terasa sangat suntuk untuk menjawab bahagian objektif (20 soalan), struktur 8 soalan yang setiap satu jawapannya berjela seperti mini esei dan 2 soalan esei.
Dan apabila saya meletakkan noktah untuk ayat terakhir dalam esei terakhir, saya segera menghembus nafas panjang. Lega... Walaupun diri sendiri tidak begitu yakin dengan jawapan-jawapan bertaraf "goreng" dalam esei dan struktur dan menjawab beberapa soalan objektif yang sangat tricky, tapi hati hanya mampu berserah. Itu sahajalah yang mampu saya lakukan. Tawakkal 'allallah...
Beberapa minggu sebelum minggu peperiksaan akhir, saya bersama sahabat-sahabat lain berusaha untuk mendokumentasikan segala peristiwa dan mengumpulkan biografi serta gambar sepanjang perjalanan kami di IPG KBA. Kami ingin menerbitkan sebuah majalah kelas. Disebabkan kami hanya ada baki sebulan lebih sahaja lagi di kampus sebelum menamatkan pengajian, maka kami perlu segera menyelesaikan tugas-tugas dokumentasi tersebut. Oleh itu, langkah drastik saya ambil dengan membentuk jawatankuasa sidang redaksi. Dan sebulat suara saya diamanahkan untuk mengepalai projek ini.
Tindakan awal yang saya ambil adalah berusaha mengusulkan cadangan ini ke peringkat atasan untuk memohon bantuan dari segi dana bagi menampung kos penerbitan. Hasil perbincangan dengan Ketua Jabatan Kajian Sosial, Dr. Azita Amrin, saya bersetuju untuk menyiapkan kertas kerja pada malam tersebut dan menghantar semula kepada beliau keesokan harinya untuk dibentangkan dalam mesyuarat M3P bersama Pengarah dan Ketua-ketua jabatan lain. Namun, tanpa diduga, pada pagi tersebut, ketika ingin menyerahkan kertas kerja yang baru sahaja dicetak, saya mendapati Dr. Azita mengambil cuti sakit. Jadi, kertas kerja tersebut tidak dapat diusulkan dalam mesyuarat.
Namun, keesokan harinya, setelah mendapat persetujuan Dr. Azita, saya pergi berjumpa sendiri dengan Pengarah IPG KBA, Dr. Maznah. Ketika itu, Dr. Maznah baru sahaja sebulan menduduki kerusi tersebut menggantikan Dr. Mohd. Sofi yang bersara wajib. Dengan kata lain, ini adalah kali pertama saya bersemuka dengan Dr. Maznah.
Lebih kurang sejam saya menunggu peluang untuk bertemu beliau kerana beliau sibuk dengan perjumpaan dengan pensyarah di Jabatan Bahasa Inggeris. Hati terasa berdebar-debar memikirkan reaksi beliau nanti.
Sesampai sahaja Dr. Maznah ke biliknya, saya segera masuk. Segera saya hulurkan tangan kepadanya dan bersalam. Beliau mempersilakan saya duduk. Kertas kerja yang telah saya siapkan bertukar tangan. Seringkas dan sejelas mungkin saya memberi taklimat tentang isi kandungan kertas kerja dan hasrat kami untuk memohon dana daripada beberapa jabatan yang pernah terlibat dengan kelas kami.
Agak lama beliau terdiam sambil membelek-belek kertas kerja tersebut, sambil mengambil nafas... kemudian dengan nada yang tenang beliau berkata:
"Saya tak boleh luluskan kertas kerja ini. Saya perlu dapatkan persetujuan dari semua ketua jabatan dalam mesyuarat M3P kerana ia melibatkan wang."
"Awak jangan salah faham. Saya sokong projek yang awak mahu laksanakan ini. Tapi kita mesti ikut prosedur. Jadi saya tak boleh turunkan tandatangan dalam kertas kerja ini."
Saya mengangguk-angguk tanda faham. Nafas dihela panjang... Pembentangan kertas kerja ini tidak dapat dilakukan semalam kerana Dr. Azita tidak sihat. Jadi saya perlu menunggu mesyuarat M3P pada minggu berikutnya untuk menunggu kelulusan. Namun, setelah menunggu pada waktu tersebut, kertas kerja ini tidak juga dapat dibentangkan kerana mesyuarat yang dijalankan terpaksa membincangkan perkara lain yang lebih penting seperti peperiksaan dan hal-hal akademik.
Dalam kekecewaan tersebut saya nekad untuk melaksanakan projek ini secara tidak formal dan hanya melibatkan beberapa orang pensyarah sahaja. Kami tetap meneruskan proses mengumpul koleksi gambar dari Julai 2005 hingga November 2010. Sebarang penangguhan akan menyebabkan usaha menghasilkan majalah ini akan terbantut.
Working & Exam
Ketika menduduki peperiksaan untuk dua paper Education, saya memberhentikan sebentar kerja-kerja pengumpulan bahan untuk memberi peluang kepada kami fokus kepada peperiksaan. Dan untuk paper terakhir iaitu Wacana & Masyarakat, kami mempunyai jarak masa seminggu kerana cuti Deepavali.
Ketika inilah saya mengoptimumkan penggunaan masa untuk menyusun segala gambar dan menyiapkan layout setiap page. Subhanallah...kerjanya sangat meletihkan! Tambahan lagi saya tidak pernah mempunyai sebarang pengalaman dalam projek penerbitan buku atau majalah. Jadi, berganda-ganda terasa kesusahannya. Penggunaan MS Word, Adobe Photoshop dan MS Publisher saya maksimumkan. Waktu pagi, tengahari, petang, malam, semuanya terisi dengan aktiviti menyiapkan majalah. Malah ada hari yang saya terlalu ralit membuat kerja hingga berkumandangnya azan subuh. Saya tidak sempat tidur! Tapi alhamdulillah, saya lakukan segalanya dengan lapang dada kerana sejak dari awal lagi saya memang bersemangat untuk menghasilkan majalah ini. "No Pain, No Gain!"
InshaAllah, setelah segala usaha diletakkan, majalah ini boleh diedarkan pada hujung minggu ini ketika dinner kelas. Semoga hasilnya nanti memuaskan hati semua rakan kelas.
Ketika saya menyenaraikan nama-nama pensyarah yang pernah menjadi tenaga pengajar kepada kami, nyata, jumlahnya agak ramai. Dalam masa 5 tahun setengah, kami telah dibimbing oleh lebih kurang 60 orang pensyarah yang berlainan! Malah ada yang saya terlepas pandang dalam proses penyenaraian tersebut kerana ada dalam kalangan mereka yang kini sedang melanjutkan pelajaran, berpindah ke tempat lain dan ada yang telah pergi buat selamanya seperti mendiang Mdm. Lee Wan Chun yang mengajar subjek teknologi pendidikan.
Dengan jumlah pensyarah seramai ini, kami menerima siraman ilmu yang cukup banyak daripada mereka. Lain pensyarah, lain caranya. Penghargaan yang tidak terhingga saya sampaikan kepada mereka. Semoga ilmu yang tercurah dapat dimanfaatkan sebaiknya ketika memulakan langkah sebagai pendidik berijazah...
Buat masa ini, dalam kelas kami terdapat 3 orang yang telah membina rumahtangga bersama pasangan masing-masing. Tahniah kepada Nurul Shamimi, Ahmad dan Mohd. Azrizad. Dan 3 orang lain telah melangsungkan majlis pertunangan iaitu Shamsiah, Muhamad Iqhwan dan yang terbaru, Khairul Idzhar. Saya mendoakan kebahagiaan buat mereka semua. Dan bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, semoga segala urusan kalian dipermudahkannya... ameen~
Akhir kalam, "Selamat Tinggal IPG KBA............!"