Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

8/02/2009 10:14:00 AM

Istilah manusia

Dihantar oleh thoyyibah

Sudah terlalu lama saya ingin menulis tentang tajuk ini. Tapi disebabkan kekangan masa dan rasa malas, topik ini telah tertangguh hampir 3 bulan. Jadi sebelum Allah tarik nikmat ingatan ini, hari ini saya cuba luangkan masa untuk menaip sedikit sebanyak maklumat-maklumat yang saya perolehi.

Minda saya mula teruja dengan nama atau gelaran-gelaran saintifik manusia apabila Prof Dato. Dr. Ibrahim Bajunid, bekas pengarah IAB, yang kini bertugas sebagai Pengarah UNESCO-Regional Center For Educational Planning (RCEP), beribu pejabat di UAE, datang ke kampus saya untuk memberikan lontaran akalnya sempena Sambutan Hari Guru '09 peringkat IPGM-KBA. Terlalu banyak ilmu baru yang dicurahkan dalam ucapan beliau yang hampir 2 jam itu. InsyaAllah, entri berikutnya akan saya kongsikan isi ucapan/ceramah beliau pada majlis tersebut.

Untuk entri ini, saya hanya akan fokus kepada tajuk entri yang mana dicetuskan oleh beliau yang sering menggantikan perkataan manusia dengan istilah seperti "homo gramatika", "homo erectus" dan "homo ludens". Terkebil-kebil saya mendengar istilah-istilah ini buat pertama kali. Jadi selepas selesai mendengar ceramah tersebut, terus saya layari jaringan maya untuk mendapatkan senarai dan penjelasan tentang istilah-istilah saintifik ini.

Biasa kita dengar manusia disandarkan dengan gelaran Homo Sapiens. Tetapi sebenarnya, selain daripada istilah ini, banyak lagi sandaran gelaran yang diberikan kepada manusia. Seperti yang telah dinyatakan oleh Socrates, manusia adalah sesuatu realiti yang tidak akan pernah terhurai "unfinished reality". Saya akan cuba senaraikan hasil dapatan saya daripada pelbagai laman sesawang di bawah topik "Falsafah Membaca Manusia".

  1. Homo Sapiens - makhluk yang bijaksana
  2. Homo Volens - makhluk pencari kebenaran
  3. Homo Recentis - makhluk yang peka menerima sesuatu
  4. Homo Erectus - makhluk yang tegak berdiri atas kedua kakinya
  5. Homo Mechanicus - makhluk yang suka membuat alat
  6. Homo Ludens - makhluk yang suka bermain (suka kpd kebebasan dan aktiviti sukarela)
  7. Homo Faber - makhluk bertukang (campuran antara homo mechanicus dan homo ludens)
  8. Homo Mensura - makhluk penilai (campuran antara homo rencentis dan homo volens)
  9. Homo Educandum - makhluk yang berpendidikan (campuran antara homo faber dan homo mensura)
  10. Homo Economicus - makhluk yang senang bertransaksi untuk memenuhi keperluan diri
  11. Homo Socius - makhluk yang memenuhi keperluan sosial
  12. Homo Religiosius - makhluk yang beragama
  13. Homo Viator - rentetan daripada homo religiosius, homo viator ialah makhluk yang ingin mencapai kepuasan kendiri "self actualization" kerana sifat bebasnya akan memberi pilihan.
  14. Homo Concors - makhluk yang bersedia untuk membuat transformasi diri dan adaptasi.
  15. Homo Gramatika - makhluk berbahasa
  16. Homo Necans - makhluk pembunuh, pemangsa dan penyerang
  17. Homo Symbolicum - makhluk yang gemar memberi nama baru dan gelaran
  18. Homo Semioticus - makhluk yang mencari erti pada barang dan situasi sekeliling
  19. Homo Ethicus - makhluk yang membuat penilaian etika
  20. Homo Rasionalis*
  21. Homo Futurus*
  22. Homo Tribalis*
  23. Homo Creator*
  24. Homo Homini*
  25. Homo Oeconomicus*


Istilah yang bertanda * adalah istilah yang saya tidak dapat cari maksudnya secara spesifik. Senarai ini mungkin lebih panjang daripada apa yang saya kongsikan di sini. Ini sekadar apa yang saya perolehi. Dalam Islam sebenarnya telah ada sandaran-sandaran gelaran ini. Dalam Surah Ar Rahman, ayat 4 contohnya, manusia diistilah sebagai "al-bayan" yang bermaksud makhluk yang berbahasa dan mempunyai keindahan seni dalam berbahasa. Ibnu Khaldun pula menyatakan bahawa manusia ialah makhluk berfikir dan bermasyarakat. Jadi cerminlah perilaku anda dan lihat apakah istilah yang sesuai untuk anda.

0 Komen:

Post a Comment