12/24/2009 07:56:00 PM
Menelusuri Karya Sulung Ustaz Dzul Khairi "50 Kata-Kata Tokoh Berpengaruh"
Dihantar oleh thoyyibahJudul karyanya ialah "50 KATA-KATA TOKOH BERPENGARUH & CERITA DI SEBALIKNYA". Setelah beberapa bulan saya mengintai-ngintai peluang untuk membeli buah tangan Ustaz Dzul ini, akhirnya dapat juga saya miliki karya ini. Ketika saya pergi ke Bangi untuk menghadiri forum Mencari Cinta Sempurna di INSPEN, tanpa saya sangka yang menggantikan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre adalah Ustaz Dzul. Maka apabila selesai forum, saya cuba mencari buku ini di luar dewan seperti mana yang diberitahu oleh pengerusi majlis. Alhamdulillah...kini saya telah habis membacanya.
Secara ringkas saya boleh katakan buku ini yang kelihatan agak nipis, tetapi mempunyai isi yang amat padat. Malah terasa sangat rugi jika kita membaca dengan melangkah-langkathperkataan atau perenggan kerana pada saya setiap perkataan itu, adalah isi kepada buku ini. Sesuai dengan tujuan buku ini dihasilkan adalah untuk pembaca mendapat maklumat yang mudah tentang sejarah Islam dan kehebatan tokoh-tokoh Islam, maka bahasa yang digunakan juga mudah difahami. Pembaca tidak dibebani dengan tarikh-tarikh dan penjelasan yang panjang lebar seperti layaknya sebuah buku sejarah. Tetapi cukup dengan 3, 4 baris ayat, Ustaz Dzul telah memberi pengenalan yang agak jelas kepada setiap tokoh yang ditulisnya. Jadi sekiranya para pembaca menginginkan maklumat lanjut berkenaan tokoh tersebut, maka saya sarankan untuk diri saya dan anda juga membuat bacaan lanjutan.
Cuma mungkin beberapa penambahbaikan boleh dibuat seperti meletakkan daftar kata untuk istilah-istilah arab yang digunakan. Ia dapat memudahkan lagi pembaca yang mempunyai pengetahuan dalam Bahasa Arab yang agak kurang, memahami maksud yang cuba disampaikan.
Membaca buku ini membawa kita mengenali tokoh Islam yang unggul dan ada sesetengahnya kisah mereka kurang didendangkan. Mana tidaknya. Dalam keadaan masyarakat kita yang ralit menghafal, mengikuti dan membaca kisah hidup artis, pemain bola sepak dan selebriti, kisah tokoh-tokoh Islam dahulu seakan dikuburkan dalam kehidupan kita. Alangkah ruginya kita jika mengenepikan tokoh yang telah mengangkat Islam dan menyebarkan haruman kesyumulan Islam ke seantero dunia. Malah setiap kata-kata mereka sebenarnya sangat menusuk kalbu dan menjana motivasi dalaman yang luar biasa. Itulah usaha yang telah ditunjukkan oleh penulis buku ini, Ustaz Mohd Dzul Khairi bin Mohd Noor (gambar).
Melalui buku ini, saya sendiri sebenarnya seperti baru mengenali tokoh-tokoh agung yang dicoretkan kata-kata mereka, lantaran kesibukan atau "buat-buat sibuk" dengan segala urusan dunia yang menyesakkan. Antara tokoh-tokoh yang diketengahkan ialah:
Abu Bakar Al-Siddiq, Umar Al-Khattab, Al-Abbas bin Ubadah bin Nadharah, Al-Miqdad bin 'Amru, Ummu Aiman, Saad bin Abi Waqqas, Saad bin al-Rabi', Abu Dujanah, Abdullah bin Rawahah, Abdullah bin Huzafah, Abu Ubaidah al-Jarrah, Khalid al-Walid, Panglima al-Muthanna bin al-Harithah al-Syaibani, Asim bin 'Amru, al Zubair bin al-Awwam, Abu Mihjan al-Thaqafi, Ibrahim al-Harbi, Junaid al-Baghdadi, Umar bin Abdul Aziz, Tariq bin Ziyad, Gabenor Syarifuddin Barghisy, Nuruddin Mahmud al-Zanki, Ibnu Taimiyah, Hassab al-Banna, Sir Iqbal dan sebagainya.
Penulis yang menggali kisah di sebalik kata-kata tokoh ini berjaya meruntun hati saya dengan semangat jihad yang terpancar dalam diri tokoh-tokoh Islam. Beberapa kali perasaan hiba menyerang hati saya tatkala menyedari betapa kecilnya jiwa ini jika dibandingkan dengan mereka. Malah sebenarnya tidak boleh dan tidak layak langsung rasanya untuk saya membuat perbandingan tersebut. Semoga syurga Allah sahajalah yang layak buat membalas semangat juang, keperwiraan, karisma dan ketokohan mereka.
Kepada sahabat-sahabat yang tercari-cari buku motivasi yang sekaligus mendekatkan lagi diri kita dengan kisah silam tokoh Islam, maka buku ini amat sesuai untuk anda. Tahniah saya ucapkan kepada Ustaz Dzul di atas terbitnya karya sulung ini. Saya ternanti-nanti pula karya seterusnya daripada beliau. Dan rasanya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan tahniah di atas "masjid" yang beliau baru sahaja beliau bina bersama isteri pada 29 November yang lalu. Semoga bahagia di dunia dan di akhirat.

0 Komen:
Post a Comment