Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

7/18/2010 01:09:00 PM

Insan Ini...

Dihantar oleh thoyyibah

Foto-foto kenangan bersama Tuan Hj. Mohd. Kamar bin Zainuddin...


Bina Insan Guru Fasa 1, Pulau Pangkor


Kajian Lapangan Ipoh


Kajian Lapangan: Sebelum bergerak ke kawasan kajian masing-masing
(IPG-Kampus Ipoh)

Pengajian Pendidikan Luar Teluk Batik bersama IPG-Kampus Pulau Pinang


Beraya di rumah cikgu (tahun 2008)


Kursus Manik Kayu II di Ulu Bendul, N. Sembilan (bersama IPG-Kampus Pendidikan Islam)


Insan ini...


Mencari pada dakapan hening pagi,

Dipamer rasa syahdu dipalit sepi,

Melempias tegapnya keringat diri,

Tatkala melakar hikayat perjalanan insani,

Itulah langkah pendidik, teratur rapi,



Derap sepatunya ke suatu daerah,

Daerah yang penuh dengan duga dan karenah,

Tapi...

Langkahnya tetap santun bersulam hikmah,

Kalamnya meluncurkan kata bermadah,

Madah ilmu buat yang menadah,

Pembentuk jati diri pendidik berijazah,



Segunung jasa selaut pengorbanan,

Bukan mengharap nama didendang,

Cuma ingin didoakan,

Penyulam sutera kelestarian,

Menjadi bingkai segala keindahan,



Insan ini...

Menggalas beban mendabik harapan,

Tuntas, akrunya jiwa-jiwa berpendirian,

Terlukis senyuman generasi hadapan,

Supaya tiada kecewa pada didikan,

Membangun segala dari kelekaan,

Siap siaga di medan zaman...

Nukilan,

Taiebah (2010)

PISMP Kohort 2


Puisi ini disunting daripada Puisi "Sumpah Guru Akhir Zaman" (2006). Puisi ini saya karangkan khas untuk Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin (Cikgu Kamar) sempena majlis persaraan beliau pada hari jumaat baru-baru ini. Ketika memberikan ucapan sebagai wakil pelajar, hati saya tiba-tiba menjadi sebak. Mujur sahaja tidak menangis di atas pentas. Hanya bergenang dalam hati dan suara tiba-tiba berubah menjadi sedikit bergetar. Saya dapat menimbau dengan jelas satu-satu pengalaman bersama beliau, terutama pengalaman pertama membuat kajian lapangan di Ipoh tahun 2006 yang pada ketika itu, kumpulan saya (terdiri daripada Mat Jeck, Fikri, Sharizan, Tasha dan saya) diarahkan untuk membuat kajian di tokong-tokong cina yang berusia lebih daripada 100 tahun antaranya Tokong Sam Poh Tong. Selain itu, kami juga dikehendaki mencari Ketua Perkampungan Melayu di Sungai Rapat dan menemuramah beliau. Kumpulan lain pula, ada yang pergi ke muzium, meneroka perkampungan orang asli,(sehingga ada yang dikejar anjing..), menjelajah Gua Tempurung dan sebagainya. Walaupun ada cerita di sebalik cerita, tapi kami akan tetap kenang pengalaman itu sebagai suatu pengajaran yang amat bermakna pada kami. Maafkan segala salah silap dan keterlanjuran kami sepanjang menjadi anak didik cikgu. InshaAllah kami akan cuba menjadi pendidik yang bersemangat seperti cikgu. Terima Kasih Cikgu!

Dengan berakhirnya majlis tersebut, maka tamatlah karier cikgu dalam dunia pendidikan. Namun, saya tahu, cikgu akan tetap mencari ruang dan kesempatan untuk memberi bakti dalam dunia ini lagi secara tidak langsung. Saya mengharapkan cikgu akan terus bahagia bersama keluarga dan memperoleh hidup yang lebih tenang dan ceria selepas ini... Selamat Bersara Cikgu Kamar....

2 Komen:

Nurzahira said...

Kenangan ini mmg sukar dilupakan
terlalu byk perkara yang terjadi...
setiap yg berlaku ada hikmahnya
kita salah faham dgn dia mula2 tp sekarang kita sgt baik dgn dia...

Anonymous said...

tuan haji mohd kamar sekarang telah bertugas sebagai pensyarah di UPSI. beliau merupakan seorang yang berfalsafah dan luas pandangannya..~

Post a Comment