Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

5/10/2009 09:48:00 PM

Antara Muzik Blues dan Islam

Dihantar oleh thoyyibah


Blues dikenali sebagai sebuah aliran muzik vokal dan instrumental yang berasal dari Amerika Syarikat (US). Muzik yang mulai berkembang pesat pada abad ke-19 itu muncul dari muzik-muzik spiritual dan pujian yang biasa dinyanyikan oleh orang kulit hitam yang berasal daripada Afrika di US. Muzik yang menerapkan blue note, pola call dan respon itu dipopularkan oleh 'Bapa Blues' William Christopher Handy atau dikenali sebagai WC Handy gambar (1873-1958).

Ada yang menyatakan bahawa muzik Blues ini berasal daripada masyarakat Islam. Seorang penulis dan ilmuwan serta pengkaji daripada Schomburg Center for Research in Black Culture di New York, Sylviane Diouf, telah cuba untuk meyakinkan masyarakat bahawa Blues mempunyai persamaan dengan tradisi masyarakat Muslim di Afrika Barat.

Untuk membuktikan perkaitan antara muzik Blues Amerika dengan tradisi kaum Muslim, Diouf menunjukkan dua bukti. Yang pertama diperdengarkannya kepada orang yang hadir di sebuah kawasan di Universiti Harvard itu adalah bunyi azan (panggilan bagi umat Islam untuk menunaikan ibadah solat). Setelah itu, Diouf memainkan lagu Levee Camp Holler.

Rakaman kedua itu adalah lagu Blues yang pertama kali muncul di Delta Mississippi sekitar 100 tahun yang lalu. Levee Camp Holler bukanlah lagu blues biasa. Lagu itu dicipta oleh masyarakat kulit hitam Muslim yang berasal daripada Afrika Barat yang bekerja di Amerika pasca-Perang Sipil.

Lirik lagu Levee Camp Holler yang diperdengarkan Diouf itu dikatakan seperti panggilan suara azan, yang menyatakan tentang keagungan Tuhan. Seperti azan, lagu Levee Camp Holler itu menekankan kata-kata yang bergetar. Menurut Diouf, bunyi antara lagu Blues, Levee Camp Holler yang mirip azan juga merupakan bukti adanya perkaitan antara keduanya. Mereka yang hadir di kawasan tersebut kelihatan teruja dengan kebenaran bukti yang diungkapkan Diouf. "Tepuk tangan pun bergemuruh, sebab hubungan antara musik Blues Amerika dengan tradisi Muslim jelas-jelas terbukti," kata Diouf. "Mereka berkata, "Wow, benar-benar sama. Blues ternyata benar berasal dari sana (tradisi Islam)"."



Jonathan Curiel dalam tulisannya bertajuk, Muslim Roots, US Blues, mengungkapkan bahawa masyarakat Amerika perlu berterima kasih kepada umat Islam dari Afrika Barat yang tinggal di Amerika. Sekitar tahun 1600 hingga pertengahan 1800 M, banyak penduduk kulit hitam dari Afrika Barat yang dipaksa ke Amerika dan dijadikan orang suruhan. Menurut para sejarawan, sekitar 30% orang suruhan dari Afrika Barat yang disuruh bekerja secara paksa di Amerika itu adalah Muslim. "Walaupun oleh tuannya memaksa untuk menganut agama Kristian, namun banyak antara mereka itu tetap teguh dengan agama Islam serta kebudayaan asal mereka," cetus Curiel.


Mereka tetap membacakan ayat-ayat Alquran setiap hari. Dalam sejarah juga telah mencatatkan, bahawa para pelaut Muslim dari Afrika Barat adalah yang terawal menemui benua Amerika sebelum Columbus. "Tak perlu diragukan lagi, secara sejarahnya kaum Muslim telah memberi pengaruh dalam evolusi masyarakat Amerika beberapa abad sebelum Christopher Columbus menemuinya," kata Fareed H Numan dalam American Muslim History A Chronological Observation.

http://www.journeytoislam.com/history/AMERICAN MUSLIM HISTORY.htm
http://www.uga.edu/islam/muslimpop_usa.html
http://www.soundvision.com/info/yearinreview/2001/profile.asp

Sejarawan Ivan Van Sertima dalam karyanya, They Came Before Columbus, membuktikan adanya perhubungan antara Muslim Afrika dengan orang Amerika asli. Dalam African Presence in Early America, Van Sertima menemukan fakta bahawa para pedagang Muslim dari Arab juga sangat aktif berniaga dengan masyarakat yang tinggal di Amerika. "Columbus juga tahu bahawa Muslim dari pantai barat Afrika telah tinggal lebih dulu di Karibia, Amerika Tengah, Selatan, dan Utara," kataVan Sertima. Umat Islam yang awalnya berdagang telah membina komuniti mereka di wilayah itu dengan menikahi penduduk asli.

Curiel menambahkan, pengaruh lainnya yang diberikan komuniti kulit hitam yang beragama Islam di Amerika terhadap muzik Blues adalah alat-alat muzik yang biasa mereka mainkan. Pada era perhambaan di Amerika, orang kulit putih melarang mereka untuk memainkan drum, kerana bimbang akan menaikkan semangat penentangan oleh golongan hamba. Namun, penggunaan alat musik gesek yang biasa dimainkan umat Islam dari Afrika masih diizinkan untuk dimainkan kerana dianggap seperti biola. Pensyarah dalam Ethnomuzikologi dari Universiti Mainz, Jerman, bernama Prof Gehard Kubik mengatakan alat muzik banjo Amerika juga berasal dari Afrika.

Secara khusus, Prof Kubik menulis sebuah buku tentang persamaan muzik Blues dengan peradaban Islam di Afrika Barat berjudul, Africa and the Blues, yang diterbitkan University Press of Mississippi pada 1999. "Saya yakin banyak penyanyi Blues ketika ini yang tidak menyedari bahawa pola muzik mereka meniru tradisi muzik orang Islam di Arab," cetusnya.

http://www.afropop.org/img/world_music/african_music/namer/usa/bluesAfrica+Blues.jpg
Secara akademik Prof Kubik telah membuktikannya. "Gaya vokal kebanyakan penyanyi Blues menggunakan melisma, intonasi bergelombang. Gaya vokal seperti itu merupakan peninggalan masyarakat di Afrika Barat yang telah melakukan hubungan dengan dunia Islam sejak abad ke-7 dan 8 M," tuturnya. Melisma menggunakan banyak nada dalam satu suku kata.

Sedangkan, intonasi bergelombang merupakan rentetan yang beralih dari mayor ke skala minor dan kembali semula. Hal itu sangat biasa digunakan ketika orang Islam melaungkan azan dan membaca Alquran. Dengan fakta itu, kata Prof Kubik, para peneliti muzik seharusnya mengakui bahawa Blues berasal dari tradisi Islam yang berkembang di Afrika Barat.

Meskipun telah dibuktikan secara akademik, namun masih banyak pula yang tak mengakui adanya pengaruh tradisi masyarakat Muslim Afrika dalam musik Blues. "Orang bukan Islam sangat susah untuk meyakini fakta itu, kerana mereka tak memiliki pengetahuan yang cukup tentang peradaban Islam dan muzik Islam," ungkap Barry Danielian, seorang pemain terompet yang tampil bersama Paul Simon, Natalie Cole, dan Tower of Power.

Suara azan dan ayat-ayat Alquran yang biasa dilantunkan orang Islam kulit hitam di Amerika mengandungi muzik. "Dalam kumpulan saya, kata Danielian yang tinggal di Jersey City, New Jersey, Ketika kami berkumpul dan imam yang datang ada ratusan orang dan kami membacakan doa, pasti terdengar sangat muzikal. Anda akan mendengar muzik itu seperti orang Amerika menyanyikan Blues.'" Begitulah tradisi Islam di US telah melahirkan sebuah aliran muzik bernama Blues.

Muzik dalam Peradaban Islam

Bagaimanakah Islam memandang muzik? Ada dua pandangan di dalam Islam terhadap muzik. Ada ulama yang membolehkan dan ada pula yang melarangnya. Perbezaan ini muncul berdasarkan tafsiran mereka tentang muzik berdasarkan hujjah naqli.

Ulama terkemuka Dr Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya, Al-Halaal wal Haraam fil Islam, memperbolehkan muzik dengan beberapa syarat. Sebenarnya, sejumlah ritual keagamaan yang dijalankan umat Islam mengandung muzik. Salah satu contohnya adalah alunan azan. Selain itu, ilmu membaca Alquran atau ilmu qiraat juga mengandungi muzik.

Meskipun begitu, Al-Albani melarang umat Islam untuk bermuzik. Ia berdasarkan pada salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Akan ada dari ummatku kaum yang menghalalkan zina, memakai sutera, minuman keras, dan alat-alat musik."

Secara umum, umat Islam memperbolehkan musik. Bahkan, di era kejayaannya, umat Islam mampu mencapai kemajuan dalam bidang seni musik. Tambahan lagi, muzik dan puisi menjadi salah satu tradisi yang berkembang di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Islam.

Pencapaian peradaban Islam dalam bidang muzik tercatat dalam Kitab Al-Aghani yang ditulis oleh Al-Isfahani (897 M-967 M). Dalam kitab itu, tertulis sebaris ahli muzik di zaman khalifah, seperti Sa'ib Khathir (wafat 683 M), Tuwais (wafat 710 M), dan Ibnu Mijjah (wafat 714 M). Penyebaran Islam ke seluruh penjuru jazirah Arab, Persia, Turki, hingga India, semuanya memilik tradisi muzik.

Seni muzik berkembang pesat di era kekuasaan Khalifah Abbasiyah. Para ilmuwan Islam banyak menterjemahkan risalah muzik dari Yunani terutama ketika Khalifah Al-Ma'mun berkuasa. Para Khalifah Abbasiyah pun turut menyokong para penyair dan ahli muzik. Salah satu muzik yang karyanya diakui dan disegani adalah Ishaq Al-Mausili (767 M-850 M).

Pada awal berkembangnya Islam, muzik diyakini sebagai cabang dari matematika dan falsafah. Jadi tidak hairanlah jika ahli matematik dan ahli falsafah Islam terkemuka, Al-Kindi (800 M-877 M), adalah ahli teori muzik yang tersohor. Al-Kindi juga tercatat sebagai ilmuwan yang menjadikan muzik untuk perubatan dan penyembuhan penyakit. Ia menulis tak kurang dari 15 kitab tentang muzik, namun yang masih ada tinggal hanyalah lima buah. Al-Kindi adalah orang pertama yang menyebut kata 'musiqi'.

Tokoh Islam lain yang juga banyak menyumbangkan pemikirannya bagi muzik adalah Al-Farabi (870 M-950 M). Beliau tinggal di Istana Saif al-Dawla Al-Hamdan¡ di kota Aleppo. Ahli matematik dan falsafah ini juga sangat menggemari muzik serta puisi. Selama tinggal di istana itu, Al-Farabi mengembangkan kemampuan muzik serta teori tentang muzik.

Al-Farabi juga diyakini sebagai penemu dua alat muzik, yakni rabab dan qanun. Ia menulis tak kurang dari lima judul kitab tentang muzik. Salah satu buku musiknya yang popular bertajuk, Kitabu al-Muziqa to al-Kabir, atau The Great Book of Music. Berisi teori-teori muzik dalam Islam.

Pemikiran Al-Farabi dalam bidang muzik masih kuat pengaruhnya hingga abad ke-16 M. Kitab muzik yang ditulisnya itu sempat diterjemahkan oleh Ibnu Aqnin (1160 M-1226 M) ke dalam bahasa Ibrani. Selain itu, karyanya itu juga dialihbahasa ke dalam bahasa latin berjudul De Scientiis dan De Ortu Scientiarum.

0 Komen:

Post a Comment