11/05/2009 03:15:00 PM
Menjawab Kesesatan RUFAQA’ Di Dalam AURAD, AL-MAHDI Dan BANI TAMIM
Dihantar oleh thoyyibahSebelum ini ada beberapa entri saya seperti Al-Arqam, Rufaqa' Corporation dan kini Global Ikhwan Sdn. Bdn (GISB) dan Konsep "Bank Tuhan" yang menyentuh tentang pergerakan Al-Arqam atau kini lebih dikenali sebagai Global Ikhwan Sdn. Bhd (GISB). Walaupun kerap kali mereka menegaskan bahawa GISB tiada kena mengena dengan Arqam, tapi hakikatnya, syarikat yang bernakhodakan Abuya Ashaari ini masih berpegang kepada apa yang mereka telah bawa ketika Al-Arqam diharamkan dahulu. Malah pengikut-pengikut Abuya ini terlalu taa'sub dengan pemimpin mereka yang seorang ini dengan pelbagai dakwa dakwi yang mereka utarakan bagi menguatkan hujah menyokong Abuya.
Entri Pautan:
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=324&Itemid=70
http://rufaqa-sesat.blogspot.com/2006/12/kesesatan-buku-abuya-asaari-muhammad.html
http://rufaqa-sesat.blogspot.com/
Entri Pro- Abuya:
http://pemimpinpalingajaib.blogspot.com/2007/09/abuya-ashaari-muhammad-di-umur-satu.html
http://pemimpinpalingajaib.blogspot.com/
http://mcbatistuta.multiply.com/reviews/item/70
Dan akibat dari artikel yang saya telah tulis sebelum ini, ada yang beranggapan saya adalah pengikut dan penyokong kumpulan ini. Saya kurang pasti atas sandaran apa dakwaan ini dikeluarkan. Mungkin mereka tidak membaca dengan teliti entri saya sebelum ini. tak mengapalah.
Di sini saya lampirkan artikel yang telah diberi oleh salah seorang pengunjung blog saya untuk dikongsi kepada pembaca. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau yang telah memberi saya link kepada artikel ini.
MENJAWAB KESESATAN RUFAQA’ DI DALAM AURAD, AL-MAHDI DAN BANI TAMIM
Pada 6 Oktober 1986 Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-17 telah memutuskan bahawa buku ‘Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam, Sekaligus Menjawab Tuduhan’ oleh Asaari Muhammad hendaklah ditahan penyebarannya, kerana ia mengandungi ajaran dan fahaman yang bertentangan dengan syariat Islam dan mengelirukan masyarakat Islam. Dalam buku tersebut antara lain Asaari mengatakan Syeikh Muhammad al-Suhaimi tidak mati dan bakal diutuskan Allah SWT sebagai Imam al-Mahdi.
Buku ini sekaligus membuktikan temberang Asaari dalam satu pertemuan dengan S.S. Mufti Wilayah Persekutuan di Pusat Islam pada 19 Julai 1979. Dalam pertemuan tersebut Asaari menafikan beliau berpegang dengan kepercayaan tersebut, lalu dalam akhbar rasmi keluaran al-Arqam pada Disember 1979 pengakuan Asaari tentang penafian tersebut disiarkan. Namun selepas tujuh tahun menyembunyikan aqidah sesatnya, Asaari membuka pekungnya dengan menegaskan kembali bahawa Syeikh Muhammad al-Suhaimi bakal menjadi Imam al-Mahdi. Ia termaktub dalam buku tersebut di halaman 176-186. Apakah Asaari juga menggunapakai prinsip taqiyyah sebagaimana yang diimani oleh puak Syiah?
Antara perkara pelik yang termaktub di dalam Aurad Muhammadiyah ialah rekaan Asaari dengan menambah lafaz baru selepas dua kalimah syahadah. Asaari dilihat terlalu obses untuk untuk menjadi orang kanan Imam al-Mahdi sehingga sanggup mereka-reka kalimah syahadah yang baru. Lafaznya berbunyi “Muhammad al-Mahdi, khalifah Rasulillah”. Tahukah Asaari bahaya menambah kalimah ini ke dalam lafaz syahadat umat Islam?
Bahaya yang paling besar, penambahan ini menyalahi nas-nas hadith sahih Rasulullah SAW yang meriwayatkan bahawa syahadah itu adalah “aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”. Oleh itu perbuatan Asaari menambah syahadah dengan kalimah yang lain adalah bid’ah munkarah dan ia sama dengan perbuatan Syiah yang menambah kalimah “aku bersaksi Ali waliyullah”. Adakah Asaari dan al-Arqam mengetahui bahawa lafaz kalimah syahadah yang diucapkan oleh umat Islam di seluruh dunia pada hari ini adalah ijma’ para ulama tanpa boleh ditokoktambah lagi. Melainkan sekiranya Asaari cenderung mengikuti mazhab Syiah yang menolak ijma’ tetapi memaksumkan diri para imam mereka. Jika begitu ini bermakna Asaari mengaku dirinya adalah imam yang maksum dan ia sekaligus tiada bezanya dengan golongan Syiah.
Kedua, siapakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Asaari sebagai Imam al-Mahdi sehingga beliau tergamak melanggar ijma’ ummah dengan memasukkan lafaz tambahan di dalam syahadah? Tidak syak lagi, orang yang diisyaratkan oleh Asaari itu ialah Syeikh Muhammad al-Suhaimi yang telah meninggal dunia di Kelang pada tahun 1925 lalu bakal muncul setelah ghaib untuk menjadi Imam al-Mahdi. Alangkah fasadnya pegangan dan pemikiran Asaari sehingga sanggup sekali lagi merobek dan merungkai aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang telah sekian lama bertapak di negara ini hanya kerana ketaksuban untuk menjadi seorang pemimpin suci.
Tahukah Asaari dan pengikutnya, fikrah ghaibat al-imam (imam menyembunyikan diri) ini tidak wujud dalam fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah kecuali Syiah. Malah mereka telah menjadikan kepercayaan kepada al-ghaibah ini sebagai dasar aqidah Syiah. Malangnya selepas kematian imam kesebelas Syiah iaitu Imam al-Hasan al-Askari pada tahun 260H, Syiah masih tertunggu-tunggu kemunculan imamnya yang kedua belas. Syiah lupa bahawa kitab-kitab sejarah telah merakamkan bahawa Imam al-Hasan al-Askari sebenarnya tidak mempunyai anak keturunan. Tetapi kerana ketaksuban Syiah terpaksa mereka-reka cerita kononnya Imam al-Hasan ada meninggalkan anak bernama Muhammad namun telah ghaib ketika berumur empat tahun dan bakal muncul sebagai Imam al-Mahdi di akhir zaman nanti. Walau bagaimana pun sehingga ke hari ini, setelah lebih ribuan tahun, Imam al-Mahdi versi Syiah tersebut masih tetap menyembunyikan diri.
Adakah ini pegangan yang diimani dan diterap oleh Asaari Muhammad kepada pengikutnya? Jika benar, ini bermakna aqidah Asaari lebih dahsyat berbanding dengan aqidah Syiah kerana Syiah menetapkan imam itu hendaklah susur galurnya daripada keturunan imam Alul-Bayt, tetapi ia tidak bagi Asaari Muhammad.
Ketiga, adakah Asaari mengetahui ciri-ciri Imam al-Mahdi sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadith-hadith Rasulullah SAW? Malah persoalan paling utama yang mampu membungkamkan dakwaan Imam al-Mahdi versi Asaari dan Syiah ialah, riwayat-riwayat telah menunjukkan bahawa Imam al-Mahdi itu bukan muncul daripada ghaibnya tetapi ia dilahirkan sebagaimana bayi yang lain jua. Jika Asaari membaca dan mengkaji riwayat-riwayat tersebut tiada suatu pun riwayat yang mengatakan bahawa ia merupakan seorang imam yang ghaib pada asalnya.
Perlu juga difahami bahawa kemunculan Imam al-Mahdi juga berlaku tanpa disedari oleh dirinya sendiri bahawa dia adalah bakal Imam al-Mahdi. Ini berdasarkan hadith Rasulullah SAW: “Imam al-Mahdi itu daripada keturunan kami Alul-Bayt, Allah akan mengislahkannya dalam satu malam”1. Maksud mengislah di sini iaitu Allah SWT akan memberinya persiapan untuk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan-peperangan dalam satu malam. Kemudian al-Mahdi akan dibai’ah di hadapan Ka’bah walaupun beliau sendiri tidak menyukainya2.
Di samping itu, kita juga perlu memahami mengapa Allah SWT sengaja menyembunyikan dari arah manakah sebenarnya akan muncul al-Mahdi. Menurut para ulama yang melakukan pengkajian terhadap riwayat, tiada satu pun dalil kukuh yang boleh mensabitkan dari arah manakah Imam al-Mahdi akan muncul sebelum beliau akan dibai’ah di Ka’bah. Bagaimana pun terdapat tiga pendapat yang diperselisihkan oleh mereka. Pendapat pertama mengatakan Imam al-Mahdi akan keluar dari arah timur sebagaimana disebut oleh Ibnu Kathir3. Kedua, al-Mahdi akan keluar dari arah barat atau maghrib. Ini pandangan Imam al-Qurtubi4. Pendapat ketiga pula mengatakan al-Mahdi berasal daripada penduduk Madinah yang melarikan diri ke Mekah sebagaimana yang disebut dalam sebuah hadith lain, namun dalam sanadnya terdapat beberapa kecacatan5. Melalui perdedahan ringkas di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa ada hikmahnya tempat muncul al-Mahdi itu disembunyikan Allah SWT daripada pengetahuan manusia. Barangkali ia sengaja tidak didedahkan bagi memelihara dan melindungi tempat atau negeri bakal lahirnya Imam al-Mahdi agar ia terhindar daripada segala perancangan dan niat jahat musuh-musuh Islam. Kita sendiri sedia maklum bagaimana golongan zionis yang bertopengkan orientalis sentiasa menjalankan kajian terperinci terhadap sumber-sumber Islam bagi mencari jalan untuk memadamkan perjalanan agama Allah SWT ini.
Nampaknya konsep Imam al-Mahdi yang difahami oleh Ahli Sunnah Wal-Jamaah melalui perkhabaran riwayat-riwayat yang sahih berbeza sekali dengan Imam al-Mahdi versi Asaari Muhammad. Asaari telah sekian lama menobatkan kononnya Imam al- Mahdi adalah Syeikh Muhammad al-Suhaimi. Bahkan Asaari menambah pula kononnya Imam al-Mahdi tersebut telah pun bertemu dengan Rasulullah SAW secara yaqazah bagi menerima aurad di dalam Ka’bah. Sesungguhnya semua ini hanyalah khayalan yang diangan-angankan oleh Asaari untuk mengangkat martabat dirinya di kalangan pengikut. Ini kerana tiada sebarang riwayat pun sama ada sahih atau dhaif, jelas atau kabur yang mengisyaratkan bahawa Imam al-Mahdi itu bernama Muhammad al-Suhaimi yang menerima aurad sebagaimana telahan Asaari.
Setelah memahami kesesatan Asaari menamakan Syeikh Muhammad al-Suhaimi sebagai Imam al-Mahdi. Asaari juga telah melakukan kesesatan yang lain. Asaari sebenarnya telah meletakkan dirinya melampaui Imam al-Mahdi sendiri walaupun Asaari pada awalnya menganggap dirinya hanya sebagai pembantu Imam al-Mahdi. Adakah Asaari sudah lupa apakah tanggungjawab sebenar Imam al-Mahdi? Rasulullah SAW bersabda: “Al-Mahdi berasal daripada keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi dengan kezaliman dan kesemena-menaan, dia akan berada selama tujuh tahun”6.
Ringkasnya, tugas Imam al-Mahdi adalah untuk memakmurkan bumi ini dengan menegakkan keadilan. Ia tiada kena mengena langsung dengan khayalan-khayalan Asaari yang tidak masuk akal termasuk mendakwa dirinya sebagai pemuda Bani Tamim. Terkini Asaari menganggap dirinya sebagai putera Bani Tamim. Tahukah Asaari siapakah Bani Tamim. Dalam sahih Muslim, Rasulullah SAW bersabda: “Mereka iaitu Bani Tamim adalah umatku yang paling kuat menghadapi Dajjal”7.
Ini bermakna komitmen Bani Tamim di akhir zaman nanti adalah untuk berhadapan dengan Dajjal. Tiada sebarang riwayat yang mengatakan bahawa Bani Tamim itu nanti akan menjadi sahibuz zaman, membuat ramalan, jadual tuhan, mujaddid, orang tuhan, menerima wahyu dan lain-lain. Semua ini tidak lain hanyalah tokok tambah daripada Asaari yang tiada kena mengena langsung dengan konsep Bani Tamim yang sebenar. Lebih mengejutkan lagi, lafaz sahibuz zaman yang digunapakai oleh Rufaqa’ pada hari ini, tidak bersumberkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi ia diceduk daripada gelaran Syiah kepada Imam al-Mahdi mereka yang masih ghaib!
Doktrin Asaari yang mendakwa mempunyai hubungan langsung dengan Imam al-Mahdi, Syeikh Muhammad al-Suhaimi juga jelas ditiru daripada fahaman Syiah. Syiah mengatakan bahawa para naib imam mereka mempunyai hubungan langsung yang berterusan dengan Imam-al-Mahdi yang ditunggu-tunggu. Penantian yang berkurun lama menyebabkan ramai di kalangan pengikut Syiah yang membuat dakwaan palsu kononnya mempunyai hubungan langsung dengan Imam al-Mahdi. Semua ini direka oleh Syiah untuk meluluskan al-aqidah al-mahdiyah yang dicipta oleh mereka. Kepercayaan ini wujud di dalam aqidah sama ada Syiah Imam Dua Belas (al-Ithna al-‘Asyriyyah) mahupun Syiah Isma’iliyyah. Apa yang jelas dasar aqidah ini adalah tertegak di atas doktrin batiniyyah yang mengatakan: “Tiap-tiap benda yang zahir itu ada batinnya, dan bagi tiap-tiap ayat yang diturunkan itu ada takwilnya’. Bertitik tolak dari sinilah maka Asaari gemar mengadakan takwilan-takwilan dan ramalan-ramalan batilnya.
Kesimpulannya, Asaari Muhammad telah melakukan kesilapan yang besar dalam aqidahnya. Ia bermula dengan penyelewengan di dalam Aurad Muhammadiyah, salah faham konsep Imam al-Mahdi dan penyalahtafsiran konsep Bani Tamim yang sebenar. Semua ini adalah berpunca daripada kejauhan beliau mengambil agama daripada sumber-sumbernya yang muktamad iaitu al-Qur’an, al-Hadith, Ijma’ ulama dan al-Qiyas.
Wallahu ‘alam.
Cawangan Aqidah Bahagian Penyelidikan JAKIM
Fail pp(appa)
nota:
1 Ini ialah hadith sahih diriwayatkan oleh Ahmad dalam Musnadnya dan Ibnu Majah dalam Sunannya dari Ali r.a. Ia juga disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komentarnya dalam Musnad Ahmad.
2 Ia boleh dilihat melalui athar yang diriwayatkan oleh Nu’aim bin Hammad daripada Abdullah bin Mas’ud dalam kitab al-Fitab,Bab: Berkumpulnya Manusia di Mekah dan Pembai’atan Mereka Terhadap al-Mahdi”, hal. 214.
3 Rujuk kitab al-Fitan Wa al-Malahim tentang fasal: Riwayat tentang al-Mahdi
4 Rujuk kitab al-Tazkirah, Bab “Dari manakah keluarnya al-Mahdi dan tanda-tanda keluarnya”.
5 Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salamah. Riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Tabrani dalam al-Ausat. Al-Haithami berkata dalam kitabnya “Majma’ al-Zawa’id”, para perawinya adalah perawi hadith sahih. Dihasankan oleh Ibnu Qayyim. Akan tetapi menurut al-Albani pada sanadnya terdapat perawi yang dilemahkan oleh lebih daripada seorang ulama hadith.
6 Hadis hasan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Hakim dari Abu Said al-Khudri. Berkata Ibnu Qayyim al- Jauziyyah dalam kitab “al-Mannar al-Munif”: “Sanadnya adalah baik”. Hadis ini dihasankan oleh al-Albani dalam kitab “Takhrijul Misykat” dan “Sahihul Jami’”.
7 Sahih Muslim, hadith no. 2525, Kitab Fadha’il al-Sahabah.

2 Komen:
kalau nak tahu lebih banyak tentang imam mahdi ada kat http://imam-mahdi.zxq.net atau kat http://berita-al-mahdi.blogspot.com
thanks for sharing.. :)
Post a Comment