Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

10/25/2010 11:22:00 PM

SMK Petaling: Program Quantum Ilahiyah

Dihantar oleh thoyyibah

Syukur ke hadrat Ilahi atas segala kesempatan dan peluang yang diberi. Baru-baru ini saya dibukakan peluang untuk terlibat mengendalikan Program Quantum Ilahiyah yang dikepalai oleh Ustaz Ahmad Zulkarnain (Ustaz Zul). Melalui status di profil Facebook beliau yang meminta bantuan untuk mengendalikan program tersebut, saya dengan besar hati menawarkan diri untuk membantu beliau.

Ustaz Zul meluangkan sedikit masa beberapa hari sebelum program untuk memberi sedikit taklimat kepada saya tentang modul program yang beliau gunakan. Modul Quantum Ilahiyah. Pertama kali saya mendengar nama program tersebut. Beliau juga turut membekalkan modul penuh yang telah dijalankan di INTEC beberapa bulan lepas. Dalam mentelaah modul tersebut, saya nampak betapa kuatnya asas modul ini. 3W (Life for a place of Worship, Wealth & Warfare)


Kombinasi ZIKR, PIKR dan MIKR kelihatan sangat mantap. Walaupun pada awalnya saya melihat modul tersebut seperti terlalu padat, namun selepas melalui sendiri pengalaman bersama-sama dalam program tersebut, saya dapat melihat dengan jelas perkaitan-perkaitan yang diwujudkan.

Untuk program di SMK Petaling (melibatkan pelajar tingkatan 1 - 3, seramai 78 orang), saya membantu untuk menjaga slide persembahan sepanjang program. Jadi saya perlu meneliti terlebih dahulu slides yang ada supaya saya hanya menekan slide yang ingin dibincangkan oleh Ustaz Zul.

Pendekatan yang digunakan sangat technology oriented. Saya mengawal muzik latar sepanjang masa di samping slide video dan gambar. Para peserta kelihatan segar dan aktif. Malah apabila ada kelibat kebosanan di wajah peserta, cepat sahaja Ustaz Zul membuat aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Saya yakin, pengurusan kumpulan seperti ini tak mungkin berjaya sekiranya Ustaz Zul kurang mempunyai pengalaman menguruskan pelbagai karenah peserta. Jadi saya berazam untuk mempelajari kemahiran tersebut daripada beliau. sekurang-kurangnya saya dapat menggunakan kemahiran ini untuk menguruskan kelas apabila posting kelak. inshaAllah, saya akan sentiasa juga mencari peluang untuk menyertai program ini di masa akan datang...

kredit gambar: Ustaz Zul


Slot Pertama: Kenali Anda, Kenali Saya

Berkerut-kerut dahi saya cuba memahami apa yang diterangkan oleh Ustaz Zul


Hari ke-2: Aktiviti KONSISTEN

Aktiviti First Impression




aktitiviti "Kapal Terbang"

bekerjasama membina kapal terbang masing-masing

dan...inilah hasilnya...


warden asrama diberi penghormatan untuk "menerbangkan" kapal terbang yang dibina


khusyuk menonton tayangan video



Ustaz Ahmad Zulkarnain


Fasilitator

tempat berlangsungnya program


wajah-wajah ceria peserta bersama Ustaz Zul

10/21/2010 07:08:00 PM

Mengenal Potensi Diri

Dihantar oleh thoyyibah

Sudah banyak orang yang memperkatakan tentang rahsia tarikh lahir dalam melihat siapa kita. Banyak kajian yang telah dibuat bagi membuktikan perkaitan antara tarikh lahir dengan karekter dan personaliti seseorang individu. Malah Dato' Dr. Fadzillah Kamsah juga turut membuat kajian-kajian yang seumpama dengannya. Kajian beliau tiada kena mengena dengan meramal apa yang bakal terjadi pada seseorang pada masa hadapan atau biasa dipanggil meramal nasib.

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak menjadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada. Contoh: 12 April 1974, 12 + 4 + 1974 = 1990, 1 + 9 + 9 + 0 = 19, 1 + 9 = 10, 1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)






No (1) Ketulenan

Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau bos. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynonal Judd Nancy, Reagan, Requel Welach


No. (2) Pendamai

Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup;tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar ntuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.


No. (3) Ceria

Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster


No. (4) Konsevatif

Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan


No. (5) Perintis

Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm) . Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.


No. (6) Romantik

Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn


No. (7) Intelektual

Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana


No. (8) Penyelesaian

Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Mohd Anuar Jaafar Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin,Nostrodamus.


No. (9) Pelakon

Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley