Pada awalnya saya menjangkakan saya tidak dapat hadir ke konsert di Shah Alam disebabkan masalah pengangkutan. Bertambah-tambah kesedihan saya kerana pada masa yang sama, Malam Untukmu Palestin di Seremban dan Program Alumni Maahad Al-Islah juga saya tidak dapat pergi. Tapi Allah itu Maha Pemurah.. Alhamdulillah.. itu sahaja yang mampu saya lafazkan apabila di saat-saat akhir saya diberi kesempatan juga untuk pergi ke Konsert Antara Dunia anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS). Terima kasih kepada sahabat saya dalam Kumpulan Raihan, Abang Afad atau nama penuhnya Zulfadli Mustaza. 3 jam sebelum konsert bermula, beliau telah menelefon saya menawarkan tiket VIP percuma kepada saya dan rakan-rakan . Rezeki Allah... Maka saya usahakan juga mencari kawan yang memiliki kereta untuk pergi bersama-sama. Syukur kerana usaha saya berhasil.
Ternyata konsert yang menggabungkan lima kumpulan nasyid bertaraf antarabangsa ini telah menggegarkan Stadium Melawati. Kumpulan nasyid yang terlibat ialah Nibras dari Mekah, Arab Saudi; Shoutul Harokah, Indonesia; Rabbani; Raihan dan Hijjaz. Setiap kumpulan mempunyai kekuatan yang tersendiri. Dengan sistem bunyi yang baik, konsert ini menjadi bertambah mantop. Konsert juga telah diserikan dengan kehadiran Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Namun, disebabkan keadaan kesihatan beliau yang kurang mengizinkan, maka beliau telah pulang awal..
Kumpulan Shoutul Harokah telah membawa kelainan dalam lagu-lagu dakwah yang dimainkan. Dengan lagu berentak perjuangan, menggunakan genre yang rancak telah membangkitkan semangat kepada hadirin yang menonton konsert tersebut dengan melaungkan takbir. Penampilan mereka yang bersahaja, menyebabkan kumpulan ini berbeza dengan kumpulan-kumpulan nasyid lain. Walaupun ini kali pertama saya melihat persembahan mereka dan kali pertama mendengar lagu-lagu mereka, tapi ia sudah cukup untuk membuat saya terpukau dengan persembahan mereka.
Selain nyanyian, terdapat juga pengisian lain seperti penayangan beberapa persembahan multimedia, deklamasi sajak dan sketsa. Semuanya membawa mesej keinsafan dan ditonjolkan dengan cara yang sangat menarik. Saya cukup berpuas hati dengan perjalanan program serta persembahan yang disediakan.
Saya merakamkan ucapan tahniah di atas usaha pihak GAMIS yang begitu komited dalam melaksanakan program dakwah sebegini. Saya mengharapkan GAMIS dapat menghasilkan VCD untuk dipasarkan bagi konsert ini kerana saya ingin melihatnya sekali lagi. Moga-moga semua yang hadir telah beroleh manfaat daripada apa yang telah dihidangkan kepada mereka. Saya akan cuba muat turun melalui Youtube beberapa video yang sempat saya rakam. InsyaAllah, bila selesai, saya akan letakkan di blog ini.

0 Komen:
Post a Comment