Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

8/25/2009 11:02:00 PM

Terima Kasih SK SENTUL (1)

Dihantar oleh thoyyibah

Sudah beberapa hari aku meninggalkan SK SENTUL (1). Aku akan sambung tulisanku melalui entri “Hati Seorang Guru” dalam entri kali ini. Sukar sebenarnya untuk meninggalkan segala memori sepanjang 2 bulan praktikum di sekolah ini. Sekolah yang menjadikan pengalaman aku untuk menjadi seorang guru semakin terasah. Aku mula tidak mementingkan berapa gred yang akan diberikan oleh pensyarah atau guru pembimbing ku. Bukan kerana malas untuk menyediakan ABM dan RPH yang dahsyat. Cuma dalam kepalaku aku sentiasa berfikir, aku ingin setiap kali aku masuk ke kelas, aku puas untuk mengajar. Bukan sekadar memenuhi jadual yang tersedia untukku.
punch card..


Mengajar murid darjah 6, daniel namanya, masa Klinik Bahasa Melayu


Sesi berPENGAKAP


wif my bodyguard : )


budak koir 5 Utarid


Isk2..xleh dibendung budak2 nih..

Kumpulan koir kelas 5 Marikh

Pada praktikum kali ini kumpulan kursusku (PISMP – IPGM Cohort 1) dikehendaki mengajar Kajian Tempatan, Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan serta Pendidikan Jasmani & Kesihatan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan aku banyak belajar benda baharu dari insan-insan yang bergelar murid. Semacam ada suatu rasa yang sukar untuk dilakarkan di sini. Rasa sayang melimpah-limpah untuk mereka. Biarpun banyak masa mereka memaksa aku untuk meninggikan suara dalam kelas, biarpun sering sahaja mereka menguji kesabaranku, tapi jauh dalam hatiku perasaan itu tetap kuat tertanam.


Bersama 4 Musytari


Murid Kelas 5 Neptun yang ceria

Hari terakhir di sekolah ini adalah hari yang aku nanti-nantikan untuk menghabiskan tempoh praktikumku. Pada hari yang sama juga hatiku sayu untuk meninggalkan murid-murid sekolah ini. Dengan beberapa murid yang memberikan buah tangan mereka kepadaku, hati aku mula ‘menangis’. Tapi sudah tentu aku tidak tayangkan semua itu di depan mereka. Cukuplah bait-bait nasihat aku kepada mereka sepanjang aku berada bersama mereka. Nasihatku kepada diriku dan mereka “Lebih baik menjadi seorang yang kurang ilmunya tapi tinggi budi pekerti, daripada menjadi seorang yang bijak pandai tapi penuh dengan sifat kesombongan”. Bukan maksudku untuk merendah-rendahkan murid-murid pandai, tapi alangkah baiknya jika setiap dari mereka walau berbeza tahap pemikiran dan kebolehan masih sentiasa tahu untuk menjaga akhlak dan perilaku. Aku sendiri bukanlah terdiri daripada pelajar yang bijak bermula daripada aku sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Tapi aku bersyukur, berada di tempat di mana aku berada sekarang. Mungkin semua ini berkat doa guru-guruku yang menjadikan ilmu sedikit yang masih lekat dalam kepalaku dapat aku manfaatkan untuk menjadi insan yang lebih baik.
Bersama En. Alias (dulu beliau guruku di SMK Raja Ali, kini kami berada dalam satu lapangan.


Bersama Guru Besar, Puan Chan, dan GPK 1, Puan Puziah

Jika ada anak murid cikgu yang meluangkan masa singgah di blog cikgu ni, cikgu ucapkan selamat belajar dan cikgu doakan agar kalian semua berjaya di dunia dan di akhirat.. dan terima kasih kepada anak murid cikgu yang rajin menghubungi cikgu. Dan terima kasih kepada anak-anak murid cikgu daripada kelas 5 Utarid, 5 Marikh, 5 Musytari, 5 Zuhal, 5 Neptun dan 4 Musytari. Cikgu banyak belajar dari kalian. Kalau nak tengok gambar-gambar yang cikgu dah ambil, nnt cikgu muat naik dalam ni. Kat sebelah kiri di bahagian “Profil Sesawang ku” boleh klik pada link “flickr”. Tapi buat masa ni cikgu belum dapat “upload” semua gambar lagi.. InsyaAllah dah siap semua cikgu akan beritahu.

Sebahagian hadiah daripada murid-muridku dan pihak sekolah.. terima kasih..

8/20/2009 08:50:00 PM

Pena Abu Saif : Pemikiran Skeptik Yang Menyakitkan Umat

Dihantar oleh thoyyibah

habibbourguiba

Habib Bourguiba

“Kenapa dia berkata begitu? Dia tak faham al-Quran dan Sunnah ke?” seorang hadirin ceramah mengkritik.

“Apa dia tidak baca sirah? Buta sejarah?” tambah seorang lagi.

Semua naik angin.

Marah dengan Habib Bourguiba.

Beliau adalah Presiden Tunisia yang pertama, memerintah dari tahun 1957 hingga 1987. Bourguiba selalu disinonimkan dengan Mustafa Kemal Ataturk kerana keghairahannya kepada pembaratan yang disamakan dengan pemodenan.

Isunya ialah pada tahun 1961. Habib Bourguiba telah mengeluarkan arahan tidak membenarkan penjawat awam di negaranya, Tunisia, berpuasa di bulan Ramadhan. Bagi menegaskan arahan itu, beliau dan anggota kabinetnya telah muncul secara langsung di kaca televisyen pada tengah hari bulan Ramadhan dan mereka makan beramai-ramai.

Alasan Habib Bourguiba senang sahaja, berpuasa mengurangkan produktiviti negara!

SINIS AGAMA

Pandangan Habib Bourguiba itu, jika mahu dikategorikan, ia termasuk di dalam apa yang dinamakan sebagai Religious Skepticism.

Pemikiran skeptik atau sinis terhadap agama ini berperingkat.

Ada sinis yang merujuk kepada beberapa aspek di dalam ajaran agama. Seseorang itu mungkin sinis dengan hukum membasuh jilatan anjing dengan tanah. Atau hukum menutup aurat. Mungkin juga soal harta pusaka yang dibahagikan dua bahagian kepada pewaris yang lelaki dan satu bahagian kepada pewaris yang perempuan.

Ada juga pemikiran skeptik, ditujukan kepada institusi agama. Misalnya, anti ‘orang masjid’, mungkin juga kepada pihak berkuasa agama seperti JAWI, JAIS, JAKIM dan lain-lain. Tidak lupa dengan alergi mereka kepada parti politik Islam, atau badan-badan yang menjadikan Islam sebagai identiti organisasi mereka.

Peringkat ketiga pula, ialah pemikiran skeptik terhadap keseluruhan ajaran agama. Mereka tidak semestinya anti Tuhan atau atheist namun mereka sinis terhadap semua agama yang dianggap sebagai doktrin yang penuh kecurigaan.

Walau apa pun bentuk Religious Skepticism yang muncul, kesemuanya adalah tindak balas (response). Apabila diertikan sebagai tindak balas, tentu ada sesuatu yang berlaku sebagai reaksi kepada kejadian tersebut. Ia bukan asal, tetapi ia adalah tindak balas kepada sesuatu yang telah mengambil tempat terlebih dahulu.

YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN

yasminahmad

Terkini, ASTRO mendedikasikan saluran 110 sebagai tribute kepada Allahyarham Yasmin Ahmad dengan menyiarkan koleksi filem terbitan atau arahan beliau seperti Sepet dan Gubra.

Jika kita menonton dengan teliti sebarisan filemnya bermula daripada Rabun, kepada Sepet, Gubra, Mukhsin, Muallaf dan terkini Talentime, ada sesuatu yang konsisten di dalam semua sentuhan karya Yasmin Ahmad. Selain sentuhan kreatif yang unik, filem-filem Yasmin Ahmad konsisten dengan tema atau elemen Religious Skepticism. Penonjolan babak imam yang mesra dengan jiran-jirannya yang pelacur di dalam filem Gubra, hubungan cinta antara seorang gadis Melayu dengan anak muda Cina, malah anjing yang dibelai mesra oleh bilal masjid, semua itu adalah simbol dalam menterjemahkan apa yang dinamakan sebagai pemikiran skeptik terhadap agama.

Oleh kerana Religious Skepticism semakin berleluasa mendominasi pemikiran masyarakat khususnya di dalam kelompok urban, maka hasil karya Yasmin Ahmad semacam menjadi jurucakap untuk meluahkan pandangan ini yang sejak sekian lama tidak mudah untuk diketengahkan ke perhatian massa. Yasmin Ahmad menerima penghormatan dan pengiktirafan yang sungguh luar biasa.

Jika kita bersetuju bahawa Religious Skepticism itu ialah satu bentuk tindak balas, maka datang soalan kedua; pemikiran Religious Skepticism yang ada pada Yasmin Ahmad datangnya sebagai tindak balas kepada apa? Apakah pengalaman yang telah ditempuh oleh graduan Ijazah Psikologi daripada England ini?

Saya tidak mempunyai sebarang penjelasan kerana saya tidak mengenali beliau secara peribadi. Namun mungkin beliau menempuh episod hidup yang penuh dengan peristiwa berbentuk penilaian, hukuman, malah mungkin sindiran dan cemuhan yang menggalakkan skepticism itu semakin meruncing.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Yasmin Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

SISTERS IN ISLAM

sm_6zainah

Zainah Anwar, teraju utama Sisters in Islam

Satu lagi topik yang berkait rapat dengan Religious Skepticism ialah sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Sisters in Islam SIS). Pertubuhan ini mempunyai peranan yang signifikan dalam memperjuangan beberapa aspek bersangkutan hal kebajikan kaum wanita Muslim dan ia tidak boleh dinafikan. Kelancaran proses mahkamah yang mesti diperkemaskan agar wanita Muslim tidak menderita digantung tidak bertali, adalah di antara subjek yang banyak disentuh oleh sukarelawan SIS yang amat komited.

Namun, ada sesuatu yang juga konsisten dalam pemikiran dan ucapan tokoh-tokoh utamanya. Elemen yang saya maksudkan itu ialah Religious Skepticism. Keketaraannya lebih terasa dalam aspek sinis mereka kepada institusi agama yang dilihat tidak bertindak wajar dalam hal kesamarataan, keadilan, kebebasan dan kemuliaan kaum wanita Muslim di negara kita.

Mendesak agar al-Quran ditafsir semula, bukanlah suatu isu baru. Tetapi mendesaknya dengan alasan ahli-ahli Tafsir dahulu semuanya lelaki, lalu hukum yang keluar bersifat male chauvanist, adalah suatu manifestasi kepada Religious Skepticism. Rramai sukarelawan yang terbabit di dalam gerakan-gerakan pembelaan wanita seperti Sisters in Islam, membawa mesej yang boleh digunapakai untuk memperbaiki banyak aspek perlaksanaan Islam, tetapi mencetus banyak kontroversi kerana ia diperjuangkan secara sinis atau skeptik.

Sedikit sebanyak pemikiran yang bersarang dengan prejudis kepada lelaki dan institusi agama ini mungkin berpunca daripada pengalaman diri sukarelawan tersebut berkaitan dengan lelaki.

Menyaksikan bapa mendera ibu yang diperhambakan dalam sebuah perkahwinan.

Melihat penindasan yang berlaku ke atas janda yang tergantung hidup oleh suami yang enggan mentalakkannya, tetapi terus menerus mendera emosi dan mungkin fizikal isteri.

Menjadi mangsa kejahatan lelaki.

Atau terus menerus dihentam golongan yang tidak bersetuju, kebetulannya mereka itu adalah ustaz, mufti, ulama, yang semuanya adalah lelaki.

Religious Skepticism adalah reaksi.

Ada sesuatu yang berlaku sebelum pemikiran skeptik itu menguasai.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Sisters in Islam, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat dibebankan ke atas mereka, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

Sesuatu yang perlu difikirkan.

BENJAMIN STEPHEN

badrulhisyam

Anak muda ini adalah bekas pelajar sebuah sekolah agama terkemuka di negeri Perak.

Bukan sedikit ilmu agamanya.

Tetapi hari ini, anak Perak yang dahulunya dikenali sebagai Badrul Hisyam, telah murtad dan menjadi pendakyah Kristian.

Apabila saya mendengar ceramah-ceramah yang beliau sampaikan di gereja dan di khalayak Kristian, saya mengesan sesuatu yang amat konsisten di dalam ceramah beliau. Ceramahnya tidak ilmiah dan tidak membantu Kristian memahami Bible. Sebaliknya, hampir keseluruhan ceramah beliau berbahasa skeptik dan sentiasa sinis serta menyindir serba serbi yang berkaitan dengan Islam dan Muslim. Malah ibu bapanya sendiri turut disindir dan diejek.

Tatkala bertanyakan kepada pelajar-pelajar sekolah beliau yang mengenalinya, anak muda ini yang berpewatakan lembut di sekolah sering diejek, dikutuk atau dalam bahasa rasminya dibuli, di sepanjang pengalamannya di sekolah. Pengalaman seperti ini sangat berpotensi untuk membentuk satu pola pemikiran memberontak yang luar biasa.

Akhirnya Badrul Hisyam dengan sinis dan skeptik beliau terhadap semua yang dialaminya tentang Islam dan Muslim, beliau murtad. Sesuatu yang mungkin tidak disangka oleh senior yang pernah membulinya!

Semasa mendengar ceramah beliau, saya terfikir, adakah Benjamin Stephen ini mengkritik Islam, atau mengkritik Sekolah Menengah Agamanya?

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Benjamin Stephen, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism yang luar biasa itu ditujukan segala-galanya ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

Sila klik sini untuk muat turun ceramah Ustaz Hasrizal

KASSIM AHMAD

mencari-jalan-pulang

Tidak dilupakan, tatkala saya membaca buku mutakhir Kassim Ahmad bertajuk MENCARI JALAN PULANG, saya melihat adanya unsur yang sama di sebalik pemikiran beliau. Sama ada ia berkaitan dengan Parti Sosialis pimpinannya, atau pun pemikiran yang dilabel sebagai anti Hadith.

Kassim Ahmad tidak sama sekali menafikan kenabian Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Tetapi beliau mengkritik sistem ilmu Hadith khususnya berkaitan dengan kredibiliti perawinya.

Di manakah kritikan itu bermula?

Berasal daripada kekecewaan Kassim Ahmad terhadap pemikiran dan sikap orang-orang agama yang ditemui di usia mudanya, ia berkembang kepada mempertikaikan institusi Ulama’ dan seterusnya hingga kepada pada perawi yang kesahihan Hadith banyak bergantung kepada kredibiliti perawi-perawi ini.

Ya.

Religious Skepticism yang ringan-ringan boleh berkembang menjadi satu pola pemikiran yang amat rumit dan membingungkan.

Jika kita tidak berpuas hati dengan mesej-mesej Kassim Ahmad, mari berjiwa besar untuk berani menyoal diri. Adakah Religious Skepticism itu bulat-bulat ditujukan ke atas beliau, atau ada sesuatu yang mendominasi kecenderungan masyarakat kita hingga menggalakkan pemikiran seperti itu? Sebahagian jari yang menunding, mungkin perlu balik kepada diri.

PUNCA PEMIKIRAN SKEPTIK TERHADAP AGAMA

Tidak dinafikan, manusia akan membentuk set of values mereka hasil pengalaman hidup dan pendedahan yang dialami. Kesan daripada pelbagai kejadian yang ditempuh oleh setiap kita dalam kehidupan, banyak mempengaruhi pertimbangan kita dalam menilai apa yang baik dan apa yang buruk.

Oleh kerana itu, Islam datang untuk meluruskan nilai ini agar manusia tidak terhoyong hayang di sepanjang tempat dan zaman dalam menentukan apa yang baik serta apa yang buruk tentang hidup ini semata-mata berbekalkan pengalaman diri. Jalan yang lurus (Sirat Mustaqim), diungkapkan berkali-kali dalam sehari semasa kita bersolat kerana jalan yang lurus itulah penentu kepada kedudukan masing-masing. Sejauh mana kita selari dengannya, atau sudah sejauh manakah kita terpesong dari landasan asal.

Namun, manusia akan mengalami krisis terhadap agama apabila mereka berdepan dengan suasana realiti yang terlalu jauh daripada apa yang dilakarkan oleh idea dan nas. Penghormatan adalah sesuatu yang terhasil daripada kualiti. Tatkala pendukung agama yang mewakili suara agama mengalami kemerosotan kualiti, rasa hormat itu mula terhakis. Tatkala hakisan itu berlaku, agamawan dan institusi agama terus kekal dengan grandiose attitude yang menambahkan rasa meluat serta benci kelompok yang tidak gentar dengan mereka.

Sebagaimana gereja hilang tempat daripada masyarakat akibat grandiose attitude itu, ia juga sedikit demi sedikit menimpa umat Islam. Rasa jelek dan meluat sekelompok masyarakat melihat sesetengah agamawan yang sombong dalam mempertahankan hujah-hujah ‘tidak masuk akal’ mereka, menambahkan kerumitan kepada berleluasanya pemikiran skeptik terhadap agama ini.





Misalnya, temuramah Gala TV di Astro 110 bersama Yasmin Ahmad, mendatangkan contoh yang boleh diberi perhatian.

Ketika filem Gubra dikritik kerana adegan bilal masjid menyentuh anjing, Yasmin Ahmad menegaskan bahawa sesuatu yang amat menghairankan apabila orang-orang agama ini yang kelihatannya berpelajaran tinggi di satu sudut, hakikatnya mereka tidak arif tentang ilmu Biologi (yang sepatutnya dikuasai oleh umat Islam atas galakan agama kita sendiri, kata beliau).

“Anjing itu kalau najis pun, menyentuhnya tidak haram!” kata Yasmin.

“Orang agama tidak faham Biologi. Jika mereka faham Biologi, mereka akan tahu bahawa anjing merembeskan peluhnya melalui lidah dan hidung…” tegas beliau lagi.

Saya tidak dapat mengesan apakah yang cuba dimaksudkan oleh Yasmin dengan kenyataan itu.

Tetapi beliau mungkin terkesan dengan hukuman-hukuman yang dikenakan ke atas dirinya oleh ustaz-ustaz atau tokoh agama yang ‘tidak faham Biologi’. Sifat menghukum, dan kejahilan terhadap ilmu sokongan seperti Biologi, menjadikan manusia semakin skeptik terhadap agama. Suatu kemalangan.

Namun, andaikata Yasmin Ahmad mengkaji lagi, beliau mungkin akan memperbaiki pandangannya tentang hal ini. Soal anjing merembeskan peluh daripada lidah itulah sebenarnya asas hukuman samak jilatan anjing yang terdapat di dalam Mazhab Syafie. Oleh kerana anjing sentiasa merembeskan peluh dari lidah, maka kebarangkalian najis untuk berada di lidahnya amat kecil. Justeru, jika lidah yang ‘bersih’ itu pun bekas jilatannya perlu disamak, maka lebih utamalah untuk sentuhan bahagian-bahagian lain pada seekor anjing disamak. Malah, anjing yang tidak disebut sebagai najis di dalam al-Quran itu pun, persentuhannya perlu disamak, maka babi yang diisytiharkan najis oleh al-Quran itu, lebih utamalah untuk ia disamak.

Dalam kes ini, Religious Skepticism mungkin terhasil daripada kombinasi agamawan yang tidak faham Biologi dan pengarah filem yang tidak habis mengkaji agama.

Pandangan skeptik terhadap agama banyak didorong oleh kegagalan agamawan mempertahankan hujah agama dalam bentuk yang seiring dengan pemikiran massa yang berubah dari satu ketika ke satu ketika. Hujah yang tidak berhasil menimbulkan keyakinan, atau menolak terus proses hujah menghujah dan menggunakan kuasa untuk menundukkan soalan atau kritikan (budaya membunuh soalan), menyuburkan lagi pemikiran skeptik orang ramai terhadap agama. Gereja sudah berpengalaman dalam krisis ini, mudah-mudahan kita Umat Islam mempelajari sesuatu mengenainya.

Apatah lagi, ada agamawan terbabit dalam salah laku yang bertentangan dengan imej yang sepatutnya dipertahankan. Perbuatan mendera isteri oleh ustaz atau oleh bukan ustaz tetapi atas nama agama, memutarbelikan hujah untuk memenangkan diri (misalnya berkata, Allah melaknat isteri yang menolak kehendak suami, tetapi tiada hadith yang menyebut Allah melaknat suami yang menolak kehendak isteri!), pecah amanah, pengotor pada pakaian dan penampilan diri, menerukkan lagi penyebaran gejala Religious Skepticism ini.

Dalam masa yang sama, pendekatan menghukum dan menghukum terus menerus digunakan semasa kredibiliti agamawan atau institusi agamawan berada di dalam krisis.

Sesungguhnya gejala ini boleh diperbaiki jika pendakwah dan agamawan mampu untuk mengusahakan beberapa perubahan. Sikap menyindir, menghukum, menyerang, tanpa kesimbangan dialog, diskusi dan lain-lain bentuk engagement, tidak banyak membantu.

PENDAKWAH MAMPU MENGUSAHAKAN PERUBAHAN

Jika perubahan itu mesti bermula daripada diri, maka usahakanlah perubahan pada diri kita, selaku pendakwah untuk lebih bertenang dan teliti dalam menghalusi dakyah-dakyah pemikiran skeptik terhadap agama ini. Andai mereka tidak mahu berubah, lancang mengkritik tetapi kurang mahu mengkaji dan mendalami secara adil, itu terserah kepada mereka. Religious Skepticism ialah penyakit. Lalu penganutnya harus dilihat sebagai orang sakit.

Bagi pendakwah yang yakin akan kesihatan pemikiran dan kepercayaannya, merekalah yang selayaknya untuk mengusahakan perubahan. Kita ubah cara kita memberikan penyelesaian, cara kita menguruskan cabaran, kerana kita mampu berbuat demikian. Jangan terlalu gelojoh menyerang, menentang, menghukum, ketika kita sendiri bukanlah saingan yang dihormati lawan (jika boleh disebut demikian).

Pendakwah yang hebat mampu mengakui kelemahan dan memperbaikinya. Andai golongan yang skeptik terhadap agama mahu terus ego dalam mempertahankan pandangan mereka, itu urusan mereka. Namun Islam yang dijulang pendakwah, menjadikan kita bersedia untuk mengambil sebahagian tanggungjawab memperbaiki keadaan. Memperbaiki cara kita berdakwah, mempunyai banyak faedah yang boleh meredakan penyakit minda ini.

SISI LAIN PANDANGAN HABIB BOURGUIBA

Berbalik kepada persoalan Habib Bourguiba, harus kita perhatikan sedikit.

Memang al-Quran berkata sebaliknya, Sunnah juga menegaskan sebaliknya. Malah Sejarah juga membuktikan sebaliknya. Namun Habib Bourguiba mungkin tidak memandang itu semua. Apa yang dijadikan asas pandangannya ialah pada apa yang ada di depan mata.

Benarkah umat Islam lebih produktif di bulan Ramadhan?

Tinggalkan Tunisia dan mari lihat keadaan kita di Malaysia.

Pada bulan Ramadhan, kita tidak boleh bermesyuarat dengan baik. Semua orang kebingungan dan lesu tanpa mampu memberikan idea yang bernas. Jika ada projek besar yang mahu dibuat, semua meminta agar ia dibincangkan selepas Raya! Malah jika di bulan-bulan lain kita habis kerja jam 5 petang, di bulan Ramadhan kita tinggalkan pejabat jam 4 petang. Semuanya gara-gara Bazar Ramadhan!

Maka, tidakkah itu semua bukti bahawa kita tidak produktif di bulan Ramadhan?

Silapnya pada Habib Bourghuiba ialah kerana beliau menyalahkan puasa sebagai puncanya, dan bukan manusia.

PELIK

Jika anda ternampak sebuah kereta Mercedez ‘mata belalang’ tersadai di tepi jalan kerana terlanggar tiang lampu, apakah anda akan menyalahkan Mercedez?

“Bodoh betullah syarikat Mercedez ini. Bagaimana mereka boleh buat kereta yang langgar tiang lampu!” kritik seorang yang bermazhab Habib Bourguiba.

Mustahil.

Tiada siapa yang akan menyalahkan Mercedez.

Semua orang akan menyalahkan pemandu Mercedez itu.

“Macam manalah dia memandu. Sudah diberi Mercedez pun, masih terbabas melanggar tiang lampu!” kata-kata yang lebih lurus dengan kebenaran.

Silapnya Habib Bourguiba ialah, dia itu menyalahkan puasa dan Ramadhan sebagai punca rakyatnya tidak produktif. Suatu peringkat Religious Skepticism yang kritikal.

Justeru, jika kita tidak bersetuju dengan polisi Habib Bourguiba, maka buktikanlah dengan perbuatan. Buktikan Ramadhan ini, anda produktif, dinamik, aktif bekerja, dan tidak terjejas untuk buat apa sahaja, termasuk mungkin turun berkempen di Permatang Pasir!

Tetapi, jika kita bermati-matian memaki hamun Habib Bourguiba kerana tidak bersetuju dengannya, tetapi kita tidak bermaya, tidak produktif atau gagal untuk kekal normal di bulan Ramadhan, maka segala ayat al-Quran dan al-Hadith yang digunakan, serta fakta Sejarah yang dibentang, menjadi retorik serta menyuburkan lagi Religious Skepticism!

Anda mampu mengubahnya!


Catatan: Sebuah artikel kritikal daripada Ustaz Hasrizal..

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

8/19/2009 01:41:00 AM

Keadilan Menurut Ibnu Taimiyah

Dihantar oleh thoyyibah

Allah menolong negara yang adil walaupun (negara itu) kafir dan tidak akan menolong negara zalim walaupun negara itu Mukmin (Syaikhul Islam Ibn Taimiyah).

Pernyataan di atas adalah berdasarkan pernyataan Syaikhul Islam Ibn Taimiyah dalam salah satu kitabnya, Majmû’ al-Fatâwâ (VI/322).

Apa makna sebenarnya dari pernyataan tersebut? Benarkah bagi Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan sistem yang tidak islami atau sistem Islam itu bukanlah suatu hal urgent dan yang urgent adalah keadilan? Bolehkah ungkapan di atas dijadikan hujjah bagi kebolehan ber-musyârakah dengan sistem yang tidak islami dan bekerjasama dengan parti sekular?


Mengurai Masalah

Sebagaimana diketahui, taraf pemikiran umat Islam saat ini begitu merosot hingga hampir mencapai titik nadir. Dampaknya (kesan), muncullah pemikiran dan gagasan aneh yang tidak pernah dikenali oleh generasi Islam sebelumnya. Misalnya, kebolehan melakukan musyârakah (bergabung) dengan pemerintahan yang tidak islami, kerjasama parti Islam dengan parti sekular dan sebagainya. Gagasan-gagasan aneh dan menyimpang ini juga lahir akibat mengabaikan mabâdi’ asy-syarî’ah (prinsip-prinsip syariah) demi apa yang mereka sebut dengan ‘kemaslahatan’. Kemaslahatan telah mereka letakkan seolah-olah lebih tinggi di atas hukum syariah. Akibatnya, suatu perkara yang jelas-jelas haram boleh mengalami metamorfosis (perubahan) menjadi halal jika dalam perkara yang haram tersebut terdapat kemaslahatan. Begitu pula sebaliknya.

Ironinya, para pengasas gagasan-gagasan di atas juga mengetengahkan sejumlah argumentasi (perdebatan) untuk membenarkan pendapat mereka. Mengenai musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami misalnya, mereka beralasan dengan kisah Nabi Yusuf as. Menurut mereka, Nabi Yusuf as. telah ber-musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami yang ada di Mesir saat itu. Mereka juga beralasan dengan kisah Raja Najasyi yang memerintah dengan hukum-hukum kufur, padahal pada saat kematiannya terbukti telah memeluk agama Islam. Menurut mereka, dua kisah ini membuktikan bahawa musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami bukanlah perkara terlarang. Dalam prespektif itu pulalah ungkapan yang dikutip oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyah di atas dikemukakan. Dengan ungkapan di atas seakan-akan Ibnu Taimiyah mebolehkan musyârakah dalam pemerintahan yang tidak islami dan bekerjasama dengan parti-parti sekular.


Makna Sebenarnya

Lengkapnya, pernyataan Ibn Taimiyah di atas adalah sebagai berikut:

فَإِنَّ النَّاسَ لَمْ يَتَنَازَعُوا فِي أَنَّ عَاقِبَةَ الظُّلْمِ وَخِيمَةٌ وَعَاقِبَةُ الْعَدْلِ كَرِيمَةٌ وَلِهَذَا يُرْوَى: اللهُ يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الْعَادِلَةَ وَإِنْ كَانَتْ كَافِرَةً وَلاَ يَنْصُرُ الدَّوْلَةَ الظَّالِمَةَ وَإِنْ كَانَتْ مُؤْمِنَةً

Sesungguhnya manusia tidak berselisih pendapat, bahawa dampak (kesan) kezaliman itu sangatlah buruk, sedangkan dampak keadilan itu adalah baik. Oleh kerana itu, dinyatakan, “Allah menolong negara yang adil walaupun negara itu kafir dan tidak akan menolong negara zalim, walaupun negara itu Mukmin.”1

Untuk memahami maksud ungkapan di atas secara tepat, paling tidak ada 3 hal yang mesti kita perhatikan.

Pertama: bentuk ungkapan dan konteksnya. Dalam ungkapan di atas, Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah menggunakan kata yurwâ (diriwayatkan). Dalam ilmu ushulul-hadits, kata tersebut disebut dengan sighât at-tamrîdh yang lazim digunakan untuk meriwayatkan khabar dha’îf (lemah), tanpa sanad dari Nabi saw. 2. Ibn Taimiyah adalah ulama hadis. Beliau juga tentu menerapkan kaedah tersebut. Kerana itu, boleh dipastikan, kata yurwâ menunjukkan bahawa beliau tidak yakin terhadap maqbûl (diterima)-nya ’sanad’ ungkapan tersebut. Ini saja sebenarnya sudah lebih dari cukup untuk menolak pendapat sebagian orang yang menjadikan ungkapan Ibn Taimiyah di atas sebagai hujjah atas kebolehan ber-musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami, atau bekerjasama dengan parti-parti sekular.

Kedua: makna ungkapan. Seandainya dari sisi ’sanad’ ungkapan tersebut maqbûl (padahal faktanya tidak), kita tetap harus membandingkan ungkapan tersebut dengan pandangan Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah tentang adil dan keadilan. Dalam kitab As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, Ibn Taimiyyah menjelaskan adil dan keadilan sebagai berikut:

3. Keadilan itu adalah keadilan yang bersifat syar’i, yakni istiqamah. Adil adalah semua hal yang ditunjukkan oleh Islam—Al-Kitab dan as-Sunnah—baik dalam (hukum) muamalah yang berkaitan dengan saksi ataupun hukum-hukum lain. Sesungguhnya adil pada semua hal tersebut adalah apa yang ada di dalam al-Kitab dan as-Sunnah. Sesungguhnya secara umum apa yang dilarang oleh al-Kitab dan as-Sunnah adalah kembali pada realisasi adil dan larangan untuk berlaku zalim, baik secara terperinci mahupun secara umum, misalnya makan harta yang batil…

Inilah pendapat Ibn Taimiyah tentang adil dan keadilan. Pendapat ini kurang lebih sama dengan pendapat para fuqaha' dan para mufassir tentang keadilan. 4. Imam al-Qurthubi, misalnya, menuturkan riwayat dari Ibn Athiyah yang menegaskan, bahawa adil adalah setiap hal yang difardhukan baik akidah mahupun syariah.

5. Perlu dicatat, bahawa makna syar’i keadilan itu tidak berbeza dengan makna keadilan secara bahasa. Al-Hafidz al-Jurjani menegaskan, bahawa keadilan itu secara bahasa adalah istiqamah, dan dalam syariah bererti istiqamah di jalan yang haq serta jauh dari hal-hal yang dilarang.

6. Jadi makna komprehensif dari kata keadilan secara syar’i tidak keluar dari lingkup iltizâm terhadap apa yang ditunjuk oleh al-Kitab dan as-Sunnah; baik dalam akidah maupun ibadah, akhlak dan muamalah serta nizhâm yang lain.

7. Dengan demikian, kita tidak ragu sama sekali untuk menyatakan bahawa maksud ungkapan Ibn Taimiyah di atas bukan untuk melegalisasi pemerintahan yang tidak islami atau musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami atau bekerjasama dengan parti-parti sekular.

Ketiga: ungkapan di atas bukanlah fatwa Ibnu Taimiyah mengenai kebolehan melakukan musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami atau kebolehan bekerjasama dengan parti-parti sekular sehingga seseorang menyatakan bahawa kita boleh bertaklid pada fatwa seorang ulama'. Sebab, pernyataan tersebut hanyalah pernyataan yang dikutip oleh Ibnu Taimiyah dengan shighât at-tamrîdh, sebagaimana telah dijelaskan di atas.

Hasil dari “munâqasyah” di atas, boleh kita simpulkan bahawa ungkapan yang dikutip oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam kitab Majmû’ al-Fatâwâ di atas tidak boleh dijadikan hujjah atas kebolehan musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami atau kebolehan kerjasama dengan parti-parti sekular. Apalagi konteks ungkapan Ibn Taimiyah di atas pada dasarnya hanyalah ungkapan hiperbola yang menjelaskan keutamaan adil serta dorongan agar seseorang berbuat adil, tidak lebih. Ungkapan ini ditulis oleh Imam Ibnu Taimiyah pada bab qâ’idah fi al-hisbah (kaedah dalam masalah hisbah/pengadilan). Jadi, ungkapan ini hanya berhubungan dengan topik pengadilan dan hal-hal yang berkaitan dengan pengadilan, yakni keharusan seorang qâdhi (hakim) menegakkan keadilan dan rasa aman di tengah-tengah masyarakat. Tentu ungkapan di atas sama sekali tidak berhubungan dengan kebolehan seorang Muslim melakukan musyârakah dengan pemerintahan yang tidak islami, atau melakukan kerjasama dengan parti-parti sekular (kafir).


Khatimah

Lalu bagaimana kewajipan kita? Kewajipan kita adalah mengubah masyarakat yang tidak islami menjadi masyarakat yang islam. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Sulaiman Ibnu Buraidah dituturkan bahwa Nabi saw. pernah bersabda:8

أُدْعُهُمْ إِلَى الإِسْلاَمِ فَإِنْ أَجَـابُوكَ فأَقْبِلْ مِنْهُمْ و كُفَّ عَنْهُمْ ثُمَّ أُدْعُهُمْ إِلَى التَّحَوّلِ مِنْ دَارِهِمْ الى دَارِالمُهَاجِرِيْنَ و أَخْبِرْهُمْ أَنَّهُمْ إِنْ فَعَلُوا ذَلِكَ فَلَهُمْ ما لِلْمُهَاجِرِيْنَ وَ عَلَيْهِمْ مَا عَلَى الْمُهَاجِريْنَ

Serulah mereka pada Islam. Jika mereka menyambutnya, terimalah mereka dan hentikanlah peperangan terhadap mereka, kemudian ajaklah mereka berpindah dari negerinya (dâr al-kufr) ke Dâr al-Muhâjirîn (Dâr al-Islâm; yang berpusat di Madinah); beritahukanlah kepada mereka bahawa jika mereka telah melakukan semua itu maka mereka akan mendapatkan hak yang sama sebagaimana yang dimiliki kaum Muhajirin dan juga kewajiban yang sama seperti halnya kewajiban kaum Muhajirin.

Hadis tersebut menjelaskan dengan shârih (jelas) kewajiban seorang Muslim untuk mengubah sistem yang tidak islami menjadi sistem Islam.

Nabi saw. juga memerintahkan kaum Muslim untuk memerangi para penguasa yang telah menampakkan kekufuran nyata (kufr[an] bawâh[an]). Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Ubadah bin Shamit yang berkata:9

دَعَانَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَايَعْنَاهُ فَقَالَ فِيمَا أَخَذَ عَلَيْنَا أَنْ بَايَعَنَا عَلَى السَّمْعِ وَالطَّاعَةِ فِي مَنْشَطِنَا وَمَكْرَهِنَا وَعُسْرِنَا وَيُسْرِنَا وَأَثَرَةً عَلَيْنَا وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ اْلأَمْرَ أَهْلَهُ إِلاَّ أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنْ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ

Nabi saw. pernah mengundang kami. Lalu kami mengucapkan bai'ah kepada beliau dalam segala sesuatu yang diwajibkan kepada kami: bahawa kami berbai'ah kepada beliau untuk selalu mendengarkan dan taat [kepada Allah dan Rasul-Nya], baik dalam kesenangan dan kebencian kami, kesulitan dan kemudahan kami; beliau juga menandas*kan kepada kami untuk tidak mencabut suatu urusan dari ahlinya kecuali jika kalian (kita) melihat kekufuran secara nyata [dan] memiliki bukti yang kuat dari Allah (HR al-Bukhari).

Hadis ini menunjukkan bahawa seorang Muslim wajib melucutkan kekuasaan dari seorang penguasa yang telah terjatuh pada kekufuran yang nyata (kufr[an] bawâh[an]).

Pada saat yang sama, Nabi saw. tetap memerintahkan kaum Muslim untuk mentaati penguasa zalim dan fasik, sepanjang dia masih menerapkan syariah Islam dalam kehidupan negara dan masyarakat. Nash-nash yang berbicara masalah ini sangatlah banyak. Di antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, bahwa Rasulullah saw. pernah bersabda:10

مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ لَيْسَ أَحَدٌ مِنْ النَّاسِ خَرَجَ مِنْ السُّلْطَانِ شِبْرًا فَمَاتَ عَلَيْهِ إِلاَّ مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً

Siapa saja membenci sesuatu yang ada pada pemimpinnya (Imam/Khalifah), hendaklah ia bersabar. Sebab, tak seorang pun boleh memisahkan diri dari jamaah, sekalipun hanya sejengkal, kemudian dia mati, maka matinya adalah seperti mati Jahiliah.

Berkaitan hadis ini Imam al-Hafidz an-Nawawi11 menegaskan, “Ahlus Sunnah wal Jamaah bersepakat, bahawa penguasa (Imam/Khalifah) itu tidak diturunkan (digulingkan) hanya kerana kefasikannya.”

Selanjutnya Imam an-Nawawi12 menegaskan:

Sebab mengapa penguasa (Imam/Khalifah) yang fasik tersebut tidak diturunkan serta mengapa haram keluar dari kekuasannya adalah akan kesan pada terjadinya fitnah, tertumpahnya darah dan kerosakan kerana permusuhan…Karena itu, kerosakan yang terjadi akibat penurunan Khalifah/Imam adalah lebih besar daripada kalau mereka dibiarkan (tetap berkuasa).

Wallâhu a’lam bi ash-shawâb. [KH Musthafa A. Murtadlo]

Catatan kaki:

1 Ibnu Taimiyyah, Majmû’ al-Fatâwâ, VI/322.

2 Jamaluddin al-Qashimi, Qawâ’id at-Tahdîts fî Fununi Musthalah al-Hadîts, 1/77.

3 Lihat: Ibn Taimiyyah, As-Siyâsah asy-Syar’iyyah, Dar al-Ma’arif li ath-Thiba’ah wa an-Nasyr, Beirut, tt., hlm. 15 dan 156; Al-Jurjani, At-Ta’rîfât, hlm. 147.

4 Syaikh Ihsan Abdul Mun’im Samarah, Mafhûm al-‘Adâlah al-Ijtimâ’iyah fî al-Fikri al-Islâmi al-Mu’âshir, hlm. 49.

5 Al-Qurthubi, Al-Jâmi’ li Ahkâm al-Qur’ân, X/165-166.

6 Al-Jurjani, At-Ta’rîfât, hlm. 152.

7 Dr. Muhammad Sidiq Afifi, Al-Mujtama al-Islâmi wa al-‘Alaqah ad-Dauwiyyah, 91.

8 Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi an-Naisaburi, Shahîh Muslim, V/139.

9 Al-Bukhari, Al-Jâmi’ash-Shahîh, VI/2588, hadis nomor 6647.

10 Ibid, VI/2588, hadis nomor 6645.

11 Al-Hafizh an-Nawawi, Shahîh Muslim bi Syarhi an-Nawâwi, juz 6 hal 314

12 Ibid.


Catatan: diterjemah daripada tulisan petarung

8/02/2009 10:14:00 AM

Istilah manusia

Dihantar oleh thoyyibah

Sudah terlalu lama saya ingin menulis tentang tajuk ini. Tapi disebabkan kekangan masa dan rasa malas, topik ini telah tertangguh hampir 3 bulan. Jadi sebelum Allah tarik nikmat ingatan ini, hari ini saya cuba luangkan masa untuk menaip sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang saya perolehi.

Minda saya mula teruja dengan nama atau gelaran-gelaran saintifik manusia apabila Prof Dato. Dr. Ibrahim Bajunid, bekas pengarah IAB, yang kini bertugas sebagai Pengarah UNESCO-Regional Center For Educational Planning (RCEP), beribu pejabat di UAE, datang ke kampus saya untuk memberikan lontaran akalnya sempena Sambutan Hari Guru '09 peringkat IPGM-KBA. Terlalu banyak ilmu baru yang dicurahkan dalam ucapan beliau yang hampir 2 jam itu. InsyaAllah, entri berikutnya akan saya kongsikan isi ucapan/ceramah beliau pada majlis tersebut.

Untuk entri ini, saya hanya akan fokus kepada tajuk entri yang mana dicetuskan oleh beliau yang sering menggantikan perkataan manusia dengan istilah seperti "homo gramatika", "homo erectus" dan "homo ludens". Terkebil-kebil saya mendengar istilah-istilah ini buat pertama kali. Jadi selepas selesai mendengar ceramah tersebut, terus saya layari jaringan maya untuk mendapatkan senarai dan penjelasan tentang istilah-istilah saintifik ini.

Biasa kita dengar manusia disandarkan dengan gelaran Homo Sapiens. Tetapi sebenarnya, selain daripada istilah ini, banyak lagi sandaran gelaran yang diberikan kepada manusia. Seperti yang telah dinyatakan oleh Socrates, manusia adalah sesuatu realiti yang tidak akan pernah terhurai "unfinished reality". Saya akan cuba senaraikan hasil dapatan saya daripada pelbagai laman sesawang di bawah topik "Falsafah Membaca Manusia".

  1. Homo Sapiens - makhluk yang bijaksana
  2. Homo Volens - makhluk pencari kebenaran
  3. Homo Recentis - makhluk yang peka menerima sesuatu
  4. Homo Erectus - makhluk yang tegak berdiri atas kedua kakinya
  5. Homo Mechanicus - makhluk yang suka membuat alat
  6. Homo Ludens - makhluk yang suka bermain (suka kpd kebebasan dan aktiviti sukarela)
  7. Homo Faber - makhluk bertukang (campuran antara homo mechanicus dan homo ludens)
  8. Homo Mensura - makhluk penilai (campuran antara homo rencentis dan homo volens)
  9. Homo Educandum - makhluk yang berpendidikan (campuran antara homo faber dan homo mensura)
  10. Homo Economicus - makhluk yang senang bertransaksi untuk memenuhi keperluan diri
  11. Homo Socius - makhluk yang memenuhi keperluan sosial
  12. Homo Religiosius - makhluk yang beragama
  13. Homo Viator - rentetan daripada homo religiosius, homo viator ialah makhluk yang ingin mencapai kepuasan kendiri "self actualization" kerana sifat bebasnya akan memberi pilihan.
  14. Homo Concors - makhluk yang bersedia untuk membuat transformasi diri dan adaptasi.
  15. Homo Gramatika - makhluk berbahasa
  16. Homo Necans - makhluk pembunuh, pemangsa dan penyerang
  17. Homo Symbolicum - makhluk yang gemar memberi nama baru dan gelaran
  18. Homo Semioticus - makhluk yang mencari erti pada barang dan situasi sekeliling
  19. Homo Ethicus - makhluk yang membuat penilaian etika
  20. Homo Rasionalis*
  21. Homo Futurus*
  22. Homo Tribalis*
  23. Homo Creator*
  24. Homo Homini*
  25. Homo Oeconomicus*


Istilah yang bertanda * adalah istilah yang saya tidak dapat cari maksudnya secara spesifik. Senarai ini mungkin lebih panjang daripada apa yang saya kongsikan di sini. Ini sekadar apa yang saya perolehi. Dalam Islam sebenarnya telah ada sandaran-sandaran gelaran ini. Dalam Surah Ar Rahman, ayat 4 contohnya, manusia diistilah sebagai "al-bayan" yang bermaksud makhluk yang berbahasa dan mempunyai keindahan seni dalam berbahasa. Ibnu Khaldun pula menyatakan bahawa manusia ialah makhluk berfikir dan bermasyarakat. Jadi cerminlah perilaku anda dan lihat apakah istilah yang sesuai untuk anda.

8/02/2009 03:00:00 AM

Konsert Antara Dunia '09

Dihantar oleh thoyyibah

Pada awalnya saya menjangkakan saya tidak dapat hadir ke konsert di Shah Alam disebabkan masalah pengangkutan. Bertambah-tambah kesedihan saya kerana pada masa yang sama, Malam Untukmu Palestin di Seremban dan Program Alumni Maahad Al-Islah juga saya tidak dapat pergi. Tapi Allah itu Maha Pemurah.. Alhamdulillah.. itu sahaja yang mampu saya lafazkan apabila di saat-saat akhir saya diberi kesempatan juga untuk pergi ke Konsert Antara Dunia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Terima kasih kepada sahabat saya dalam Kumpulan Raihan, Abang Afad atau nama penuhnya Zulfadli Mustaza. 3 jam sebelum konsert bermula, beliau telah menelefon saya menawarkan tiket VIP percuma kepada saya dan rakan-rakan . Rezeki Allah... Maka saya usahakan juga mencari kawan yang memiliki kereta untuk pergi bersama-sama. Syukur kerana usaha saya berhasil.

Ternyata konsert yang menggabungkan lima kumpulan nasyid bertaraf antarabangsa ini telah menggegarkan Stadium Melawati. Kumpulan nasyid yang terlibat ialah Nibras dari Mekah, Arab Saudi; Shoutul Harokah, Indonesia; Rabbani; Raihan dan Hijjaz. Setiap kumpulan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dengan sistem bunyi yang baik, konsert ini menjadi bertambah mantop. Konsert juga telah diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Namun, disebabkan keadaan kesihatan beliau yang kurang mengizinkan, maka beliau telah pulang awal..

Kumpulan Shoutul Harokah telah membawa kelainan dalam lagu-lagu dakwah yang dimainkan. Dengan lagu berentak perjuangan, menggunakan genre yang rancak telah membangkitkan semangat kepada hadirin yang menonton konsert tersebut dengan melaungkan takbir. Penampilan mereka yang bersahaja, menyebabkan kumpulan ini berbeza dengan kumpulan-kumpulan nasyid lain. Walaupun ini kali pertama saya melihat persembahan mereka dan kali pertama mendengar lagu-lagu mereka, tapi ia sudah cukup untuk membuat saya terpukau dengan persembahan mereka.

Selain nyanyian, terdapat juga pengisian lain seperti penayangan beberapa persembahan multimedia, deklamasi sajak dan sketsa. Semuanya membawa mesej keinsafan dan ditonjolkan dengan cara yang sangat menarik. Saya cukup berpuas hati dengan perjalanan program serta persembahan yang disediakan.

Saya merakamkan ucapan tahniah di atas usaha pihak GAMIS yang begitu komited dalam melaksanakan program dakwah sebegini. Saya mengharapkan GAMIS dapat menghasilkan VCD untuk dipasarkan bagi konsert ini kerana saya ingin melihatnya sekali lagi. Moga-moga semua yang hadir telah beroleh manfaat daripada apa yang telah dihidangkan kepada mereka. Saya akan cuba muat turun melalui Youtube beberapa video yang sempat saya rakam. InsyaAllah, bila selesai, saya akan letakkan di blog ini.

8/01/2009 03:02:00 AM

PESAN MUJAHID UNTUK PARA MUJAHIDAH

Dihantar oleh thoyyibah


Beberapa bulan yg lepas, saya menerima bingkisan nasihat daripada sahabat maya saya di multiply yg memakai nama *mat _engkol*. Saya cuba amati satu-satu isi artikel ini. Walaupun saya belum lagi berumah tangga, dan tidak tahu siapakah gerangannya si suami itu nanti, tapi nasihat yang diberikan dapat saya jadikan peringatan dan panduan. jadi ingin sayakongsikan apa yang telah saya baca kepada pembaca yang lain. Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada isteri dan bakal-bakal isteri seorang mujahid. InsyaAllah...


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7H3DJB1B8m2SDDFqwHc_HJOHPcTNn79zTM4Lcjc4ZyGtbW5i-nkdC2iLB7m9fG-p0Rokl3T27RSD3IXOIfrWSpOxZXnlKVWk7UHsoe_FyUbfR95Y4FNqDoaZPCK8Wx-ucg5w6M2OfFi4/s400/Mujahidah%2520Dewasa.jpg
Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, sungguh Allah SWT telah berfirman:
“Dan barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapatkan kemenangan yang besar” QS Al Ahzaab : 71....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, di kehidupan kita tiada kebahagiaan yang sempurna, selain kebahagiaan seseorang dalam rumah tangganya,
dan kebahagiaannya di akhirat kelak. Begitu pula, tiada penderitaan yang paling menyakitkan, selain penderitaan dalam kehidupan rumah tangganya dan penderitaannya kelak di akhirat.....

Maka siapa saja yg merasa bahagia, dalam menjalani rumah tangganya, diapun pasti akan bahagia dalam menjalani hidup sesamanya. Begitu pula sebaliknya, jika dia merasakan kehilangan ketenangan jiwa didalam kehidupan rumah tangganya, maka kehidupannya dengan bersama yang lainpun akan terasa membosankan dan menyusahkan.....

Saudariku, taukah kamu? Kebahagiaan bukanlah bintang ajaib, yang jatuh kepada setiap orang, lantas kita akan merasakannya dan siapa yang tidak mendapatkan bintang itu, maka hidupnya akan menderita dan susah. Akan tetapi kebahagiaan terjadi dil uar kemampuan manusia, terjadi di luar ambang batas kesanggupan manusia, dan itu hanya bisa diraih dengan tekad yang kuat, usaha dan juga kerja keras. Kebahagiaan yang penuh aral melintang, dan juga batu terjang menghadang, kebahagiaan hakiki yang menjadi janji Rabbull ‘Izzati. Kebahagiaan yang tak jarang orang mati dalam meniti, hingga menjadikan sedikit sekali orang merindukannya, karena indahnya dunia,
Indahnya dunia dan banyaknya harta, telah melenyapkan dan mengalahkan janji Rabbnya.....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, satu–satunya yang dapat menghantarkan kita ke dalam kebahagiaan, dan ketenangan di dunia, serta keselamatan dan keberuntungan kita di akhirat kelak, adalah ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Ketaatan yang menuntut keikhlasan, ketaatan yang tidak menjadikan hati menjadi berat, ketaatan yang menuntut penerimaan yang tulus dalam diri kita, ketaatan yang menuntut pengorbanan, harta, keluarga, bahkan jiwa sekalipun dalam diri kita. Oleh kerana itu Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, sungguh indah bila tatanan rumah tangga dihiasi dengan bingkai ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Alangkah bahagianya bila suamimu adalah orang yang selalu mendermahkan hidup, harta dan jiwanya untuk meraih kemuliaan di sisi Allah SWT, Keningnya senantiasa tunduk karena sujud, Lisannya takkan pernah lelah karena berzikir, Keringatnya takkan pernah kering dari amaliyah nya dan Debu dan luka yang selalu menyelimuti tubuh dan pakaiannya, hanya karena kecintaannya berjuang di jalan Allah SWT....Ya Allah

Engkau…Ya, engkau dan anakmu, tak pernah memalingkannya untuk meraih kemuliaan di sisi Rabbnya, justeru suamimu akan menjadikanmu dan anakmu sebagai bahtera yang menyelamatkan kehidupannya dan bukan sebagai penghalang atau penghancur kebahagiaannya. Suamimu akan selalu menanamkan sikap Qona’ah dan juga keperwiraan kepada keluarganya juga tidak pernah berkecil hati dengan segala pemberian Rabbnya.....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, alangkah mulianya bila dirimu mendermahkan hidup, harta dan jiwamu meraih kemuliaan disisi Allah SWT, kemuliaanmu akan kamu raih dengan ketaatanmu kepada suamimu, selalu menjaga rahsia, harta, dan kehormatan suamimu. Kerana taukah kamu?? Bila surga dan nerakamu terletak pada ketaatanmu, biarkanlah bibirmu yang merah merekah selalu tersenyum simpul dengan pemberian seadanya dari suamimu yang tercinta, biarkanlah dari tanganmu yang lembut dan mulia tumbuh dan berkembang singa–singa perwira atau pejuang pembela Robbul ‘Izzati, Diennullah dan Ummah, bukan tumbuh seekor ayam yang setiap saat bisa di permainkan atau di sembelih oleh musuh-musuh Allah. Malammu selalu dihidupkan untuk berdo’a memohon dan merdo’a kepada Rabbul ‘Izzati demi kemuliaan diri, anak dan suamimu. Kamu tidak akan pernah rela bila suamimu tergoda oleh ni’mat dunia yang fana dan hatimu pun tidak akan pernah tenang bila suamimu lari dari ladang perjuangan, kamupun tidak ingin menjadi penghalang suamimu tuk meraih kemuliaannya. Oleh karena itu saudariku, banggalah dengan dirimu, banggalah dengan keadaanmu, kerana kamu adalah isteri dari seorang Mujahid.....

mujahiddesert2ux0.jpg Mujahid desert image by voic

Ya…Kamu istri seorang Mujahid dan bukannlah istri seorang konglomerat. Kalau suamimu atau kamu ingin meninggalkan Jihad ini dan kerja siang malam setengah mati, mungkin saja rezekinya di sana dan akan memberikan tambahan wang atau harta untuk kamu, keluargamu atau anak-anakmu. Tetapi kamu? Kamu akan mendapatkan banyak sekali kerugian dikehidupan duniamu ini. Taukah kamu wahai saudariku?? Seorang suami yang jauh dari Jihad, jauh dari zikir, dan jauh dari Islam, dia akan senang bermain dil uar, berkhianat dil uar dan dia tidak akan pernah bisa mendidik juga tidak pernah bisa membuat anak–anaknya menjadi orang–orang yang berjiwa mulia....


Saudariku, akhirnya wajah kamu akan kerepot, layu, mengenang masa lalu yang kelam, tapi jangan lupa wahai saudariku, jangan pernah lupa, kalau di rumahmu ada seorang Mujahid, Ooh…sungguh suatu kebanggaan tersendiri di rumahku ada seorang Mujahid, suatu kebanggaan luar biasa seorang wanita mempunyai suami seorang Mujahid. Boleh jadi dia seorang yang tak punya harta, boleh jadi dia seorang yang tak perkasa, namun itu semua tak mengapa kerana dia mulia di mata Rabbnya....

Saudariku yg dimuliakan Allah SWT, apalah erti keindahan? Kerana keindahan itu di hati. Apalah erti dari sebuah kekayaan? Kerana kakayaan itu adalah hati dan iman. Jangan pernah kau sakiti dia, jangan..jangan pernah engkau sakiti dia. Siapa tau dia telah mempunyai seorang isteri di syurga sana, sedang memarahimu dan mengatakan “Biar..Biarkanlah dia, biarkanlah dia jangan kau ganggu suamiku”.....

Perumpamaan-Cinta.gif perumpamaan cinta image by babyrull

Saudariku, jangan sampai malaikat mencercamu, kerana kamu telah memisahkan sang Mujahid di malam hari, dan menggerutuinya atau bermuka cemberut di pagi hari.
Demi Allah..Demi Allah kehidupanmu akan susah, dan perjalananmu akan terasa berat bila kamu menyulitkannya, tidakkah kamu ingin kembali berkumpul bersamanya kelak di Jannah???