Akhirnya...... saat ini dengan rasminya saya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPG KBA sesi 2009 bersama barisan exco yang lain. Alhamdulillah... segalanya telah selesai dengan Majlis Pembubaran MPP hari ini. Setelah berkhidmat selama 3 penggal dalam MPP, (sesi 2007, 2008 & 2009) dan merasai 3 pucuk pimpinan yang berbeza, sangat banyak yang saya pelajari. Bermula dengan jawatan Exco Kerohanian (2007), Exco Akademik (2008), Pemangku Setiausaha Kehormat (awal 2009) dan diakhiri dengan jawatan Naib Yang Dipertua (1). Jika ingin dicoretkan di sini setiap pengalaman tersebut, mungkin entri kali ini akan menjadi esei yang berjela-jela panjangnya. Jadi cukuplah sekadar saya mengatakan, MPP memberi suatu pengalaman yang sangat istimewa dan mematang minda saya.
Jika anda berminat untuk mengasah bakat kepimpinan anda, masuklah bertanding sebagai calon MPP. Kalah dan menang itu adalah isu kedua kerana apabila anda meletakkan diri anda sebagai calon dalam sesi pemilihan yang akan datang, di situ sebenarnya anda telah menang melawan rasa malu dan rendah diri yang bersarang dalam diri. Mungkin ada yang beralasan ingin fokus kepada pelajaran dan sebagainya. Kita harus sedar, bila mana kita berada di sekolah nanti, tugas kita bukanlah hanya mengajar A,B,C... dan 1,2,3... Tapi, kitalah kerani, kitalah ketua panitia, kitalah guru kelas, kitalah S/U Agung PIBG dan bermacam-macam lagi "kelebihan" yang akan kita terima apabila sampai sahaja di sekolah dengan gelaran guru baru. Jadi, jika kita tidak membiasakan diri memegang amanah dan tidak belajar bagaimana untuk mengendalikan setiap tanggungjawab yang diberikan, maka terkapai-kapailah kita bila berada alam perguruan nanti.
Saya akui, seperti mana yang telah saya kongsikan dalam entri terdahulu, MPP bukanlah organisasi yang menjanjikan pengalaman yang manis sahaja untuk anda lalui. Terlalu banyak yang pahit dan yang perit. Namun biasanya ia memberikan kepuasan apabila anda berjaya melaksanakan program-program untuk pelajar yang telah dirancang dengan segala susah payah. Biasa juga sebenarnya kerja yang anda lakukan tidak mendapat sebarang penghargaan. Malah rasanya, anda akan lebih banyak menerima kritikan daripada pujian. Tapi di situ ada kebaikannya... Dengan kritikan kita belajar untuk menyerap tekanan dengan minda yang positif. Dengan kritikan juga, kita tidak akan berada dalam zon selesa yang menyebabkan kita alpa dengan amanah yang telah sedia ada. Tanpa pujian dan penghargaan pula, kita akan belajar untuk berkhidmat dan menjalankan tugas dengan seikhlasnya tanpa perlu ditayang-tayang kepada orang lain. Biarlah Allah sahaja yang menimbang segala yang kita telah lakukan itu.
Nasihat saya bagi yang masih belum pernah terjun dalam bidang kepimpinan ini, ambillah peluang yang ada di hadapan anda dan manfaatkan sebaiknya. Bila mana anda berada di luar organisasi ini, anda akan hanya tahu mengkritik dan menunding jari kepada orang lain. Malah lebih dari itu, anda akan bersuara lantang menyalahkan orang lain yang berjawatan yang anda sangka tidak pandai buat kerja. Tetapi, setelah anda bergiat dalam dunia kepimpinan, anda akan tahu jerit perih, dan jatuh bangunnya sebuah organisasi itu. Anda juga akan faham betapa dalam apa jua bidang dan perkara yang anda ingin laksanakan, anda perlu menurut birokrasi dan protokolnya. Ia adalah karenah dalam sistem yang telah sedia ada. Jika anda rasa anda mampu menghapuskan sistem birokrasi tersebut, dan menjadi perantara terbaik antara pensyarah & pentadbir dengan pelajar maka saya dengan segala hormatnya mempersilakan anda untuk bertanding. InsyaAllah... dengan segala pengalaman yang anda timba, ia akan menjadikan anda insan yang lebih berguna dan mampu melukiskan senyuman di wajah insan lain.
Maaf juga saya pohon kepada seluruh warga IPG KBA jika selama saya berkhidmat terlalu banyak perkara yang saya lakukan tidak memenuhi kehendak dan hasrat saudara dan saudari semua. Ketahuilah saya juga insan biasa yang sering sahaja melakukan onar dan cela. Harap dimaafkan segala kekurangan saya. Juga, selamat bertanding saya ucapkan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat pada pilihanraya MPP yang akan datang. Jika ada perkara-perkara yang ingin anda kongsi atau tanya, saya sedia juga untuk berkongsi dengan anda. Jika anda memerlukan contoh-contoh kertas kerja, anda boleh sahaja klik di link yang telah saya sediakan di blog ini. Semoga kita semua dapat menjadi guru yang dinamik dan berkarisma hendaknya... ameen...

4 Komen:
Salute to kak Ib..
antara ahli MPP yg terbaik n plg komited dlm menjalankan tugas..
akak mmg xnak bertanding da eh??
mantan exco MPP IPBA 07/08
hehe..cukup2 la azar..
bagi la kt org lain plak..
akk skrg dh pk psl sekolah n MQA je..xpk lain dh.. :)
azar jugak exco yg berkaliber jugak...skrg kn kita dh ada kad matrik yang thn lasak.. pastu skrg kt hostel dh ada siaraya.. sape yg mulakan sume tu??hehe...
malu sy sbgai orng baru dgn akak...
tak perlu malu..
sebelum akak jadi orang lama, akak juga org baru..
inshaAllah..kita belajar banyak daripada pengalaman..
semoga kita jadi insan HEBAT!
Post a Comment