Kira-kira jam 10.20 pagi hari ini, saya melihat telefon bimbit saya ketika waktu rehat di kantin. Ada missed call (pada 9.42 pagi) daripada sahabat saya, nurul shamimi (mimi). Dengan perasaan tertanya2, saya terus menghubungi mimi semula. Di hujung talian, saya dapat dengar esakan mimi. Hati saya jd gelisah. Saya bergerak keluar dari kawasan kantin supaya sy dapat lari dari keadaan hiruk pikuk kantin. Saya bertanya kepada beliau apa yang terjadi. Dalam sendu mimi menjawab, ayahanda kesayangannya telah pergi, dijemput Ilahi. "Innalillahiwainna ilai hirojiuun..." itu saja yang terucap di bibir saya ketika itu. Selepas memberi sedikit kata2 semangat, kami memutuskan talian.
Dalam hati saya berfikir, apalah sangat yang saya boleh bantu ketika ini. "Berat mata memandang, Berat lagi bahu memikul" Saya menghela nafas panjang.... Ini adalah ujian yang besar buat keluarga mimi yang kehilangan tonggak keluarga mereka. Ditambah pula, 28 November nnt, insyaAllah mimi akan diijabqabulkan. Jadi ini adalah suatu kesedihan yang amat berat, kehilangan insan tersayang sebelum sempat arwah melihat anaknya disatukan. Namun begitulah. Ajal kita takkan terlewat mahupun terawal walau sesaat. Semua yang terjadi adalah berdasar takdir yang ditetapkan Allah. Semoga mimi redha atas ujian ini.. Kami, sahabat2mu ini, masih setia untuk bersama, mendengar segala rintihan dan keluh kesah, agar dapat meringankan beban perasaan yang mimi tanggung ketika ini. Namun begitu, Allah jualah tempat mengadu dan merintih yang aula...
Semoga arwah digolongkan dalam golongan orang2 yang soleh yang berada di bawah lembayung rahmat dan rahiim Allah..ameen..Al-Fatihah..

0 Komen:
Post a Comment