Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

3/31/2009 08:41:00 PM

Kata murid tentang PPSMI

Dihantar oleh thoyyibah

Situasi 1:

Hari ni jadi guru ganti kt kelas 5 fokus (kelas ke3 drpd 10 kelas) kire kelas bdk2 pandai la jugak..
Buat beberapa aktiviti dengan dorg termasuk aktiviti nyanyian (aktiviti favorite ni..hehe..)..
Bila masa berbaki dalam 10minit lg, borak2 dgn student psl PPSMI.
Sy tanya siapa yg highest dlm subjek math n sains..
So mereka kata yg plng tnggi untuk Sains dpt dlm 60markah (murid pmpuan) n Math 40 markah paling tnggi (murid laki).. Bila tnye yang lain2 dpt berapa? suara plng dominan yang kedengaran "FAILED!!"..
Kecian le pulak dengar..ni baru kelas ke3..yg sekolahnya dekat bandar.. belum tnye kelas ke5, 6, 7, 8, 9 n 10 lagi..hmmmm.....

borak lg dgn dorg..

saya: suka tak math n sains dlm bahasa inggeris?

zaki (bkn nama sebenar) : suka cikgu.. tp saya suka math je dlm english..

saya: sapa suka sains dlm bahasa inggeris?

tiga, empat murid angkat tangan..

saya: senang x belaja dlm bahasa inggeris..

murid: senang!!! (ramai2 jawab)

saya termanggu2 sorg2.. minat gak bdk2 ni blaja sains n math dlm bahasa inggeris.. saya tanya lagi..

saya: dah tu kenapa awak xdapat A?

murid: susah nak paham la cikgu..

saya: kalau math dan sains dalam bahasa melayu, kamu suka x?

murid: SUKA!!!!! (ramai2 bertempik..kali ni lagi kuat dari yang tadi..) pastu sorg murid menambah.. "lagi senang nak paham, cikgu.."

saya: hmm..kalau dia bt dalam bahasa melayu, awak boleh ke dapat A dalam math n sains?

murid: BOLEH!!! (bunyi confident je...n tgk muka sume student mcm berseri2 je bile sebut math n sains diajar dalam bahasa melayu..)

kesimpulannya, murid2 ni memang sedang cuba untuk tanam rasa minat dalam PPSMI ni.. tp jelas keputusannya belum sampai tahap yang memuaskan.. Malah dari dialog dgn murid2 ni tadi, saya tahu dlm hati kecil dorg masih mengharap mereka diberi kesempatan untuk mendapat keputusan yang lebih baik dalam math dan sains bila mana kedua-dua subjek ini diajar dalam bahasa melayu..


Situasi 2:

Seorang rakan saya daripada IPGM Kampus Bahasa Melayu pernah bercerita tentang adiknya yang sangat fasih berbahasa inggeris. malah memang dia tiada sebarang masalah untuk belajar math dan sains dalam bahasa inggeris dan sering mendapat keputusan yang baik dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut..

Cuma ada satu masalah yang timbul..dan mungkin masalah ini juga dihadapi oleh murid lain yang bijak dalam bahasa inggeris, math dan sains.. minat mereka untuk belajar bahasa melayu semakin luntur.. dan bila bercakap dalam bahasa melayu, pasti perkataan bahasa inggeris bersepah di sana sini dengan ayat melayu yang tonggang langgang.. lidah pun jadi liat semacam..

Saya berfikir, kalau PPSMI ini "berjaya" menghasilkan produk sebegini dalam masa 10tahun akan datang, maka makin lemah la bahasa melayu.. kerana sejak dari kecil mereka menerima asuhan dalam subjek2 utama dalam bahasa inggeris yang menyebabkan mereka merasa tiada keperluan untuk mempelajari bahasa melayu dengan tekun.. Akhirnya, jadilah bahasa melayu sebagai bahasa basahan yang hanya kedengaran di pasar-pasar dan di jalanan..fikir-fikirkanlah..

3/30/2009 10:39:00 PM

Cerita dalam kelas

Dihantar oleh thoyyibah

Hari Rabu minggu lepas (25/3/09) mula masuk ke Kelas 4 Progresif (kelas 2nd last drpd 9 kelas) selepas buat sesi bacaan untuk tajuk Kajian Tempatan pada hari tersebut, saya bertanya kepada murid

"awak semua nak menyanyi tak?"

ada murid yang kata nak dan tak kurang juga yang kata tak nak sebab katanya tak reti nak nyanyi. Dan seorang murid yang hardcore sikit duk lantang kata tak nak nyanyi. siap cakap kt kawan-kawan dia lagi

"weh, jgn nyanyi.. tutup telinga je.."

aduhai..nk menguji nampaknya dia ni.. saya cepat-cepat memintas ayat murid tadi

"awak kalau tak nak nyanyi, takyah ajak kawan-kawan lain yang nak nyanyi tutup telinga. Duk situ diam2.." agak tinggi nada saya.. Murid tadi terdiam. Saya pun mula mengajar lagu "Fruits" kepada murid-murid yang lain beserta gaya sekali.. Agaknya murid yang konon2 taknak nyanyi tadi jeles tgk kawan-kawan dia yang lain seronok nyanyi sambil membuat gaya, last2 dia pun ikut nyanyi dan buat gaya jugak.. Saya tersengeh je tgk gelagat dia.. Memang jenis murid yang suka test cikgu ni..



Hari Jumaat (27/3/09), masuk pulak kelas 4 Inisiatif (Kelas keempat) untuk mengajar Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan, tajuk Kenali Keluarga Sendiri. Selepas menjalankan set induksi, saya mula bertanya kepada beberapa orang murid;

saya: "kenapa awak perlu ada ibu?"

murid: "sebab ibu melahirkan kita..." (sambil menjerit beramai-ramai)

saya: "Jadi sekarang awak dah lahir, awak dah tak perlukan ibu la ye?"

murid: "kena ada lagi la cikgu.."

saya tanya "kenapa..?"

murid: "untuk masak kat rumah.." (seorang murid bersuara)

saya: " bukan yang masak kat rumah tu orang gaji ke?"

cepat-cepat murid menjawab, "iye.."

saya: "jadi ibu awak tu orang gaji la ye?"

murid: "eh? tak2.." mula dorg bingung dengan jawapan dorg sendiri..hehe..


Esok masuk kelas 4Optimal, kelas 3rd last pulak..tak tau la apa pulak ragam budak-budak ni.. tapi memang kena banyak sabar melayan karenah dorg.. almaklum la budak2.. nakalnya memang selalu buat kita geram.. semoga diri ini diberi kesabaran dan kekuatan untuk menyampaikan ilmu kepada generasi masa hadapan..insyaAllah..

3/30/2009 08:31:00 PM

Praktikum di SK Bangsar

Dihantar oleh thoyyibah

Dulu sebelum masuk ke sekolah ni, sering saja saya lalu lalang di belakang sekolah tersebut. Malah jika naik train PUTRA, pasti saya dapat melihat bahagian depan SK Bangsar ni. Nampak macam tak ada apa-apa yang menarik perhatian sangat daripada luar. Jadi apabila dapat tahu bahawa saya terpilih untuk menjalani praktikum 1 di sekolah ini, tak timbul sangat rasa teruja. Sekadar menghitung hari menanti ketika utk memulakan praktikum.

Sekolah ini mempunyai purata murid bagi setiap kelas dalam lingkungan 30-36 orang dan setiap darjah (tahun 1 - 6) dalam 9 ke 10 kelas. Memang suatu kapasiti yang besar bagi sekolah yang tidaklah terlalu besar kawasannya. Jadi pada sesi pagi murid Tahun 4, 5 dan 6 akan menjalani sesi persekolahan mereka, manakala murid Tahun 1, 2 dan 3 pada sesi petang menggunakan kelas-kelas yang sama. Itu pun menurut kata Guru Besar, Tn. Hj. Nordin b. Yaman, Kementerian Pelajaran meminta untuk menambahkan lagi jumlah kelas di sekolah tersebut disebabkan pertambahan jumlah pendaftaran murid di sekolah tersebut setiap tahun.

Tadi cerita tentang jumlah murid. Kalau masuk bab guru-guru pelatih yang datang utk program PBS (Pengalaman Berasaskan Sekolah) dan praktikum pun, sekolah ini sering menjadi favorite. Ketika saya datang ke sekolah tersebut iaitu pada 23/3/09, seramai 14 orang guru pelatih daripada IPGM Kampus Pendidikan Islam, Kampus Bahasa Melayu, Kampus Perempuan Melayu Melaka dan kami daripada Kampus Bahasa Antarabangsa datang "menyesakkan" pejabat sekolah untuk melapor diri bagi praktikum dan PBS.

Jadi setelah seminggu lebih di sekolah tersebut, ada beberapa perkara menarik yang saya boleh kongsikan di sini berkenaan dana PIBG yang agak kuat dan kukuh. SK Bangsar kini mempunyai sebuah van sekolah hasil daripada dana PIBG ini. Selain itu, Guru Besar (GB) yang ingin menerapkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri murid telah mewujudkan sebuah kolam ternakan ikan keli dalam kawasan sekolah tersebut juga dengan berbekalkan modal daripada tabung PIBG. Mereka juga mempunyai lebih kurang 3000 ekor ikan keli dalam kolam tersebut. Dalam bab seni juga, GB turut melontarkan ideanya bagi menubuhkan band sekolah yang dianggotai oleh murid, guru dan ibu bapa yang berminat. Idea ini telah direalisasikan pada 28/3/09, iaitu ketika mesyuarat agung PIBG dengan perasmian band sekolah tersebut.


Alat muzik bagi Band Sekolah

The 1st appearance of Band Sekolah



Aksi Guru Besar sbg drummer


Sekolah ini tidak terlalu bagus dari sudut akademiknya. Hal ini diakui sendiri oleh GB ketika kami mengadakan pertemuan dengan beliau. Daripada 9 kelas Tahun 6 tahun lepas, hanya 6 orang murid berjaya mendapat 5A. Tapi, untuk kokurikulum, sekolah ini agak menonjol. Baru-baru ini mereka baru sahaja menjadi johan Zon Bangsar bagi pertandingan bola baling. dan sebelum ini juga mereka turut menjadi johan untuk pertandingan sepak takraw.

Untuk program lain pula, pada 26/3/09 berlangsung pelancaran Program Kitar Semula Kotak Minuman oleh syarikat Tetra Pak bagi 27 sekolah di Lembah Kelang di SK Bangsar. Antara media yang hadir ialah, Unit media KPM, BERNAMA dan wartawan akhbar Sinar.
Di bawah ini merupakan artikel daripada BERNAMA tentang program ini.


Recycling Programme In Schools To Instil Love For The Environment

March 26, 2009 16:44 PM

KUALA LUMPUR, March 26 (Bernama) -- For six months beginning today, 44,000 students in the Klang Valley will be encouraged to collect used Tetra Pak cartons into special beverage recycling bins provided at their schools.

It is carried out under the "Nature for Nature" programme to instil love for the environment among children at 25 primary day schools in the Klang Valley.

The programme, organised by Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd with the cooperation of the Forest Research Institute of Malaysia (Frim) was launched by the Education Ministry's principal assistant director Mohd Anuar Abdul Hamid today.

The programme encompasses activities, like mini-carnival and contests on recycling, to educate students on various renewable energy sources and provide tips on how to save energy, he told reporters at the launch of the programme at Sekolah Kebangsaan Bangsar Jalan Pantai Baru here.

He said the school, which collected the most number of Tetra Pak cartoons, would receive gifts worth RM60, 000, adding that the programme would be expanded to other schools nationwide.

-- BERNAMA



3/29/2009 12:26:00 AM

Masa untuk bumi

Dihantar oleh thoyyibah

Menjelang 28/3/09 ramai daripada syarikat-syarikat gergasi di Malaysia menunjukkan sokongan bagi menjayakan Program 60 Earth Day. Jadi untuk melihat bukti sokongan tersebut, saya bersama beberapa orang rakan pergi ke Bukit Pantai bagi melihat sendiri sejauh mana berjayanya program ini di ibu kota. Kelihatan juga ibu bapa membawa anak-anak mereka ke tempat tersebut atas tujuan yg sama seperti saya..

Ada beberapa gambar (tapi x brapa jelas sbb xde kamera SLR) yg sempat saya ambil..tp sy x akan masukkan dlm entri kali ni kerana paparannya yang kabur. Jadi saya ambil gambar daripada artikel BERNAMA untuk jadi tatapan anda semua.


Gambar gandingan empat ini menunjukkan saat-saat Menara Berkembar Petronas KLCC memadamkan lampu tepat jam 8.30 malam tadi di sini, malam ini. Kempen memadamkan lampu selama sejam ini diilhamkan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) bagi mendidik masyarakat mengenai bahaya pemanasan global. Foto: Anuar Isman


Daripada pemandangan yang saya lihat, masih banyak lagi lampu yang terpasang terutama di rumah-rumah apartmnt dan flat. Mungkin mereka tidak langsung mengambil tahu tentang program ini atau buat-buat x tahu..

Memang ada yang menyatakan bahawa ada udang di sebalik batu dalam program ini. Tapi masih ada kebaikan atas penjimatan yang kita lakukan.. dan banyak pula yang menyatakan bahawa bila bergelap, banyak perkara yang tidak sopan dan tidak baik berlaku. Payah nak kata tu.. memang manusia selalu ambil kesempatan dan manipulasi keadaan.. hmm..berbalik pada diri kita sendiri semula sebenarnya.. kalau kita nak jadikan perkara tu bermanfaat & berfaedah, maka ke situlah arah.. tp kalau sebaliknya, maka tanggunglah akibatnya..

Jadi diharap pada tahun-tahun hadapan, makin ramai yang menyedari kepentingan program ini dan tidak melakukan perkara-perkara sumbang yang merosakkan matlamat sebenar yang ingin dicapai oleh Program 60 Earth Hour...

3/24/2009 05:07:00 PM

Konsep "Bank Tuhan"

Dihantar oleh thoyyibah




Sekali lagi saya terpegun dengan konsep yang dipakai oleh GISB (Global Ikhwan Sdn. Bhd.). Konsep ini telah digunakan sejak Al-Arqam menukar nama kepada Rufaqa' Corporation dan kini mendaftarkan syarikat mereka dengan nama Global Ikhwan Sdn. Bhd.

Apa konsep "bank tuhan" yang mereka maksudkan itu? setelah saya baca artikel-artikel berkaitan GISB, dan melihat beberapa video di Youtube, barulah saya faham tentang istilah ini. Anda sudah tentu pelik mengapa Al-Arqam ini masih hidup hingga hari ini, malah kewujudannya semakin diiktiraf dalam arus ekonomi masa kini walaupun menggunakan nama dan pendekatan yang berbeza. Rahsianya ialah mereka mempunyai pengikut yang teramat ramai, merentas segala sempadan negara, bahasa, budaya dan latar belakang.. dan daripada pengikut yang ramai ini, terdapat golongan-golongan elit yang mengganggotai syarikat ini. Maka modal mereka datang daripada golongan ini. Golongan yang setia yang akan menggadaikan apa sahaja untuk Cinta Agung yang mereka pegang. .


Di sini saya sertakan sebahagian artikel yang saya baca berkenaan konsep ini. Sebagai pembaca yang budiman, anda nilailah sendiri artikel ini...



Global Ikhwan Sdn. Bhd.



SUMBER DANA DAN KEKUATAN

Sumber kekuatan yang disediakan Tuhan kepada orang Islam tidak sama dengan sumber untuk orang bukan Islam.

Orang bukan Islam diberi dari sumber alam dunia yang lahir. Sedangkan orang Islam yang bertaqwa sumbernya dari alam ghaib oleh kekuatan roh. Maksudnya dan contohnya; Rasulullah memenangi Perang Badar adalah oleh adanya sokongan 5000 malaikat yang datang dari alam ghaib. Maka walaupun lahirnya para sahabat cuma 313, sedangkan kafir Quraisy 1000 orang, tapi Rasulullah memenanginya. Peperangan perniagaan di zaman ini, orang bertaqwa akan Tuhan hantarkan wang dari Bank Tuhan. Iaitu dari tangan orang kaya-Nya, yang menyalurkan untuk Islam atas dasar cinta Tuhan tanpa meminta balasan. Mereka memberi bukan sebagai pinjam atau hutang. Pemberian adalah untuk buktikan cinta sekaligus ingin melihat syiar Islam bangun di muka bumi Tuhan. Usaha menanamkan cinta dan takut Tuhan kedalam hati insan untuk lahirkan Bank Tuhan ini, itulah kerja paling asas yang dibuat oleh para pemimpin yang dilantik Tuhan sama ada Rasul atau Mujaddid.


PELAKSANA

Mengapa Pasar Ansar kepunyaan Rasulullah s.a.w.di Madinah mencipta sejarah menang besar dalam persaingan perniagaan dengan kapitalis atau orang bukan Islam Madinah? Rahsianya ialah setiap malam yang sepi waktu dinihari, para pelaksana diketuai oleh Saidina Abdur Rahman bin 'Auf r.a. memanggil Allah dan Rasul untuk menyokong dan memberi kerjasama dalam perniagaan mereka. Mereka sembahyang hajat, berdoa, taubat, zikir wirid, baca Quran, selawat dan lain-lain demi mendapatkan Tuhan sebagai penolong dan pemimpin. Maka jatuhlah ke hati mereka mukjizat Rasulullah s.a.w. mengajarkan bagaimana perniagaan menurut Tuhan atau cara berniaga yang disuruh Tuhan. Iaitu dengan menawan hati orang. Para penyokong dari alam ghaib berdatangan selepas mendapat 'call' dari orang lahir. Hati penduduk Madinah ditawan. Datang ke Pasar Ansar orang dapat Tuhan, dapat pemimpin, dapat ibu ayah, dapat kasih sayang, dapat kebahagiaan. Rindu untuk duduk bersama Rasul dan para sahabat membuatkan orang Madinah akhirnya berpusu-pusu membeli di Pasar Ansar. Mahal pun tak apa demi cinta. Lalu sunyilah gelanggang perniagaan kapitalis bukan Islam hingga membawa mereka gulung tilam bantal meninggalkan Madinah.

Demikianlah sejarah bagaimana jauh hebatnya kekuatan sistem ekonomi oleh Allah dan Rasul dibandingkan dengan sistem perniagaan akal. Ia sudah berlaku tapi pasti berulang bilamana berulangnya kemunculan orang bertaqwa di muka bumi Tuhan ini sekali lagi. Rasulullah berjanji akan kemunculan itu di akhir zaman oleh satu etnik bernama Ikhwan. Mari kita berdoa dan berusaha untuk realitikan janji agung ini.

Maka bagi menjayakan sistem hidup Islam, Abuya Syeikh Ashaari Muhamad, melalui GISB telah mendidik para kakitangannya untuk untuk berusaha melayakkan diri menjadi orang-orang yang bertaqwa. Moga-moga dengan mengusahakan taqwa itu, Tuhan datangkan pertolongan sama ada di sudut rohaniah mahupun materialnya. Untuk itu, melalui program-program motivasi, para kakitangannya sentiasa diberikan ilmu dan panduan untu mengusahakan taqwa di bidang masing-masing.

Melalui GISB juga, Abuya Syeikh Ashaari Muhammad sangat berharap, masyarakat Islam dan bukan Islam akan mendapat manafaat yang besar hasil bekerjasama melalui hubungan perniagaan dan khidmat masyarakat.

Moga-moga semua golongan akan mendapat pembelaan dan hiburan dari GISB, sebagaimana yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dahulu. Amin.



3/23/2009 10:57:00 PM

Keputusan Sendiri

Dihantar oleh thoyyibah

Dah lama fikir tentang jawatan-jawatan Majlis Perwakilan Pelajar yg duk kosong lagi tu..jelas ada rasa berbelah bahagi. tentang cakap2 org tu dh tak jadi satu perkara utama yg nk difikirkan.. Cuma dalam hati ni berat kata mungkin ada kerja lagi yg aku belum selesaikan... Tapi ni la pyh bila dh ada masa "berehat" ni.. momentum nk buat kerja tu lambat nak datang. orang kata, dh seronok rehat, pyh dh nak mula kerja balik.. tambah dengan praktikum yang dah mula.. risau kalau duk kejar bertanding dlm MPP dan kalau diizinkan menang, ada kerja lain yg terabai..

Hari ni pergi ke pejabat HEP..baru satu borang pencalonan daripada Syakilawani (PISMP cohort 5) yang dh diterima..Harap sangat ada lagi calon2 yang akan muncul lepas ni.. dalam duk ragu2 sama ada nk bertanding ke x ni, tgk gak gelagat guru-guru pelatih IPGM-KBA ni..nmpk mmg ada yg berpotensi untuk memimpin..dan mmg ramai pun..cuma xpasti sama ada mereka ni tergerak hati ke x nk bertanding..

Dan buat sesiapa yang berhajat bertanding, teruskanlah niat murni anda.. Tapi jangan sesekali anggap jawatan MPP satu amanah yang mudah. Kerana ketika anda memegang amanah tersebut, bukan nama atau populariti yang perlu diimpi-impikan, tapi pengorbanan keringat, masa dan akal yang perlu dipertaruhkan.. MPP xmenjanjikan anda mendapat pujian melangit, bahkan ia menyajikan tekanan & kekusutan yang anda perlu leraikan.. Tidak juga menjanjikan angan-angan yang indah, tapi suatu hari nanti akan ada kepuasan apabila anda melihat kejayaan atas sesuatu yang telah anda usahakan biarpun tanpa disedari oleh sahabat dan taulan..

Aku masih berkira-kira lagi..semoga Allah memberi gerak hati yang dapat membantuku membuat keputusan yang tidak merugikan sesiapa.. Aku selalu berpegang pada kata "If u want something, u have to sacrifice something..." Aku tahu apa yang aku perlu korbankan jika aku ingin terus memegang amanah tersebut, dan sebaliknya.. mungkin ak masih memerlukan masa utk berfikir lagi...

3/22/2009 07:21:00 PM

"Tidurlah" dengan tenang wahai Nendaku..

Dihantar oleh thoyyibah


Allahyarhamah Hjh Aripah bt. Hj. Mohd. Yasin adalah anak sulung daripada isteri pertama Kiyai Yasin. Pada 8/3/09 jam 3.20ptg, Malaikat Maut telah menceraikan roh daripada jasadmu berdasarkan takdir yang telah Allah tetapkan.di Luh Mahfuz. Nikmat usia yang Allah berikan kepadamu menjangkau 76tahun. Namun bagi kami, cucu-cucumu, terasa masa itu terlalu suntuk. Mungkin inilah ragam manusia. Ketika memiliki, jarang sekali ingin mensyukuri. Dan ketika ia hilang, ketika itulah baru tercari-cari.

Aku melihat saat kau di ambang sakaratul maut. Ibuku (anak kepada arwah), mak su dan saudara mara tidak henti-henti membisikkan kalimah Allah di telingamu. Walaupun suaramu garau kerana keperitan sakit di bahagian tekak, tapi nada nafasmu sealunan dengan nama Allah yang dibisikkan. Aku tidak dapat bayangkan apa yang sedang kau pertarungkan dan hadapi ketika saat-saat genting itu. Tetapi mulutku terkumat-kamit mendoakan agar Allah mempermudahkan jalan untuk kau bertemuNya. Setelah bertarung hampir sejam, kau akhirnya pergi dengan wajah yang tenang.. Kau seakan tidur lena selepas berhempas pulas mempersiapkan bekalan untuk menemui Pencipta..


Setelah jasadmu dimandikan, ku labuhkan kucupanku di dahi sucimu. Terdetik kerisauan di hati, adakah "kekotoran"ku akan mencemarkan dahimu yang selalu lekat di sejadah...? Adakah layak untuk cucumu ini menyentuh telapak kaki mu yang sering membawa jasadmu ke Rumah Allah...? (Ampunilah segala ketelanjuranku Ya Allah....)

Sekali lagi Allah ingin menunjukkan betapa mulianya dirimu. Pada hari dikau dikebumikan, seluruh alam seakan turut menangisi pemergianmu.. Hujan lebat membasahi bumi Kampung Sg. Batang sejak awal pagi lagi.. Ibuku memberitahu, tatkala air bergenang di seluruh kawasan perkuburan dek kerana hujan yang turun semahu-mahunya, ketika jenazah diusung di atas bahu-bahu mereka yang memikul, tanah yang dipijak seakan tanah sawah (bendang) yang agak lembut, Namun.......... liang lahadmu kering menanti kehadiran hamba Allah yang taat ini... Subhanallah...

Kini kau telah pergi menyambut seruan Ilahi. Tiada siapa mampu menghalang ketentuan ini. Pergilah wahai nendaku ke alam yang kekal abadi. Semoga di sana dikau diselubungi cahaya lantaran amalan tahajjudmu yang tidak putus-putus. Dan sikapmu yang tidak pernah menyusahkan orang sekeliling ketika hidup menyebabkan jasadmu mudah diurus dan tidak memberi kesusahan dan keberatan kepada sesiapa.. Kau menerima pengakhiran hidup yang mulia. Semoga kau tergolong dalam golongan orang-orang berada dalam rahmat dan kasihNya.. Ameen...

3/05/2009 10:06:00 PM

Pengalaman di BAM, MSN & PHM

Dihantar oleh thoyyibah

Entri kali ini agak santai.. sekadar berkongsi pengalaman semasa melaksanakan tugasan utk subjek Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani & Sukan.. Pada 23/2/09 kumpulan saya telah pergi ke pejabat Persatuan Badminton Malaysia(BAM) di Stadium Juara, Bukit Kiara.. kami b'temu dengan pegawai eksekutif nya untuk mengetahui tentang hal2 pentadbiran dsb..


Sempat juga melihat pemain-pemain BAM berlatih.. Rexy(jurulatih beregu negara) bersama anak2 buahnya..

Dan pada 4/3/09 kami pergi ke Majlis Sukan Negara (MSN). Selepas mendengar taklimat daripada Bahagian Media MSN, kami dibawa meninjau kawasan MSN. Antara atlet yang sempat kami temui ialah, Pemanah Negara, Saudara Marbawi yang mewakili negara untuk Sukan Olimpik.

Adeh..Marbawi xpandang kamera la pulak...

My class wif Saudara Muhammad Marbawi Sulaiman (Pemanah Negara)

Dan kami juga berpeluang untuk menembak menggunakan air-riffle dalam jarak 10 meter dengan tunjuk ajar drpd pegawai yang bertugas..

Bismillahirrahmannirrahiimm... Cuba membidik dgn tenang sambil menahan nafas........
Dan inilah hasilnya................................... My 1st shot..not bad..hehe...

Wif Nurul Huda Baharin, bekas penembak negara. (penyumbang pingat emas Komenwel 1998)


Selepas itu kami bergerak pula ke Stadium Hoki Nasional untuk bertemu dengan Setiausaha Kehormat, Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), En. Hashim Mohamed Yusoff (gambar bawah).



Dalam leka mendengar taklimat dan penerangan daripada En. Hashim,saya terpandang satu kata-kata hikmah yang tertulis di white board beliau yang berbunyi "Kuasa jahat akan bermaharajalela apabila orang baik berdiam diri.." Mungkin kata-kata ini menjadi peringatan kepada beliau.. Saya juga agak terkesan dengan kata-kata ini.. Adakala kita tidak boleh berdiam diri sahaja dengan alasan tidak mahu memburukkan keadaan dalam sesuatu situasi, kerana sikap berdiam diri itu akan lebih memburukkan keadaan jika yang membuat onar bersikap melampaui batas..hmm...

Pada jam 5.30ptg kami bergerak pulang ke IPGM-KBA..

3/03/2009 12:00:00 AM

Antara kekejaman Yahudi dan pengkhianatan pemimpin Arab

Dihantar oleh thoyyibah

Biasanya apabila berlaku kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin, seluruh dunia akan berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara kuasa besar dunia yang lain.

Berbeza dalam isu terkini yang berlaku di Gaza. Sebagai membantah kekejaman ini, umat Islam di negara-negara Arab bukan sahaja berdemonstrasi di hadapan kedutaan Israel dan Amerika Syarikat, tetapi mereka berhimpun di hadapan kedutaan Mesir dengan melaungkan slogan yang mengecam pemimpin Mesir, Jordan, Arab Saudi dan lain-lain.

Kalau dahulu, mereka melaungkan slogan, "Khaibar, khaibar ya yahud, jaizyu Muhammad saufa ya'ud," kini mereka menukarkannya kepada slogan baru, "Khaibar, khaibar ya yahud, Mubarak 'aduwwullah!".

Kenapa marah sangat umat Arab kepada pemimpin-pemimpin Arab? Kalaupun pemimpin Arab itu jahat, bukankah Yahudi lebih jahat. Yahudi yang bunuh umat Islam Palestin. Yahudi yang rampas tanah orang Islam Palestin. Yahudi yang tabur bom ke atas bumi Gaza.

Orang-orang Arab kata, "Ya, memang Yahudi yang bunuh umat Islam. Memang Yahudi yang hancurkan bumi Gaza. Tetapi mereka tidak akan berani berbuat demikian jika tidak mendapat isyarat daripada pemimpin-pemimpin Arab."

"Ini bukan kali pertama. Dahulu ketika tentera Mesir hampir menang menentang tentera Yahudi (1938) selepas dibantu oleh ahli-ahli gerakan Ikhwanul Muslimin, pemimpin Mesir merasa bimbang. Mereka bimbang kemenangan ini akan membuatkan gerakan Islam jadi kuat dan mengancam kedudukan mereka di tampuk kuasa."

"Tentera Mesir dikerah pulang. Orang Ikhwan juga diperintah balik. Bila sampai di Kaherah, mereka ditangkap beramai-ramai dan disiksa di dalam penjara Mesir (bukan penjara Israel). Hasan Al Banna yang mengepalai mujahidin Mesir dibunuh di Syari' Ramsis."


GAMBAR : Hosni Mubarak bersama bekas Presiden Amerika, Bush.

"Hari ini peristiwa yang sama berulang. Hamas mendapat sokongan majoriti rakyat. Pemimpin Mesir dan pemimpin-pemimpin sekular negara-negara Arab sedar bahawa Hamas adalah gerakan Islam. Sedangkan Fatah sekular. Kalau dibiarkan Hamas menang di Palestin, bermakna ideologi sekular pemimpin Arab juga bakal menemui kehancuran. Maka mereka cuba memberi jalan seluasnya kepada Israel untuk menghancurkan Hamas." Malah Presiden Mesir, Hosni Mubarak ketika bertemu dengan para pegawai Uni Eropah, menyatakan “Hamas tidak boleh menang dalam perang melawan Israel”.

Soviet Union 'balik kampung'.

"Biar bumi Palestin hancur. Biar umat Islam habis terbunuh. Demi untuk melihat Hamas tidak lagi berkuasa di Palestin. Inilah pegangan pemimpin-pemimpin Arab."
Pandangan majoriti rakyat Arab ini ada benarnya. Umat Islam Palestin tidak mendapat bekalan senjata mahupun makanan dan perubatan dari negara-negara sebangsa dan seagama dengan mereka. Pintu sempadan di tutup.

Pada tahun 2002, empat orang pejuang Palestin ditembak mati oleh tentera Jordan (Arab/Islam) di sempadan Palestin-Jordan kerana cuba membawa masuk bantuan dari Jordan ke Palestin. Bukan tentera Israel yang tembak mereka. Tetapi tentera Jordan! Tentera Israel yang berada di sebelah sana hanya memerhatikan dari jauh sambil tersenyum.

Begitu juga dengan sempadan Palestin-Mesir. Ia ditutup rapat sejak sekian lama. Apabila tentera Yahudi undur dari Rafah/Gaza dua tiga tahun lalu, rakyat Palestin cuba meruntuhkan tembok sempadan. Namun kemudiannya dibina kembali oleh Mesir. Seolah-olah Mesir sengaja mengurung rakyat Palestin untuk diratah oleh Yahudi.
Tidak ada apa yang boleh disalurkan ke Palestin menerusi sempadan negara-negara Arab. Justeru, tidak hairanlah kita melihat di dalam TV bagaimana umat Islam Palestin terpaksa menghadapi serangan kereta kebal Israel dengan hanya melontar batu ke arah mereka.

Pejuang-pejuang dari negara umat Islam juga tidak dapat masuk ke Palestin untuk sama-sama berjuang membantu saudara seagama mereka di Palestin. Mereka hanya mampu berdoa dari jauh.

Ingatkah saudara kepada peristiwa di Afghanistan pada tahun 1979. Apabila Soviet Union menceroboh bumi Afghan, umat Islam bangun menentang. Cantiknya, beberapa tahun kemudian, Pakistan yang dipimpin oleh Jeneral Zia ul Haq membuka pintu sempadan. Peluang ini lantas direbut oleh umat Islam dari pelbagai negara untuk pergi ke Afghanistan, dengan membawa bantuan kewangan, senjata, makanan dan sebagainya bagi membantu umat islam Afghan.

Muncullah nama-nama pejuang seperti Dr Abdullah Azam (dari Palestin), Syeikh Tamim Al Adnani, Syeikh Usamah bin Laden (dari Arab Saudi), Dr Abd Majid Zandani (dari Yaman), Aiman Az Zawahiri (dari Mesir) dan lain-lain pejuang yang sangat dikagumi oleh rakyat Afghan. Hasilnya, Soviet Union bukan sahaja terpaksa balik kampung dengan sungguh menghinakan, bahkan kerajaan negara berkenaan tumbang tanpa perlu mujahidin menyerang. Mereka kalah di Kabul, mereka tumbang di Moskow.
Dengan kemenangan itu juga, satu demi satu negara jajahan mengisytiharkan diri keluar dari kesatuan USSR. Yang tinggal hanya Russia sahaja.

Penulis berpandangan, andai kata sempadan Palestin dengan negara-negara Arab (Mesir, Jordan, Lubnan dan Syria) dibuka, insya Allah bukan sahaja Israel yang akan kalah. Bahkan Amerika Syarikat juga akan hancur.

Aris Hazlan Ismail