Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

10/30/2009 03:38:00 PM

Takziah Sahabatku...

Dihantar oleh thoyyibah

Kira-kira jam 10.20 pagi hari ini, saya melihat telefon bimbit saya ketika waktu rehat di kantin. Ada missed call (pada 9.42 pagi) daripada sahabat saya, nurul shamimi (mimi). Dengan perasaan tertanya2, saya terus menghubungi mimi semula. Di hujung talian, saya dapat dengar esakan mimi. Hati saya jd gelisah. Saya bergerak keluar dari kawasan kantin supaya sy dapat lari dari keadaan hiruk pikuk kantin. Saya bertanya kepada beliau apa yang terjadi. Dalam sendu mimi menjawab, ayahanda kesayangannya telah pergi, dijemput Ilahi. "Innalillahiwainna ilai hirojiuun..." itu saja yang terucap di bibir saya ketika itu. Selepas memberi sedikit kata2 semangat, kami memutuskan talian.

Dalam hati saya berfikir, apalah sangat yang saya boleh bantu ketika ini. "Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul" Saya menghela nafas panjang.... Ini adalah ujian yang besar buat keluarga mimi yang kehilangan tonggak keluarga mereka. Ditambah pula, 28 November nnt, insyaAllah mimi akan diijabqabulkan. Jadi ini adalah suatu kesedihan yang amat berat, kehilangan insan tersayang sebelum sempat arwah melihat anaknya disatukan. Namun begitulah. Ajal kita takkan terlewat mahupun terawal walau sesaat. Semua yang terjadi adalah berdasar takdir yang ditetapkan Allah. Semoga mimi redha atas ujian ini.. Kami, sahabat2mu ini, masih setia untuk bersama, mendengar segala rintihan dan keluh kesah, agar dapat meringankan beban perasaan yang mimi tanggung ketika ini. Namun begitu, Allah jualah tempat mengadu dan merintih yang aula...

Semoga arwah digolongkan dalam golongan orang2 yang soleh yang berada di bawah lembayung rahmat dan rahiim Allah..ameen..Al-Fatihah..

10/27/2009 02:08:00 AM

KECERDASAN EMOSI MENURUT PANDANGAN HAMKA

Dihantar oleh thoyyibah

Buya HAMKA


SEORANG BUDIMAN
Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur dan budinya mulia. Kelakuannya baik, mukanya jernih, sebab dia memandang hidup dengan penuh pengharapan dan tidak pernah putus asa. Apa yang diyakininya, itulah yang dikatakannya, dan apa yang dikatakannya itulah yang diyakininya.
Maka kita ambillah kesimpulan, bahawa dia seorang budiman.

SEORANG CERDAS
Dia cerdas, akalnya tajam, buah fikirannya baik, dan iapun cepat mengambil kesimpulan; terang otaknya, luas pandangannya dan jauh tiliknya.

ORANG MASYARAKAT
Dia suka bergaul, suka menolong, tidak menyisih dari masyarakat, tidak memikirkan kepentingan dirinya sendiri atau keluarganya sahaja, tidak gila pangkat; mengerti akan kedudukan orang lain dan merasa dirinya turut dalam kedudukan itu. Hormat kepada orang tua, kasih kepada orang muda, pandai bergaul, pandai berkawan.

ORANG SIHAT
Badannya sihat, mukanya berseri-seri kerana kesihatan tubuh dan kesihatan jiwanya. Pakaiannyapun bersih kerana kebersihan hatinya. Dia gemar akan olah-raga untuk kesihatan tubuh dan dia suka muzik untuk kesihatan batin.

ORANG CERDIK-PANDAI
Fahamanya luas, penyelidikannya dalam, bacanya banyak. Sebab itu banyaklah yang diketahuinya, sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan segala lapisan. Oleh kerana pengetahuannya dalam sesuatu hal, maka dia berani bertanggungjawab.

PERIBADI
Semuanya itu; budi, akal, pergaulan, kesehatan dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu, pada suatu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah atau kuat, berlebih atau berkurang daripada segala yang tersebut itu, menyebabkan lemah atau kuat, lebih atau kurang peribadi.
Dialah yang menentukan mutu seseorang.

HARGA KERBAU & MANUSIA
Dua puluh ekor kerbau pedati, yang sama gemuknya dan sama kuatnya, sama pula kepandaianya menghela pedati, tentu harganyapun tidak pula berlebih berkurang. Tetapi 20 orang manusia yang sama tingginya, sama kuatnya, belum tentu sama “harganya”. Sebab bagi kerbau tubuhnya yang berharga. Bagi manusia peribadinya.

ORANG BODOH
Kalau kita berkawan atau bersahabat dengan orang, harus kita ketahui bahawa sebagai manusia, dia harus mempunyai suatu segi yang lemah dalam peribadinya. Hanya orang yang bodoh yang dipenuhi perasaan semata, sentiment semata, bila ia sayang, ia lupa akan segala kesalahan. Dan bila ia benci iapun lupa akan segala kebajikan.


RINGKASNYA – PERIBADI ITU:
1. Kumpulan (himpunan) sifat-sifat dan kelebihan diri, yang menunjukkan kelebihan seseorang daripada orang lain. Sehingga ada manusia besar dan manusia kecil. Ada manusia yang sangat bererti hidupnya, dan ada yang tidak bererti sama sekali.
Masuknya tidak menggenapkan, dan keluarnya tidak mengganjilkan.

2. Kumpulan (himpunan) akal-budi, kemahuan, cita-cita dan bentuk tubuh. Hal itu menyebabkan harga kemanusiaan seseorang berbeza dari yang lain.


RINGKASNYA:
􀂾 Semua yang dinyatakan oleh hamka itu menggambarkan kedudukan kecerdasan emosi seseorang.
􀂾 Andalah yang menentukan segala-galanya untuk melayari hidup anda!

(Hamka, 1950)

Disediakan Oleh
MOZAIMI BIN MOHAMAD
Pengurus Besar
Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka

10/23/2009 01:53:00 AM

Laksanakan Amanah Kita

Dihantar oleh thoyyibah


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, ayat 285 dan 286;

Rasulullah telah beriman kepada apa Yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang Yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membezakan antara seorang Dengan Yang lain Rasul-rasulnya". mereka berkata lagi: Kami dengar dan Kami taat (Kami pohonkan) keampunanMu Wahai Tuhan kami, dan kepadamu jualah tempat kembali".(285)



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata) : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (286)



ASBABUN NUZUL :

Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan lain-lainnya dari Abu Hurairah, katanya, "Tatkala turun ayat, 'Dan jika kamu melahirkan apa yang terdapat dalam dadamu atau menyembunyikannya, pastilah akan dihisab oleh Allah.' (Q.S. Al-Baqarah 284) sungguh terasa berat oleh para sahabat. Mereka datang kepada Rasulullah saw. lalu bersimpuh di atas kedua lutut mereka, kata mereka, 'Ayat ini telah diturunkan kepada baginda, tetapi kami tidak sanggup memikulnya', maka Rasulullah saw. bertanya, 'Apakah kalian hendak mengatakan seperti apa yang diucapkan oleh Ahli Kitab yang sebelum kalian, 'Kami dengar dan kami langgar?' hendaklah kalian ucapkan, 'Kami dengar dan kami patuhi. Ampunilah kami wahai Tuhan kami dan kepada-Mu kami akan kembali.' Setelah orang-orang itu berusaha membacanya hingga lidah-lidah mereka pun menjadi lunak karenanya, maka Allah pun menurunkan di belakangnya, 'Rasul telah beriman...' (Q.S. Al-Baqarah 285) Sesudah itu ayat tadi dinasakhkan oleh Allah dengan menurunkan, 'Allah tidak membebani seseorang kecuali menurut kemampuannya...'" (Q.S. Al-Baqarah 286) Muslim dan lain-lain meriwayatkan pula seperti di atas dari Ibnu Abbas.


Dua ayat Allah ini memberi peringatan kepada kita bahawa setiap amanah yang terpikul di bahu kita pada hakikat sebenarnya kita mampu untuk melaksanakannya. Tetapi dengan syarat, kita perlu meletakkan segala penggantungan atas usaha yang telah kita lakukan kepada Allah S.W.T. Berteraskan kalimah hauqalah iaitu "La haulawala qhuwata illa billah..." (Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, dan tiada upaya dan tiada daya melainkan dengan izin Allah,”) maka insyaAllah, akan datang pertolongan Allah atas setiap usaha kita dalam melaksanakan sesuatu amanah yang diberikan kepada kita. Oleh itu, taatilah Allah dan RasulNya, agar segala amanah yang ada, seperti amanah untuk taat kepada Allah, amanah untuk menegakkan syiar Islam, amanah dalam melaksanakan tugas-tugas seharian, amanah untuk memakmurkan muka bumi dan sebagainya dapat disempurnakan dengan sebaiknya dan tiada menyimpang kita daripada landasan hidup yang sebenar. ameen...

10/16/2009 12:58:00 AM

Guru, tanpa nama...

Dihantar oleh thoyyibah


Terlakar pada tiap jiwa,
Guru penggerak pencetus segala,
Dari aksara hingga ke fakta,
Dari serangkap kata kepada selembar novel puitis tercipta,
Cukup indah disulam sempurna,

Maka...
Bermulalah hari mereka,
Pabila ada insan-insan yang...
Dahaga pada ilmu,
Mahu pada tahu,
Maka yang diburu adalah guru,

Ilmu mereka nyama...
Biar tanpa angin,
Adakal bahang...
Biar tanpa mentari,
Tanpa dogma bahkan semuanya pasti,
Prioriti mereka hanya pada bakti,

Dianyam kalam persis pujangga,
Agar yang lemah kian bermaya,
Agar yang lesu kembali bertenaga,
Mereka merencana dengan tangan dan suara,
Akal yang dikurnia, dimanfaat untuk agama dan negara,

Bahari payah meniti tugas mereka,
Kini tabah menjadi azimat kuasa,
Supaya anak bangsa tiada anarki dan binasa,
Terserah misi membangkit bangsa,
Hingga mereka... tiada mampu melafaz kata...

Nukilan: Thoyyibah (2006)

10/09/2009 12:34:00 AM

Insha Allah

Dihantar oleh thoyyibah


Lagu Insha Allah (klik sini) yang dinyanyikan oleh Maher Zain, menjadi antara halwa minda saya yang paling menenangkan. Garapan lirik lagu yang mudah difahami terus meresap ke hati. Muzik yang digunakan simple memudahkan lagi para pendengar menghayati mesej yang ingin disampaikan. Maher Zain merupakan penasyid kelahiran Lubnan dan menetap di Sweden sejak berusia 8 tahun. Semoga akan muncul banyak lagi lagu-lagu dakwah yang akan mendekatkan kita dengan Pencipta....



Insha’Allah
Munsyid: Maher Zain

Every time you feel like you cannot go on...
You feel so lost and that you're so alone...
All you see is night...
And darkness all around

You feel so nervous you can't see which way to go...

Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by your side..
Insha’Allah....Insha’Allah. ..
Insha’Allah

You'll find your way... (2x)

Every time you can make one more mistake
You feel you can't repent...
and that it's way too late
You're so confuse....

Wrong decisions you have made
Haunt your mind and you heart is full of shame

Don't despair and never loose hope...
Coz Allah is always by your side...
Insha’Allah.. .Insha’Allah. ..
Insha’Allah

You'll find your way.. (2x)

Turn to Allah...He's never far away
Put your trust to Him...
raise your hands in pray
Huu Ya Allah,
guide my steps don't let me go astray...

You're the only one to show me the way...
Show me the way...

Show me the way...
Show me the way...