"Kamu nak keluar nanti jadi guru dengan gaji SPM??" kami dikejutkan dengan soalan oleh pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu. Mereka datang ke kampus kami untuk membuat Pra-Audit MQF (Malaysia Qualification's Framework). Soalan sinis yang dilontarkan ketika beliau membuat sesi interbiu berkumpulan sangat memberi tekanan kepada kami. Mana mungkin saya dan sahabat seangkatan sanggup memperoleh gaji setaraf SPM selepas 5 tahun setengah kami "disekolahkan" di IPG. Bukan tidak bersyukur dengan gaji dan status yang dinyatakan tadi, jauh sekali ingin merendah-rendahkan mereka yang bekerja dengan kelulusan tersebut. Tapi dalam situasi kami yang matlamat belajarnya ingin mendapat segulung ijazah perguruan, kami akan tertunduk malu jika ijazah tersebut tidak diiktiraf dan akhirnya pulang ke pangkuan keluarga tidak seperti yang mereka harapkan. Seperti kata sahabat saya, Shafiq "Orang-orang kampung dah tahu nak jadi guru berijazah ni!"Bayangkan betapa kecewanya kami nanti...
Tambahan pula, IPG-KBA @ IPBA, dijadikan tempat untuk audit bagi kursus Kajian Sosial. Selain IPBA, IPG-Kampus Sultan Mizan (IPSM), Terangganu dan IPG-Kampus Pendidikan Islam (IPIS), Bangi turut menawarkan kursus Kajian Sosial. Jadi, sebagai wakil kepada kumpulan kursus ini, kami menjadi penentu sama ada sahabat-sahabat di kedua-dua kampus tersebut yang mengambil kursus yang sama mendapat pengiktirafan ijazah atau sebaliknya. Maksudnya, kami di IPBA, TIDAK BOLEH GAGAL dalam audit tersebut, kerana implikasinya terlalu besar. Inilah hakikat yang kami terpaksa telan bila menjadi anak sulung bakal guru-guru berijazah kepada IPG. Setiap sistem yang ada masih baru, dan kami perlu berdepan dengan pelbagai kekurangan dalam segala aspek.
Sesi Interbiu Berkumpulan
Pulang sahaja ke asrama, pada hari yang sama, saya mendapat mesej daripada salah seorang pensyarah saya. Sebahagian mesej tersebut berbunyi: "Berdasarkan jawapan student (dalam sesi interbiu), IPBA gagal MQA." Saya dapat agak perkara ini. Memang kami belum cukup bersedia dengan interbiu tersebut. Bila ditanyakan "Apakah topik pertama yang dipelajari dalam mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak?" Mata saya terkebil-kebil. Sangat susah untuk mengingat kembali susunan tajuk dalam subjek yang telah pelajari 3 tahun lepas... Dan bila diajukan soalan "Apakah yang kamu pelajari dalam subjek PSS 3102?" Aduh... selama ini kami tidak pernah ambil peduli pun tentang kod mata pelajaran. Tak mungkin kami dapat menjawab soalan tersebut jika kami tidak tahu apakah subjeknya! Jadi, tidak hairanlah jika kami semua gagal dalam sesi interbiu tersebut.
Sebagai mengatasi masalah ini, kami telah diberi buku panduan kursus yang sepatutnya diberi ketika kami foundation. Pensyarah penyelaras kami memberitahu ada pihak yang terlepas pandang terhadap pengagihan buku tersebut kepada kami supaya kami mengetahui kandungan keseluruhan program ini. Tak mengapalah. Mungkin jika kami telah ada buku panduan tersebut daripada awal pun belum tentu kami betul-betul serius untuk menghafal dan memahami isi kandungannya. InshaAllah, kami masih punya masa untuk menghadam segala isi kandungannya dalam masa sebulan ini sebelum audit MQF sebenar dijalankan. Semoga Allah memudahkan pemahaman kami...
Rentetan daripada pra-audit tersebut, setiap ahli kelas kami merasakan diri masing-masing bertanggungjawab untuk memberi. Memberi dalam erti kata menyumbangkan tenaga selama beberapa hari untuk membuat penambahbaikan dalam masalah yang sangat ketara, iaitu dokumentasi. Kecuali bagi mata pelajaran Elektif 2, iaitu subjek-subjek berkaitan Bahasa Inggeris yang telah kami siapkan pada setiap semester, semua subjek lain perlu kami dokumentasikan termasuk aktiviti kokurikulum dan projek luar. Mendokumentasi setiap perkara yang dipelajari selama 4 tahun bukan suatu tugas yang mudah. Apatah lagi selama ini kami tidak membuat filing secara sistematik dan banyak nota-nota yang telah menjadi makanan anai-anai. Maka, jika ramai antara kami yang sudah berputus asa, tak mungkin fail-fail tersebut dapat disiapkan. Rasa MALAS perlu dibuang jauh-jauh. Niat hendak bercuti semester lebih awal terpaksa dipadamkan. Kami perlu meletakkan usaha terhadap perkara yang kami pandang sambil lewa selama ini. Itulah orang kata, "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..." Mungkin kami sudah banyak bersenang lenang sebelum ini, jadi tibalah masa untuk kami susah untuk merealisasikan harapan mendapat ijazah. Tapi, betulkah kami banyak bersenang lenang? Saya tak begitu pasti...
Ironinya, tatkala Rejim Zionis menyerang flotilla yang membawa misi bantuan ke Qaza, saya bersama sahabat-sahabat berkampung di bilik MQF untuk bersengkang mata berhadapan dengan fail dan kertas dari hari Isnin hingga Khamis. Ketika tangan menadah memohon doa diselamatkan mereka yang berada dalam kapal dan dalam tawanan Israel, hati kecil kami merintih agar urusan filing MQF ini dapat disiapkan secepatnya. Dua situasi ini bukanlah suatu perbandingan. Hanya melukis suatu gambaran yang dihadapi dalam masa beberapa hari ini. Perbelanjaan untuk fotostat ditanggung sepenuhnya oleh kami. Jadi, di kala masing-masing sudah kekeringan sumber kewangan, duit untuk kerja fotostat terasa amat perit untuk dikeluarkan. Mujur sahaja ada insan pemurah mewakafkan buat sementara printernya untuk dijadikan mesin fotostat. Jadi banyak juga kos yang dapat dijimatkan. Alhamdulillah... Terima kasih kepada Muhammad Shafiq.
Tambahan pula, IPG-KBA @ IPBA, dijadikan tempat untuk audit bagi kursus Kajian Sosial. Selain IPBA, IPG-Kampus Sultan Mizan (IPSM), Terangganu dan IPG-Kampus Pendidikan Islam (IPIS), Bangi turut menawarkan kursus Kajian Sosial. Jadi, sebagai wakil kepada kumpulan kursus ini, kami menjadi penentu sama ada sahabat-sahabat di kedua-dua kampus tersebut yang mengambil kursus yang sama mendapat pengiktirafan ijazah atau sebaliknya. Maksudnya, kami di IPBA, TIDAK BOLEH GAGAL dalam audit tersebut, kerana implikasinya terlalu besar. Inilah hakikat yang kami terpaksa telan bila menjadi anak sulung bakal guru-guru berijazah kepada IPG. Setiap sistem yang ada masih baru, dan kami perlu berdepan dengan pelbagai kekurangan dalam segala aspek.
Sesi Interbiu Berkumpulan
Pulang sahaja ke asrama, pada hari yang sama, saya mendapat mesej daripada salah seorang pensyarah saya. Sebahagian mesej tersebut berbunyi: "Berdasarkan jawapan student (dalam sesi interbiu), IPBA gagal MQA." Saya dapat agak perkara ini. Memang kami belum cukup bersedia dengan interbiu tersebut. Bila ditanyakan "Apakah topik pertama yang dipelajari dalam mata pelajaran Perkembangan Kanak-Kanak?" Mata saya terkebil-kebil. Sangat susah untuk mengingat kembali susunan tajuk dalam subjek yang telah pelajari 3 tahun lepas... Dan bila diajukan soalan "Apakah yang kamu pelajari dalam subjek PSS 3102?" Aduh... selama ini kami tidak pernah ambil peduli pun tentang kod mata pelajaran. Tak mungkin kami dapat menjawab soalan tersebut jika kami tidak tahu apakah subjeknya! Jadi, tidak hairanlah jika kami semua gagal dalam sesi interbiu tersebut.
Sebagai mengatasi masalah ini, kami telah diberi buku panduan kursus yang sepatutnya diberi ketika kami foundation. Pensyarah penyelaras kami memberitahu ada pihak yang terlepas pandang terhadap pengagihan buku tersebut kepada kami supaya kami mengetahui kandungan keseluruhan program ini. Tak mengapalah. Mungkin jika kami telah ada buku panduan tersebut daripada awal pun belum tentu kami betul-betul serius untuk menghafal dan memahami isi kandungannya. InshaAllah, kami masih punya masa untuk menghadam segala isi kandungannya dalam masa sebulan ini sebelum audit MQF sebenar dijalankan. Semoga Allah memudahkan pemahaman kami...
Buku Panduan PISMP Kajian Sosial
Menagih Usaha Luar BiasaRentetan daripada pra-audit tersebut, setiap ahli kelas kami merasakan diri masing-masing bertanggungjawab untuk memberi. Memberi dalam erti kata menyumbangkan tenaga selama beberapa hari untuk membuat penambahbaikan dalam masalah yang sangat ketara, iaitu dokumentasi. Kecuali bagi mata pelajaran Elektif 2, iaitu subjek-subjek berkaitan Bahasa Inggeris yang telah kami siapkan pada setiap semester, semua subjek lain perlu kami dokumentasikan termasuk aktiviti kokurikulum dan projek luar. Mendokumentasi setiap perkara yang dipelajari selama 4 tahun bukan suatu tugas yang mudah. Apatah lagi selama ini kami tidak membuat filing secara sistematik dan banyak nota-nota yang telah menjadi makanan anai-anai. Maka, jika ramai antara kami yang sudah berputus asa, tak mungkin fail-fail tersebut dapat disiapkan. Rasa MALAS perlu dibuang jauh-jauh. Niat hendak bercuti semester lebih awal terpaksa dipadamkan. Kami perlu meletakkan usaha terhadap perkara yang kami pandang sambil lewa selama ini. Itulah orang kata, "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian..." Mungkin kami sudah banyak bersenang lenang sebelum ini, jadi tibalah masa untuk kami susah untuk merealisasikan harapan mendapat ijazah. Tapi, betulkah kami banyak bersenang lenang? Saya tak begitu pasti...
Ironinya, tatkala Rejim Zionis menyerang flotilla yang membawa misi bantuan ke Qaza, saya bersama sahabat-sahabat berkampung di bilik MQF untuk bersengkang mata berhadapan dengan fail dan kertas dari hari Isnin hingga Khamis. Ketika tangan menadah memohon doa diselamatkan mereka yang berada dalam kapal dan dalam tawanan Israel, hati kecil kami merintih agar urusan filing MQF ini dapat disiapkan secepatnya. Dua situasi ini bukanlah suatu perbandingan. Hanya melukis suatu gambaran yang dihadapi dalam masa beberapa hari ini. Perbelanjaan untuk fotostat ditanggung sepenuhnya oleh kami. Jadi, di kala masing-masing sudah kekeringan sumber kewangan, duit untuk kerja fotostat terasa amat perit untuk dikeluarkan. Mujur sahaja ada insan pemurah mewakafkan buat sementara printernya untuk dijadikan mesin fotostat. Jadi banyak juga kos yang dapat dijimatkan. Alhamdulillah... Terima kasih kepada Muhammad Shafiq.
Suasana dalam Bilik MQF: Akhirnya guys menunjukkan usaha mereka untuk mencapai cita-cita... Bukan senang nak tengok suasana sibuk macam ni... :)
Allah itu Maha Adil
Genggam Bara Api, Biar Sampai Jadi Abu... Kami tidak mahu ada kerja yang tertangguh lagi dan akhirnya akan memberi kesulitan semula kepada kami. Semuanya perlu disiapkan. Walaupun kepala dah agak sakit dan mata pula sering sahaja tidak dapat fokus, tapi kudrat yang ada akan tetap saya kerah. Saya yakin, sahabat-sahabat lain juga telah melakukan perkara yang sama. Jelas sekali, kami betul-betul bersungguh dalam hal akreditasi ini. Setiap ahli kelas telah menunjukkan usaha mereka. Jadi kini, kami bertawakkal kepada Allah untuk menentukan hasil daripada apa yang telah kami usahakan. Alllah Maha Adil untuk memberikan apa yang sepatutnya diperolehi oleh hamba-hambaNya. Dan semoga ibu bapa kami boleh tersenyum melihat apa yang telah kami usahakan dan kami capai sepanjang berada di bawah asuhan IPG dan seterusnya keluar sebagai guru berijazah yang dapat mencurahkan bakti kepada anak bangsa. Ameen~
1 Komen:
Good luck to us all....
Post a Comment