Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

5/15/2009 11:45:00 AM

"Hidup Berbakti"

Dihantar oleh thoyyibah

LOGO HARI GURU

http://www.moe.gov.my/hariguru/images/logohariguruq.jpg

Tema:

"Guru Pembina Negara Bangsa"


Sajak: Sumpah Guru Akhir Zaman

Mencari pada dakapan hening pagi,
Dipamer rasa syahdu dipalit sepi,
Melempias tegapnya keringat diri,
Tatkala melakar hikayat yang tidak mati,
Itulah entiti realiti seorang guru sejati,

Pabila mengatur langkah ke laman sekolah,
Tidak gagah!
Tetapi santun bersalut hikmah,
Bait-bait ilmu yang dicurah,
Menanti telinga-telinga kecil untuk menadah,
Agar kalimah itu terarah kepada yang pasrah,

Guru bukan pejuang,
Bukan juga pahlawan,
Tetapi....
Dari merekalah tercanang segala,
Perdana Menteri, jurutera dan angkasawan,
Mencanai seni yang berkesinambungan,
Persis pencorak masa hadapan,

Segunung jasa selaut pengorbanan,
Bukan mahu dikenang,
Cuma ingin didoakan,
Agar gugurnya sebagai insan,
Yang menyulam sutera kemanisan,
Kemanisan anak watan,
Menjadi bingkai segala keindahan,

Mereka...
Menggalas beban mendabik harapan,
Tuntas akrunya jiwa-jiwa yang mampan,
Menguntumkan senyuman generasi wawasan,
Agar negara terpimpin mereka yang berketrampilan,
Termeteralah...
Sumpah guru akhir zaman...

Nukilan: Thoyyibah (2006)


http://www.moe.gov.my/jpnterengganu/hariguru/Hari%20Guru%20Kebangsaan%202009edit.jpg


http://www.tutor.com.my/guru/top_guru.jpg

0 Komen:

Post a Comment