Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

6/30/2009 10:29:00 PM

NESTLE: Kita Buat Mereka Ketawa

Dihantar oleh thoyyibah

http://panipat.nic.in/images/nestle.gif http://images.businessweek.com/ss/06/07/top_brands/image/nestle.jpg
Izinkan saya membawa anda semua kembali ke sekitar 100 tahun yang lalu. Nestle memulakan dinastinya di Malaysia seawal tahun 1912 di Pulau Pinang yang dikenali sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company.

Ini bermakna 97 tahun, iaitu hampir 100 tahun Nestle berada di Malaysia . Saya yakin anda yang sedang membaca artikel ini belum dilahirkan lagi ketika itu, dan kemungkinan juga tidak ada upaya untuk hidup sehingga 100 tahun.Nestle telah meletakkan batu asas empayarnya di sini jauh sebelum perkataan Malaysia itu dapat dieja.

Ini juga bermakna produk Nestle telah pun disuapkan ke mulut rakyat Islam Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ia masih lagi disuapkan ke mulut kita yang masih hidup pada hari ini, mungkin juga ke mulut anak-anak kita yang akan menjadi generasi baru pada masa hadapan.
http://img.alibaba.com/photo/100417181/Koko_Crunch_Nestle_Breakfast_Cereal.jpg http://img.alibaba.com/photo/11984211/Nestle_Cornflakes_Cini_Minis_Nesquik_And_Others.jpg
Malangnya setiap suapan itu akhirnya diterjemahkan oleh Nestle sebagai peluru yang digunakan untuk menembak dada saudara kita di Palestin. Dan ini berlaku hampir setiap hari di Palestin, sedang kita begitu enak dan santai sekali menikmati Nescafe untuk minuman pagi dan Milo pada malamnya.

Ada pula yang menikmati minuman Neslo, iaitu gabungan Nescafe dan Milo dalam satu gelas dimana kedua-duanya juga adalah produk Nestle. Gandingan dua produk ini barangkali memberi kepuasan berganda-ganda kepada peminumnya, dimana setiap tegukan itu serentak dengan bedilan berganda-ganda juga ke atas bumi Palestin oleh Yahudi Laknatullah.
http://www.oncoffeemakers.com/images/coffee-vending-machine-supplies-milo.jpg http://www.vivealive.com/sitebuildercontent/sitebuilderpictures/CNS/Milo.jpg
Milo dan Nescafe Menjadi Darah Daging Umat Islam Malaysia ?

Bukan satu rahsia bahawa rakyat Malaysia adalah pengguna terbesar minuman Milo di dunia. Fakta ini dijelaskan apabila Nestle menerima anugerah Pingat Emas untuk Malaysia-Canada Business Excellence Award (atau klik untuk gambar) pada 2006. Dinyatakan pada laman web itu:

Malaysia consumes 90% of worldwide consumption of Milo. It is so popular that almost all households have a tin of Milo and it would be almost impossible to find a restaurant that doesn't sell Milo beverages.

Saya terjemahkan di sini:

Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo .
http://img.alibaba.com/photo/100368656/Milo_Chocolate_Drinks_Cereal_Snack_Milk.jpg
Bukankah gila atau lahapnya umat Islam di Malaysia ini sehinggakan sebesar-besar dunia ini, 90% penggunaan Milo itu datang dari rakyat Malaysia semata-mata?

Fakta ini juga pernah dimasukkan dalam Wikipedia berkenaan Milo, tetapi jika anda pergi ke pautan itu kelihatannya fakta tersebut telah dihapuskan. Pautan rujukan ke Anugerah MCBC juga telah dihapuskan dari Wikipedia itu. Saya tidak tahu mengapa dan bila ia dihapuskan dari Wikipedia, tetapi mujurlah saya sempat untuk mengambil screenshot semasa ianya masih ada. Jika anda bandingkan dengan Wikipedia yang terkini, ayat yang menyatakan Malaysia menggunakan 90% Milo itu sudah dihapuskan, atas sebab-sebab yang saya sendiri pun tidak tahu.

Saya tidak fikir jika ada pihak Wikipedia yang menganggap fakta itu salah, memandangkan ianya diakui oleh Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol dalam akhbar TheStar Online (atau klik untuk gambar) baru-baru ini:

O'Carrol said Milo has been available in the country for almost 60 years and Malaysians were the world's largest consumers of Milo .

Saya terjemahkan di sini:

O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.

Adakah kita berbangga dengan kenyataan ini? Kita, rakyat Malaysia , yang beragama Islam terutamanya, begitu berjasa kepada Nestle melalui penggunaan Nescafe dan Milo selama ini. Produk Nescafe dan Milo ini menyumbangkan keuntungan kepada Nestle sebanyak 63% di Malaysia berbanding produk Nestle yang lain. Dan keuntungan ini digunakan oleh Nestle untuk membantu Israel melenyapkan bumi Palestin. Hasil jasa baik kita semua ini telah membawa Nestle ke tahap yang tinggi sehingga kini. Sudah tiba masanya untuk kita menjatuhkannya.

http://thestar.com.my/archives/2009/2/24/nation/n_p12milo.jpg
Nestle Ketawa Melihat Jahilnya Umat Islam

Sumber rujukan : InMinds

Semasa kita umat Islam Malaysia masih setia menggunakan produk Nestle menjadi sebahagian darah daging kita, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar makanan dari Israel iaitu Osem Investment pada tahun 2000 untuk membina sebuah fasiliti R&D di Sderot, Israel.

R&D itu digunakan sebagai pusat pembangunan bagi makanan snek (ya, makanan yang kita semua jamah setiap hari itu) dan jutaan dollar dilaburkan untuk operasi R&D tersebut.Pusat R&D itu dibina di atas tanah haram di bawah kerajaan haram Israel. Dan jutaan dollar dilaburkan ke atas pusat R&D haram itu tiap-tiap tahun. Tanah yang dirampas dari tangisan dan darah umat Palestin itu senang-senang sahaja digunakan oleh Nestle untuk kemudahan dirinya, malah memberi manfaat pula kepada kerajaan haram Israel.Sebangsat mana lagi kelakuan Nestle yang diperlukan sebelum kita mahu memboikotnya?

Setiap produk Nestle yang kita jamah itu mengandungi satu lagi kandungan ramuan yang terlindung, iaitu darah umat Palestin!Pada 1998, Peter Brabeck-Letmathe (salah seorang Lembaga Pengarah Nestle, kini sebagai Pengerusi), mewakili syarikat Nestle telah menerima Jubilee Award disampaikan oleh Perdana Menteri Israel sendiri iaitu Benjamin Netanyahu.

Anugerah Jubli ini adalah yang tertinggi pernah diberikan oleh kerajaan haram Israel sebagai tanda penghargaan kepada individu atau organisasi yang berjasa kepada kerajaan haram tersebut, samada melalui perdagangan atau pelaburan.

Berjasa di sini bermakna individu atau organisasi itu telah membantu ekonomi Israel, meningkatkan kewangannya untuk membeli lebih banyak senjata api untuk membunuh rakyat Palestin, menghalau mereka dari tanahair sendiri dan membina binaan haram di atas tanah yang dirampas.

Membeli produk Nestle bermakna membantu dan mengiktiraf kerajaan haram Israel . Setiap sen yang dibelanjakan untuk membeli produk mereka akan sampai kepada kerajaan haram Israel. Dan Israel akan menyampaikan setiap sen yang kita berikan dalam bentuk peluru yang dibedil ke atas umat Islam Palestin.

Apa Pendirian Kita?

Ramai di antara kita yang hanya pandai merungut.

Macam mana nak boikot kalau dah kedai makan cuma jual Milo je, mana ada produk lain?
Macam mana nak boikot kalau dah kedai runcit cuma ada produk Nestle je, mana ada produk lain?
Pernahkah kita bersuara kepada tauke kedai meminta mereka menukar menu minuman dari Milo kepada jenama lain? Pernahkah kita berkata kepada mereka yang kita tidak mahu jenama Milo , Nescafe, Nesquik, Maggi dan sebagainya? Pernahkah kita mendesak mereka menyediakan jenama lain?

Kebanyakannya akan menjawab TIDAK. Bermakna kita TIDAK melakukan apa-apa tindakan tetapi hanya pandai merungut. Kita tidak bertindak, apatah lagi menyuarakannya. Lebih malang lagi jika kita langsung tidak peduli untuk memboikot. Mungkin juga menjadi lebih bangsat apabila kita memperlekehkan pula usaha memboikot.Berapa lama lagi perlu kita tunggu sebelum kita mahu mula memboikot produk Nestle?


Jika kita masih mahu menunggu sehingga Palestin hancur, maka ketahuilah bahawa Palestin telah lama hancur!!

artikel daripada: En. Azizi Ahmad (pensyarah IPGM KBA)

6/29/2009 12:03:00 AM

Lawatan Muhibbah IPGM-KPM

Dihantar oleh thoyyibah

Hari ini, bermula jam 11.00 pagi, kami ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPGM-KBA melayan kunjungan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM-Kampus Perempuan Melayu Melaka (KPM) yang seramai 39 orang. Selepas pengendalian perhimpunan pelancaran program citra guru pada hari khamis lepas, program ini merupakan program kedua bagi set MPP IPGM-KBA yang baru dilantik secara tidak rasmi seminggu yang lepas.

Program lawatan dimulakan dengan lawatan sosial di sekitar kawasan akademik IPGM-KBA dan kemudian diteruskan dengan sesi pengenalan kedua-dua belah pihak di dalam Auditorium Dato' Razali Ismail. Tayangan multimedia dari MPP IPGM-KBA dan daripada IPGM-KPM turut dipersembahkan. Jelas menunjukkan JPP IPGM-KPM telah melaksanakan pelbagai aktiviti dalam tempoh beberapa bulan mereka dilantik. Tapi ia tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dgn kami kerana secara rasminya, kami masih belum ditauliahkan sebagai ahli MPP yang sah. Jadi segala aktiviti yang kami rangka hanya mempunyai draf ringkas dan perancangan secara kasar.

Program diteruskan dengan forum daripada wakil kedua-dua belah pihak. Mereka menghantar NYDP 1, S/U Agung dan Bendahari Agung sebagai forumnis. Pihak kami mewakilkan MPP dengan YDP, saya (NYDP 1) dan Bendahari Agung. Topik-topik yang menjadi pilihan adalah penubuhan MPP, struktur MPP, perancangan MPP dan pencapaian. Di samping itu, isu seperti elaun, kewujudan tabung amanah untuk derma kilat, hubungan dengan pentadbiran dan Jabatan HEP, penggunaan terma "Majlis" di IPGM-KBA turut dimainkan. Banyak percambahan idea yang dapat dikongsikan ketika ini. Walaupun ada kalanya terdapat beberapa pendapat yang bercanggah, tetapi itu memberi suatu ruang untuk kami berfikir dengan lebih kritis bagi menganalisis sistem yang digunapakai oleh JPP IPGM-KPM.

Selesai berforum, setiap exco meluangkan sedikit masa untuk membuat perbincangan yang lebih spesifik mengikut bidang tugas dan portfolio masing-masing. Memandangkan saya mempunyai sedikit pengalaman dan bidang kesetiausahaan, maka saya di minta untuk berdiskusi dengan 3 s/u mereka. Dalam perbincangan tersebut, selain membincangkan perkara-perkara asas tentang tugas setiausaha, mereka nampak sangat berminat dengan Program Citra Guru Sabah dan pendakian gunung kinabalu yang telah dilaksanakan pada hujung bulan Mei yang lepas. Jadi di situ saya membantu sedikit sebanyak tentang pengalaman untuk pengendalian program dan segala macam urusan yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kumpulkan segala surat, kertas kerja dan dokumen berkaitan program ini untuk diberikan kepada mereka sebagai rujukan.

Program-program seperti ini sebenarnya amat membantu dalam memperkasakan lagi badan kepimpinan pelajar di IPGM. Ia juga dapat dijadikan medium perkongsian pendapat dan sebagai ruang untuk memperbaiki kualiti pengurusan MPP itu sendiri. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kami pula yang akan bertandang ke IPGM-KPM sebagai membuat kunjungan balas atas lawatan yang telah mereka laksanakan.

6/22/2009 02:57:00 AM

Penawanan Gunung Kinabalu [Citra Guru Sabah '09 (2)]

Dihantar oleh thoyyibah

HARI KEEMPAT : Cabaran Bemula!

Seorang guide sedang memberikan taklimat

Ekspedisi “Pengapaian Gunung Kinabalu” yang dinanti bermula. 23 daripada 25 peserta mengesahkan penglibatan mereka dalam program ini. Semua 23 peserta diiringi oleh En. Hishamuddin Tumiran (Pegawai HEP) dan 5 orang guide. Ekspedisi bermula sekitar jam 8.45 pagi. Kami semua menuju ke Laban Rata sejauh 6 KM yang memakan masa sekitar 4 – 9 jam. Kami menggunakan laluan daripada Pondok Timpohon.
Gunung Kinabalu di belakang kami

Kali ini semua peserta diuji dengan trek pendakian yang curam dan bertangga. Mungkin tangga tersebut dibina untuk memudahkan pendakian, tetapi pada saya cabaran trek bertangga lebih berat berbanding trek biasa. Dengan bebanan beg seberat 4 kg di bahu, menyukarkan lagi pergerakan saya. Kumpulan pertama dan kedua sampai di Laban Rata sekitar jam 12.15 tengahari dan jam 1.30 petang. Kumpulan ketiga pula sampai sekitar jam 2.00 petang. Saya berada di kumpulan keempat berjaya tiba di Laban Rata pada jam 3.50 petang. Kumpulan terakhir tiba di Laban Rata pada jam 4.50 petang. Dalam perjalanan, kaki menapak sedikit demi sedikit dan pada 1 KM terakhir kumpulan saya terpaksa mengharungi hujan lebat selama hampir 2 jam. Mujur masing-masing membawa rain coat. Sejuk dan penat bercampur-campur tapi semangat untuk menghabiskan pendakian pada hari tersebut tidak berkurang sedikit pun. Masing-masing cuba memberi semangat kepada ahli kumpulan agar setiap ahli mengekalkan motivasi masing-masing. Tanpa motivasi yang tinggi, tidak mungkin kami dapat sampai ke destinasi yang dituju. Simpang laluan daripada Pondok Mesilau

Di Laban Rata


HARI KELIMA: Gapaian Puncak Kinabalu

Beberapa minit sebelum memulakan pendakian (2.30 pagi)

Tiba di bahagian ke2 ekspedisi ini. Ekspedisi penawanan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang setinggi 4,095m (13,455 kaki). Semua peserta terpaksa bangun seawal 1.00 pagi untuk mempersiapkan diri bagi ekspedisi seterusnya. Kami memulakan ekspedisi tersebut pada jam 2.45 pagi. Jarak daripada kawasan rehat Gunting Lagadan ke puncak adalah 2.7 KM yang mengambil masa sekitar 2-3 jam. Pendakian pada awal pagi lebih sukar kerana cuaca yang sangat sejuk sekitar 4°C serta masalah kesukaran untuk bernafas akibat berada di tempat tinggi. Untuk memudahkan pernafasan, saya memakai pelekat “breath right” di hidung. Trek yang dilalui juga sama seperti trek yang kami telah lalui sebelum ini curam dan bertangga dan seterusnya kami akan melalui trek berbatu berpandukan tali yang disediakan. Cabaran pendakian kami semakin bertambah dengan kehadiran ribut angin. Kabus tebal mula mengaburi perjalanan kami. Jarak penglihatan terhad sekitar 5 meter sahaja dengan bantuan lampu suluh. Disebabkan saya menapak agak lambat, saya telah terpisah daripada kumpulan yang berada di hadapan. 2 kali saya cuba berhenti untuk menunggu kumpulan yang berada di belakang. Namun disebabkan cuaca yang terlampau sejuk dan ribut angin, saya terpaksa meneruskan perjalanan seorang diri. Tawakal saya kepada Allah agar tiada perkara yang buruk berlaku.

Dalam keseorangan dengan keadaan angin yang kuat, gelap dan berkabus, saya mendirikan solat subuh pada jam 5.15 pagi. Hajat hati ingin menunggu pendaki muslim lain agar saya dapat mendirikan solat subuh bersama-sama mereka. Namun, dalam keadaan gelap dan berkabus tersebut, agak payah untuk saya berkomunikasi dan mengecam pendaki dari kumpulan lain yang melintasi saya. Saya bertayamum di batu-batu yang ada kerana tiada tanah atau sumber air. Ketika solat, saya sedar ada 2 pendaki yang melintasi saya dan berhenti sebentar melihat gelagat saya. Mungkin mereka pelik melihat saya berhenti di tengah2 ribut angin yang melanda. Saya tidak mempedulikan mereka dan meneruskan solat. Pada saya, di manapun kita berada, tidak kira di lautan luas, di tanah lapang, di gunung batu, di padang pasir dan di hutan tebal, kita tetap memijak bumi Allah. Jadi tiada sebab untuk kita mengabaikan tanggungjawab kepadaNya.

Selepas itu saya teruskan pendakian. Sekitar jam 5.40 pagi, saya terserempak dengan seorang ahli kumpulan saya yang telah sampai ke puncak dan dalam perjalanan turun. Dia menyapa saya dan memberikan bendera IPGM-KBA dan bendera M’sia kepada saya dengan hajat saya boleh mengibarkannya apabila sampai di puncak. Dia tidak dapat berbuat demikian kerana ketika dia sampai, keadaan masih gelap. Jadi saya menerima bendera tersebut dan terus berjalan ke puncak. Peserta yang sempat bergambar di puncak (Low's Peak)

Pada jam 6.00 pagi, saya sampai di puncak. Perasaan hiba dan gembira bercampur aduk apabila saya dapat memegang batu yang paling tinggi. Saya terus melabuhkan dahi di batu tersebut untuk sujud syukur. Dengan izin Allah, sampai juga saya di puncak Gunung Kinabalu setelah pelbagai usaha telah saya letakkan. Syukur saya ke hadrat Ilahi… Air mata mula bergenang. Terasa agungnya ciptaan tuhan.. terlalu kerdil rasanya diri ini..

Saya sempat bertanyakan kepada guide yang ada di puncak tersebut tentang cuaca pada ketika itu. Menurut beliau, suhu ketika itu jatuh sehingga 0.4 - 0°C. Ribut angin pula selaju 100-200 km/j. Dan dia mengatakan, para pendaki tidak boleh berada lama di puncak kerana cuaca sejuk tersebut boleh membekukan mereka. Daripada puncak saya tidak dapat melihat sebarang pemandangan kerana dihalang oleh kabus tebal. Saya juga tidak dapat mengambil gambar di puncak dan tidak dapat mengibarkan bendera yang dibawa kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Kawasan ini yang biasanya kering kelihatan seperti tempat air terjun disebabkan hujan lebat yang turun

Berjalan di trek bertali yang dilalui air dan licin

Perjalanan turun juga agak sukar. Keadaan curam dan lutut saya yang mula sakit melambatkan pergerakan saya. Sekali lagi saya terpaksa berhadapan dengan hujan lebat dan ribut yang belum mahu berhenti. Jari jemari saya terasa kebas kerana kesejukan tersebut. Dalam perjalanan turun itu, saya terserempak dengan rakan kumpulan saya yang juga baru turun dari puncak. Saya bersama-sama mereka turun dan sempat mengambil gambar di KM 8 ketika hujan berhenti seketika. Jam 8 pagi, hujan turun semula. Saya tiba di Laban Rata pada jam 8.50 pagi. Pemandangan indah di KM 8 beberapa minit sebelum hujan turun semula

Selepas bersarapan dan mengemaskan barang, rombongan kami mula turun ke Pondok Timpohon pada jam 10.40 pagi. Saya bersama seorang rakan saya selamat tiba di gate permulaan pada jam 2.30 petang.

Pada malam tersebut kami bermalam di IPGM-Kent di Tuaran.


HARI KEENAM: Mission Accomplished!


Penat lelah kami dibayar dengan pemandangan indah bumi Sabah. Sabah sememangnya kaya dengan keindahan flora dan faunanya. Hatta di bandaraya Kota Kinabalu pun, anda dapat melihat kehijauan lautan dan kebersihan persekitarannya. Terlalu jauh perbezaannya jika dibandingkan dengan bandar dan pantai yang ada di semenanjung. Perkara biasa yang saya dapat rasai selama berada di sabah ialah kelazatan supnya. Apa saja makanan yang saya order, pasti akan dihidangkan dengan sup. Di Sabah juga banyak anjing. Ini saja rasanya yang saya kurang selesa. Orang-orang Sabah baik2 belaka. Mereka tidak sombong dan mudah memberikan pertolongan. Nampaknya hati saya sudah terpaut dengan negeri Sabah. Silap-silap haribulan, boleh jatuh hati dengan orang sana..heh.. Segala tulisan pada bhgn 1 & 2 adalah catatan perjalanan saya di Sabah. Jika anda ingin mengalami sendiri pengalaman yang saya lalui, pergilah ke Sabah dan anda akan rasai nikmat keindahan bumi tuhan di sana. Semoga ada sesuatu yang dapat saya kongsikan dengan sahabat sahabiah semua…



6/22/2009 01:49:00 AM

Citra Guru Sabah '09 (1)

Dihantar oleh thoyyibah

Alhamdulillah.. segalanya telah selesai di Sabah. Program Citra Guru yang dirancang bukan seminggu, bukan sebulan, tapi memakan masa 2 tahun akhirnya berjaya direalisasikan. Semua ini berkat usaha semua pihak terutamanya penglibatan secara langsung daripada peserta (25 orang) yang tidak lokek mengeluarkan pelaburan mereka sendiri terhadap program ini. Keyakinan mereka kepada saya untuk menjadi orang perantara antara peserta dan HEP serta IPGM-KBA membuatkan saya terharu. Tanpa sokongan daripada semua peserta, tidak mungkin program ini dapat dijayakan.

Orang-orang kuat sepert En. Tahir Zaman, En. Arus, Ustaz Amiyamin dan Ustaz Zaradi yang menjadi nadi penggerak juga sentiasa menyumbang dan membantu untuk berhubung dengan pihak-pihak atasan dalam usaha menjamin program ini mempunyai kolaborasi dengan pihak seperti daripada Bahagian Pendidikan Guru Sabah, SK Kundasang dan pihak Kinabalu Park. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka.

Daripada IPGM-KBA ke Sabah

HARI PERTAMA: Di sinilah tempatnya

Hari demi hari di Sabah kami lalui dengan penuh ceria mengikut jadual aktivti yang telah disusun. Pada hari pertama, semua peserta yang bergerak daripada LCCT ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu disambut oleh En. Hasnan, pemandu daripada IPGM Gaya yang membawa kami bertandang ke IPG beliau. Lagaknya seperti pemandu pelancong petah menerangkan kepada kami jalan-jalan serta tempat yang kami lalui. Hari ini kami sekadar merehatkan diri dan bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu sambil menunggu kumpulan terakhir yang selamat tiba di Sabah sekitar jam 9 malam.

Ketika makan, kami terserempak dengan bekas guru pelatih IPGM-KBA, Abang Faisal yang telah setahun mengajar di kawasa pedalaman Sabah. Abg Faisal telah membayar semua makanan kami. Ada pula yang memerli, “Amboi.. banyaknya duit..” kemudian dibalas bersahaja oleh abg faisal, “Aku dah setahun kaya dah”. Berderai tawa kami… Sememangnya banyak elaun yang disediakan untuk guru-guru yang dihantar ke seberang laut dan ditambah pula dengan elaun pedalaman sebagai imbalan terhadap kesusahan yang terpaksa mereka lalui di sana. Pada jam 11 malam kami mengadakan mesyuarat bersama En. Tahir selama sejam sebelum kami masuk berehat di kamar masing-masing.

beristirehat dalam shopping mall di Karamunsing.


HARI KEDUA : Pesta Kaamatan

Pada perancangan awal, kami sepatutnya berada di SK Kundasang untuk Program Khidmat Masyarakat. Tetapi disebabkan tarikh tersebut (31 Mei 2009) jatuh pada hari Sambutan Pesta Kaamatan, jadi program di sekolah tidak dapat diteruskan kerana ia merupakan cuti umum. Jadi kami mengambil kesempatan untuk melihat sendiri perayaan tersebut di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang. Bermula daripada hari ini juga, bas daripada IPGM-Keningau menjadi pengangkutan utama kami sepanjang program citra guru ini berjalan.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kundasang untuk bermalam di Homestay Walai Tokou, Kampung Sinisian. Dalam perjalanan, sempat juga menyinggah ke beberapa tempat.

Jambatan Tamparuli

Gunung Kinabalu dilitupi awan

my team

Keluarga angkat di Homestay Walai Tokou, Kundasang

Pemandangan Gunung Kinabalu daripada rumah




HARI KETIGA : Khidmat Masyarakat SK Kundasang

Program menabur bakti di bumi SK Kundasang dimulakan dengan sesi motivasi, disusuli dengan Slot Mari Belajar I (Bahasa Melayu) dan Slot Mari Belajar II (Bahasa Inggeris) diakhiri dengan Majlis Penutup yang ringkas.


Di sebelah petang, kami semua menjalani latihan kecergasan sebagai persediaan terakhir untuk ekspedisi Gunung Kinabalu keesokkan harinya.

6/22/2009 12:04:00 AM

Takziah Kepada Sahabatku...

Dihantar oleh thoyyibah

Pada 16 Jun 2009 yang lalu, Ayah kepada salah seorang sahabat saya iaitu
Shazatul Shima bt. Zamani telah kembali ke rahmatullah.

Didoakan semoga roh Allahyarham Pakcik Zamani ditempatkan dalam golongan orang-orang soleh dan tenang di alam yang kekal abadi... Al Fatihah..

Saya juga berharap agar Shima serta ahli keluarganya sentiasa tabah dalam menghadapi ujian ini..
Kami sebagai sahabat-sahabat Shima akan sentiasa ada bersama dalam suka mahupun duka dan cuba memberikan kekuatan agar Shima menerima segala takdir yang telah ditetapkan olehNya..
"Daripada Allah kita datang, dan kepada Allah jua kita kembali..."

6/21/2009 11:29:00 PM

Jalan Membina "Masjid"

Dihantar oleh thoyyibah


Sahabat kami, Shamsiah bt. Masnan, berdarah Jawa ini akan melangsungkan
majlis pertunangannya dengan Ruhaizan bin Ruwandi pada:
27 JUN 2009
Sabtu
Tempat: Perumahan Awam Labis, Johor

Tahniah diucapkan. Semoga ikatan yang dibina ini akan kekal utuh hingga membawa ke jinjang pelamin. Seterusnya membina keluarga yang dihiasi dengan mahabbah dan bahagia selamanya..ameen..