Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

6/29/2009 12:03:00 AM

Lawatan Muhibbah IPGM-KPM

Dihantar oleh thoyyibah

Hari ini, bermula jam 11.00 pagi, kami ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPGM-KBA melayan kunjungan ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPGM-Kampus Perempuan Melayu Melaka (KPM) yang seramai 39 orang. Selepas pengendalian perhimpunan pelancaran program citra guru pada hari khamis lepas, program ini merupakan program kedua bagi set MPP IPGM-KBA yang baru dilantik secara tidak rasmi seminggu yang lepas.

Program lawatan dimulakan dengan lawatan sosial di sekitar kawasan akademik IPGM-KBA dan kemudian diteruskan dengan sesi pengenalan kedua-dua belah pihak di dalam Auditorium Dato' Razali Ismail. Tayangan multimedia dari MPP IPGM-KBA dan daripada IPGM-KPM turut dipersembahkan. Jelas menunjukkan JPP IPGM-KPM telah melaksanakan pelbagai aktiviti dalam tempoh beberapa bulan mereka dilantik. Tapi ia tidak boleh dijadikan ukuran perbandingan dgn kami kerana secara rasminya, kami masih belum ditauliahkan sebagai ahli MPP yang sah. Jadi segala aktiviti yang kami rangka hanya mempunyai draf ringkas dan perancangan secara kasar.

Program diteruskan dengan forum daripada wakil kedua-dua belah pihak. Mereka menghantar NYDP 1, S/U Agung dan Bendahari Agung sebagai forumnis. Pihak kami mewakilkan MPP dengan YDP, saya (NYDP 1) dan Bendahari Agung. Topik-topik yang menjadi pilihan adalah penubuhan MPP, struktur MPP, perancangan MPP dan pencapaian. Di samping itu, isu seperti elaun, kewujudan tabung amanah untuk derma kilat, hubungan dengan pentadbiran dan Jabatan HEP, penggunaan terma "Majlis" di IPGM-KBA turut dimainkan. Banyak percambahan idea yang dapat dikongsikan ketika ini. Walaupun ada kalanya terdapat beberapa pendapat yang bercanggah, tetapi itu memberi suatu ruang untuk kami berfikir dengan lebih kritis bagi menganalisis sistem yang digunapakai oleh JPP IPGM-KPM.

Selesai berforum, setiap exco meluangkan sedikit masa untuk membuat perbincangan yang lebih spesifik mengikut bidang tugas dan portfolio masing-masing. Memandangkan saya mempunyai sedikit pengalaman dan bidang kesetiausahaan, maka saya di minta untuk berdiskusi dengan 3 s/u mereka. Dalam perbincangan tersebut, selain membincangkan perkara-perkara asas tentang tugas setiausaha, mereka nampak sangat berminat dengan Program Citra Guru Sabah dan pendakian gunung kinabalu yang telah dilaksanakan pada hujung bulan Mei yang lepas. Jadi di situ saya membantu sedikit sebanyak tentang pengalaman untuk pengendalian program dan segala macam urusan yang perlu dilaksanakan bagi menjayakan program tersebut. InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan kumpulkan segala surat, kertas kerja dan dokumen berkaitan program ini untuk diberikan kepada mereka sebagai rujukan.

Program-program seperti ini sebenarnya amat membantu dalam memperkasakan lagi badan kepimpinan pelajar di IPGM. Ia juga dapat dijadikan medium perkongsian pendapat dan sebagai ruang untuk memperbaiki kualiti pengurusan MPP itu sendiri. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, kami pula yang akan bertandang ke IPGM-KPM sebagai membuat kunjungan balas atas lawatan yang telah mereka laksanakan.

2 Komen:

azarsyafiq said...

salam kak..
bleh bgtau barisan kepimpinan mpp penggal nih??nak tau jugak..

thoyyibah said...

w'slm..boleh..

YDP: Mat Jeck
T YDP: Amy
NYDP 1: Taiebah
NYDP 2: Hanif Mahpot
NYDP 3: Hasfatasha
S/U Agung: Syafiqah
Bendahari Agung: Khifzan (Barterz)

Kesenian: Teh Hui Jia
Kerjaya: Syakilawani
Perhubungan: Yugeswari
Sukan:Aqmal Ariff
Kerohanian: Ismail
Asrama: Faruqhi
Protokol: Alif Ifwat
ICT: Idzrul Aizat
Kebajikan: Wan Saiful Azami Wan Mustama
Akademik: Muzzakir

nama2 ni mungkin akan berubah selagi belum diwatikahkan..

Post a Comment