Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

9/20/2010 10:05:00 PM

Kingdom of Royal Love

Dihantar oleh thoyyibah

Terasa ingin berkongsikan sesuatu yang agak santai kali ini. Sekadar perkongsian naratif yang harap dapat memberi manfaat.

Pada minggu lepas hari Rabu, saya pergi ke Perpustakaan KL di Dataran Merdeka. Apabila hampir sampai, seorang pakcik tua datang ke arah saya. Dia hanya memakai t-shirt Pagoda dan seluar slack yang agak pudar warnanya serta turut menggalas beg sandang tepi. Dia seperti bercakap sesuatu. Jadi saya menanggalkan ear phone yang terlekat di telinga. Pakcik tersebut seperti sedang marah tentang sesuatu, kerana antara ayat yang saya dengar ketika menanggalkan ear phone;

"Budak-budak ni meludah merata-rata!"

"Siapa pakcik?" saya bertanya.

Tanpa menghiraukan soalan saya dia terus bertanya.

"Where do you want to go?"

"Library." saya menjawab sepatah sambil menunding jari ke arah perpustakaan yang berada di belakangnya. Dalam hati saya tertanya-tanya siapa gerangan pakcik tersebut.

"What's your name miss?" pakcik tersebut terus bertanya.

"Thoyyibah." saya menjawab ringkas kerana saya terasa semakin tidak selesa.

"Oh, u're Malay. Are you Mouslem?"

Agak terkejut mendengar soalan tersebut. Tapi saya hanya mengangguk. Saya melihat pakaian saya. Adakah pakaian saya tidak melambangkan saya seorang Islam.?? Allah.....bimbang rasanya memikirkan soalan tersebut. Dan saya membuat andaian pakcik ini mungkin telah lama bermastautin di luar negara sehinggakan tak kenal wajah-wajah wanita Islam di Malaysia bagi menyedapkan hati.

"Where you from sir?" saya bertanya kerana ingin mengetahui di mana dia tinggal.

"I'm from Malaysia too."

"Ooo.. where is it sir?" saya bertanya lagi.

"In Ulu Kelang, with my nephew."

"Ooo.. ok.." sy mengangguk-angguk.

Dia meneruskan perbualan.

"Do you want to read some poetry? I have wrote many poetry to share with people. You can buy it."

"Oh, may i have a look first?" saya bertanya.

"Sure."

Lantas dia mengeluarkan beberapa sampul yang siap terisi dengan puisi-puisi yang dikarangnya.

Saya mengambil satu sampul bertajuk "Kingdom of Royal Love"

Melihat saya membelek sampul tersebut, dia berkata, "That's the story about love. You can have an academic discussion with your friends."

"How much is it?" saya bertanya lagi agar saya boleh cepat-cepat beredar dari situ setelah membeli puisi tersebut.

"It just RM10. I just need some cash."

"10 ringgit??" saya tersentak dalam hati. Tapi tangan saya terus saja mencapai beg duit dan mengambil not RM10. Saya menyerahkan wang tersebut dan ingin segera beredar dari situ.

Belum sempat saya melangkah, dia menghulurkan sesuatu.

"This is my name card."

"Oh, thank you. Assalamua'laikum." saya terus bergerak menuju ke perpustakaan. Di kad tersebut tertera nama " Megat Iskandar Bin Tan Sri Datuk Ibrahim - Eminence of Poetry - Ex-Regional Officer H.S.B.C. Ex-Investment Executive M.I.M.B". Patutlah lancar betul dia bercakap Bahasa Inggeris tadi. Saya tersenyum sendiri.

Selepas menyelesaikan urusan saya di perpustakaan, saya bergerak pulang. Di stesen komuter saya teringat tentang puisi yang telah saya beli tadi. Jadi saya membuka dan membacanya.

Bukan puisi biasa bila saya melihat perkataan-perkataan yang digunakan. Mungkin keranasaya sendiri tidak banyak membaca puisi-puisi klasik dalam Bahasa Inggeris, berkerut-kerut dahi saya cuba memahami apa yang dinukilkan dalam kertas tersebut.

Saya nukilkan di entri ini buat perkongsian dengan sahabat sekalian;


Kingdom of Royal Love

Malaysia The Sovereign Salutation with Continuity and Liberty for all Races,
The Nobel King aside The Every Beauteous Admiration
The Queen conduct dutiful Functions for The Nation.
The Malay Royalties feeling Grand and Glorious Acclaim The Imperial Regal of fairness and Justness in the Regalia kingdom of Royal Love.
The Prince is incomparability
The Royal Mighty Shield of Unity and Bravery.
Truly loveliness of a Princess indeed Attractive possess The Impressive Love with the Prince Assent to the Matrimony.
Years of Romance
combinedly a loving affair sharing the commemorative feelings forever with merriment is Festivity.
With a New Born Crown Prince
certainly The Trueheartedness every measure Enthusiastically in the Palace Pride
and Joy a Treasure upon the Warmth of the Baby Prince Royally with Ideal provide evermore Parenting Paraphernalia Professional subjects
The Cream Collectings with Titles and Medals abide To the King and Queen
Ever more pleasing and delightful The Beloved Monarch.

By MEGAT ISKANDAR IBRAHIM

10 Komen:

saifurudin said...

sy baru sahaja berjumpa dengan beliau, poetry yg sama saya baca, terlalu tinggi bahasa sastera sehingga tak boleh nak fahami ...

zaniakecik said...

amazing... sy baru berjumpa dia semalam, tgk name card dier, tergerak hati cari kt google, then jumpe blog ni... p.cik tu sungguh awkward...

Anonymous said...

sama la .. baru tumpangkan dia naik motor tadi, dia nak byr upah . sy tolak.. so dia bg kad.. tu g0ogle nama pakcik ni ehehe

adz said...

baru jumpa ahad hri tu... terbaek la sajak dia smpat jgk berborak dgn dia lma n very mch advice given by him...

wannoratikha said...

saya selalu jumpa dia bila nak ke kelas,dia mmg pelik tapi sgt peramah..suka dgar dia speaking..

aretokz said...

salam saudara
saya pun mengalami benda yg sama.. berjumpa dengan pakcik ni.. memang dia seorang pemuisi dalam bahasa inggeris. tapi dia mungkin tersisih

Unknown said...

Saya membeli puisi beliau "Perceptive vigilant" sangat menarik, dri blog ni dpt dilihat semua yg berjumpa beliau dpt merasakan sesuatu istimewa dalam diri pakcik tersebut,berharap suatu hari nanti seninya dikenali ramai orang

Unknown said...

Saya membeli puisi beliau "Perceptive vigilant" sangat menarik, dri blog ni dpt dilihat semua yg berjumpa beliau dpt merasakan sesuatu istimewa dalam diri pakcik tersebut,berharap suatu hari nanti seninya dikenali ramai orang

Unknown said...

Saya membeli puisi beliau "Perceptive vigilant" sangat menarik, dri blog ni dpt dilihat semua yg berjumpa beliau dpt merasakan sesuatu istimewa dalam diri pakcik tersebut,berharap suatu hari nanti seninya dikenali ramai orang

Anonymous said...

5 things to do before making money online | Make money on the internet
It's easy to earn money online, and it's free. 바카라 사이트 The หาเงินออนไลน์ benefits are kadangpintar easy to read and understand, but don't rush to bet online.

Post a Comment