Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

6/22/2009 01:49:00 AM

Citra Guru Sabah '09 (1)

Dihantar oleh thoyyibah

Alhamdulillah.. segalanya telah selesai di Sabah. Program Citra Guru yang dirancang bukan seminggu, bukan sebulan, tapi memakan masa 2 tahun akhirnya berjaya direalisasikan. Semua ini berkat usaha semua pihak terutamanya penglibatan secara langsung daripada peserta (25 orang) yang tidak lokek mengeluarkan pelaburan mereka sendiri terhadap program ini. Keyakinan mereka kepada saya untuk menjadi orang perantara antara peserta dan HEP serta IPGM-KBA membuatkan saya terharu. Tanpa sokongan daripada semua peserta, tidak mungkin program ini dapat dijayakan.

Orang-orang kuat sepert En. Tahir Zaman, En. Arus, Ustaz Amiyamin dan Ustaz Zaradi yang menjadi nadi penggerak juga sentiasa menyumbang dan membantu untuk berhubung dengan pihak-pihak atasan dalam usaha menjamin program ini mempunyai kolaborasi dengan pihak seperti daripada Bahagian Pendidikan Guru Sabah, SK Kundasang dan pihak Kinabalu Park. Terima kasih saya ucapkan kepada mereka.

Daripada IPGM-KBA ke Sabah

HARI PERTAMA: Di sinilah tempatnya

Hari demi hari di Sabah kami lalui dengan penuh ceria mengikut jadual aktivti yang telah disusun. Pada hari pertama, semua peserta yang bergerak daripada LCCT ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu disambut oleh En. Hasnan, pemandu daripada IPGM Gaya yang membawa kami bertandang ke IPG beliau. Lagaknya seperti pemandu pelancong petah menerangkan kepada kami jalan-jalan serta tempat yang kami lalui. Hari ini kami sekadar merehatkan diri dan bersiar-siar di sekitar Kota Kinabalu sambil menunggu kumpulan terakhir yang selamat tiba di Sabah sekitar jam 9 malam.

Ketika makan, kami terserempak dengan bekas guru pelatih IPGM-KBA, Abang Faisal yang telah setahun mengajar di kawasa pedalaman Sabah. Abg Faisal telah membayar semua makanan kami. Ada pula yang memerli, “Amboi.. banyaknya duit..” kemudian dibalas bersahaja oleh abg faisal, “Aku dah setahun kaya dah”. Berderai tawa kami… Sememangnya banyak elaun yang disediakan untuk guru-guru yang dihantar ke seberang laut dan ditambah pula dengan elaun pedalaman sebagai imbalan terhadap kesusahan yang terpaksa mereka lalui di sana. Pada jam 11 malam kami mengadakan mesyuarat bersama En. Tahir selama sejam sebelum kami masuk berehat di kamar masing-masing.

beristirehat dalam shopping mall di Karamunsing.


HARI KEDUA : Pesta Kaamatan

Pada perancangan awal, kami sepatutnya berada di SK Kundasang untuk Program Khidmat Masyarakat. Tetapi disebabkan tarikh tersebut (31 Mei 2009) jatuh pada hari Sambutan Pesta Kaamatan, jadi program di sekolah tidak dapat diteruskan kerana ia merupakan cuti umum. Jadi kami mengambil kesempatan untuk melihat sendiri perayaan tersebut di Kadazan Dusun Cultural Association (KDCA), Penampang. Bermula daripada hari ini juga, bas daripada IPGM-Keningau menjadi pengangkutan utama kami sepanjang program citra guru ini berjalan.

Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kundasang untuk bermalam di Homestay Walai Tokou, Kampung Sinisian. Dalam perjalanan, sempat juga menyinggah ke beberapa tempat.

Jambatan Tamparuli

Gunung Kinabalu dilitupi awan

my team

Keluarga angkat di Homestay Walai Tokou, Kundasang

Pemandangan Gunung Kinabalu daripada rumah




HARI KETIGA : Khidmat Masyarakat SK Kundasang

Program menabur bakti di bumi SK Kundasang dimulakan dengan sesi motivasi, disusuli dengan Slot Mari Belajar I (Bahasa Melayu) dan Slot Mari Belajar II (Bahasa Inggeris) diakhiri dengan Majlis Penutup yang ringkas.


Di sebelah petang, kami semua menjalani latihan kecergasan sebagai persediaan terakhir untuk ekspedisi Gunung Kinabalu keesokkan harinya.

3 Komen:

Nurzahira said...

ib npe gmba yg ko amek byk x cun...kn ade lg gmba len yg cntik...sian aku n dha...gmba tutup mata..huhu

adyri said...

Tahniah dpt naik puncak. Mmg mencbr bg sesiapa yang tidak biasa mendaki gunung. Cabaran Gunung Kinabalu berbanding gng y lain adalah ketinggiannya. Tiada gunung lain y dpt menandinginya di Malaysia. Apa yang pasti lepas trun gng, mesti jalan mengengkang. Huhuhu

I've been there twice.

thoyyibah said...

terima kasih..
memang..tapi bila dh blk rindu nk pegi lagi..
tp xtau la mmpu lg x pasni..

Post a Comment