Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

2/16/2009 01:05:00 AM

Penilaian akal atau perasaan?

Dihantar oleh thoyyibah

Apabila kita melihat sesuatu situasi atau mendengar sesuatu perkara, kita akan membina persepsi terhadap perkara tersebut. Tidak kira sama ada persepsi yang dicipta itu terarah kepada perkara positif atau sebaliknya. Adakalanya persepsi yang diletakkan bersifat bias dan berdasarkan pemerhatian yang tidak dibuat secara menyeluruh. Dan pembinaan persepsi dan penilaian yang dibuat ini berlainan mengikut corak pemikiran dan perasaan seseorang pada saat dia melihat atau mendengar sesuatu perkara tersebut. Perbezaan inilah yang akan menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan kita. Perbezaan pendapat yang berlaku pula bukanlah seperti perbezaan pendapat (khilafiah) yang berlaku dalam kalangan orang bijak pandai atau ulama' yang bersandarkan kepada akal budi dan ilmu. Ia berlaku dalam masyarakat biasa, yang mana ilmunya tidak sehebat mana, bersikap adakala endah tak endah tentang sesuatu perkara yang dirasakan tidak akan menjejaskan dirinya dan mengamalkan gaya hidup m'ikut keselesaan dan kesukaannya dan sering pula bersikap ignorance dalam banyak hal tetapi sering pula ingin meletakkan persepsi tentang sesuatu perkara tanpa berdasarkan ilmu malah kebanyakan persepsi yang dibuatnya hanya berpandukan emosi dan perasaan. Saya bukan ingin menuduh bahawa golongan ini tidak pandai, cuma sikap mereka yang tidak ambil kisah itu menyebabkan mereka kekurangan ilmu dan maklumat sehingga mengakibatkan keputusan yang mereka buat telah menganiaya orang lain.


Mungkin ada yang mula terfikir, biar sajalah orang sebegini. Biar saja mereka dengan dunia mereka. Tapi kita tidak sedar bahawa golongan inilah yang paling ramai melata di muka bumi ini. Seringkali mereka inilah yang menjadi penentu atmosfera sosial masyarakat, penentu keputusan politik, ekonomi dan kestabilan untuk sebuah negara, serta penentu masa depan dunia. Dan mungkin orang tersebut adalah saya atau anda yang sedang membaca entri ini....


Namun begitu saya tidak berhajat untuk menulis perkara yang jauh atau agak asing dalam kehidupan masyarakat biasa. Sekadar memberi contoh yang dekat dengan diri kita.


Situasi:


Ketika anda kita sedang bersiar-siar di taman sambil menikmati keindahan ciptaan tuhan, tiba2 anda terlihat musuh anda yang bernama Rashid (bukan nama sebenar) berjalan dengan seorang wanita. Anda tidak tahu latar belakang keluarga Rashid secara mendalam tetapi anda yakin yang Rasid belum beristeri lagi. Dek kerana meluat melihat gelagat Rashid, anda terus menanam persepsi yang Rashid bersiar2 bersama teman wanitanya kerana melihat kedua2nya begitu mesra. Anda tersenyum gembira melihat situasi tersebut kerana anda telah punya rencana untuk memburukkan Rashid.


Soalan saya, (1) berapa ramai antara kita yang akan pergi kepada Rashid untuk bertanyakan siapa sebenarnya wanita tersebut dalam keadaan anda tidak mempunyai hubungan yang baik dengan beliau? dan (2) berapa ramai yang akan terus mengelak dari berjumpa dengan Rashid dan kemudian menceritakan perihal situasi yang anda nampak tersebut kepada orang lain yang bertujuan memburuk2kan Rashid? Serta (3)berapa ramai pula yang akan bersikap berdiam diri dan tidak menceritakan situasi tersebut yang anda sendiri tidak pasti kepada orang lain? Anda nilaikan sendiri apakah persepsi dan tindakan anda.


Penjelasan:


Di sini ingin saya jelaskan tentang situasi di atas. Wanita yang berjalan bersama Rashid merupakan adiknya yang bernama Zahidah yang mempunyai masalah asma yang agak teruk sehingga menyebabkan beliau tidak dapat keluar daripada rumah dan menjalani kehidupan normal seperti orang lain. Hal ini menyebabkan tidak ramai yang mengenali Zahidah dan tahu bahawa Zahidah merupakan adik kepada Rashid. Jadi, pada hari tersebut Rashid berhajat membawa adik kesayangannya yang beza umur mereka cuma beberapa tahun, pergi menghirup udara segar di tasik tersebut dan menceriakan adiknya yang sering murung kerana tidak dapat keluar dari rumah jika tiada ahli keluarga yang menemani.


Dalam tiga golongan di atas jika anda termasuk dalam golongan pertama dan ketiga maka selamatlah Rashid daripada bahana fitnah.Tetapi jika anda berada dalam golongan kedua, alangkah kesiannya Rashid. Niatnya yang baik telah disalah faham oleh orang lain yang menyebabkan dia mendapat fitnah bahawa dia berdua-dua di taman bersama "teman wanitanya". Dan bagaimana pula jika anda adalah orang yang mendengar cerita tersebut. Adakah anda akan terus menyebarkan cerita tersebut tanpa mengetahui perkara sebenar dan jadilah cerita berangkai yang tidak pasti di mana hujungnya atau bertindak berjumpa dengan Rashid untuk mendapatkan penjelasan?


Jadi daripada situasi di atas anda dapat lihat di mana kedudukan anda ketika anda menetapkan keputusan untuk sesuatu perkara yang anda lihat atau sesuatu perkara yang anda dengar. Jika ada yang menyatakan sesuatu perkara yang kita dengar itu tidak semestinya benar, begitu juga halnya dengan situasi yang kita lihat kerana kita tidak terlibat secara langsung dengan perkara tersebut.


Banyak lagi situasi yang boleh kita perlihatkan di sini seperti melihat lelaki dan perempuan berpegangan tangan dalam train misalnya, mendengar cerita bahawa seorang yang kita hormati dituduh berkhalwat dgn bukan mahram, melihat suatu perhimpunan demonstrasi jalanan dan sebagainya. Setiap daripada kita akan memberi persepsi masing2 tidak kiralah ianya berdasarkan akal atau perasaan. Yang penting ialah apakah kesan daripada persepsi dan penilaian yang kita buat itu memberi impak positif atau negatif kepada orang lain dan kepada masyarakat seluruhnya.


Sekadar provokasi minda.. Marilah sama2 kita fikir2kan...


Waallahua'lam..

0 Komen:

Post a Comment