Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

5/12/2009 12:39:00 AM

Nadra - Atas Nama Cinta

Dihantar oleh thoyyibah



"Atas Nama Cinta" merupakan novel hasil tulisan Isa Kamari (gambar) yang didasari kisah luka sejarah yang berlaku pada seorang gadis bernama Nadra (Natrah) yang merupakan gadis Belanda yang dibawa dan dijaga oleh seorang wanita Tanah Melayu bernama Aminah di Kemaman, Terengganu ketika era sebelum merdeka. Novel ini telah saya baca sekitar 2 tahun yang lepas. Tapi malangnya kini saya tidak pasti mana perginya novel ini. Mungkin ada yang meminjam, tapi saya lupa siapa. Hmm..lupakan hal itu. Saya sendiri tak berapa pasti kenapa malam ini tergerak hati untuk menukilkan sedikit perkongsian saya tentang kisah Nadra dalam ruangan yang sedikit ini. Mungkin hati tidak sedap melihat perkembangan semasa terutama yang bersangkutan dengan hal menetapkan agama anak yang diputuskan oleh parlimen baru-baru ini.

Ramai antara kita yang lupa bertapa peritnya rakaman sejarah ketika itu yang menyaksikan kes Nadra ini kalah daripada tangan Islam, tangan kita. Nadra telah di bawa pergi ke Belanda oleh keluarga asalnya yang menyebabkan beliau dipaksa semula untuk menukar agama kepada Kristian. Banyak nama-nama besar dan tokoh-tokoh politik tanah air yang terlibat dalam kes tersebut.

Ketika itu penduduk Islam Tanah Melayu dan Siingapura bersatu menentang keputusan mahkamah yang memberi kemenangan kepada pihak ibu bapa kandung Nadra. Nadra yang ketika itu telah pun berkahwin dengan Mansor, seorang pendidik di Tanah Melayu terpaksa dipisahkan tanpa dia merelakannya. Tapi begitulah sejarah.. perit, pedih yang dirasakan itu langsung tidak dapat mengubah apa yang telah berlaku. Saya sendiri menjadi sedikit emosi ketika membaca plot di mana Aminah bersama peguamnya kalah untuk merebut hak penjagaan ke atas Nadra. Sedangkan yang pasti perkara tersebut telah berlalu...lama dulu...tidak berubah dan tak akan berubah.. kecewa dalam hati.. Mata mula menumpahkan titis-titis jernih. Sedih kerana sejarah dulu. Dan makin sedih kerana pada hari ini pun masih ramai mengambil sikap endah tak endah dalam bab sensitif ini hingga sanggup membuat keputusan secara semberono. Argh...! saya sememangnya tidak arif, tidak pakar dalam hal2 ini. Tapi sekurang-kurangnya saya terkesan dengan situasi goyang yang terjadi kepada agama saya, Islam... Sedar bertapa lemahnya kita dalam mempertahankan hak sendiri. Kes sebegini bukan berlaku hanya pada Nadra, banyak lagi susunan kes tahun demi tahun yang memaparkan bertapa kita masih belum dapat belajar daripada satu kesilapan, dan terus melakukan kesilapan yang sama berulang kali.

http://i19.photobucket.com/albums/b191/cyberpoyo/SGstory_Maria.gif
Nadra didukung oleh Aminah (ibu angkat Nadra)


"Atas nama cinta, Nadra mengecap iman. Atas nama cinta dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta ikatan perkahwinan Nadra terjalin. Atas nama cinta, kuasa dan pertempuran politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela...Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi...ATAS NAMA CINTA."

____________________________________________________________________


Lagu Puisi: Atas Nama Cinta
Penyanyi: Kumpulan Sirrfillsirr

Di desa Tjimahi,
Maria yang putih,
Atas nama cinta, beralih kasih,

Di desa Kemaman,
Nadra yang rupawan,
Atas nama cinta, meniti iman,

Kasih ibu tak berbelah bagi,
Aminah, Adelaine berebut kasih,
Kasih remaja sesingkat usia,
Mansor, Nadra terpaksa berpisah,

c/0:
Di Singapura...
Merusuh angkara,
Atas nama cinta,
Sejarah berdarah,
Di Kota Belanda, Maria berhiba,
Riwayat terluka,
Atas nama cinta.......

(Maria riang bercermin Nadra,
Nadra duka kembali Maria,
Maria bertaut asal keluarga,
Nadra Hilang kasih sejahtera.)


____________________________________________________________________

Lagu yang ringkas dengan susunan muzik yang rancak memudahkan penghayatan kepada sesiapa yang mendengarnya. Jika anda mengalami masalah untuk memahami lagu ni, anda boleh search tentang kisah Nadra (Natrah) dalam internet atau membeli terus buku ini, maka dengan mudah anda akan memahami seni kata lagu puisi ini. Sebenarnya saya teringin sekali untuk berkongsi lagu ini secara terus dengan para pembaca. Namun saya mengalami sedikit masalah untuk muat turun lagu ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar lagu puisi ini, anda boleh beri e-mail kepada saya. Saya akan berkongsi lagu tersebut dengan anda, insyaAllah... Semoga ada manfaat yang diperolehi daripada entri kali ini. Wassalam...

2 Komen:

Syafiq Azuan said...

Ending dia sedih.. aku tak sampai hati nak baca lagi..

jonit said...

salam...ada gak aku dgr cite ni dr lect aku...dlu aku xtau pasal mende ni..skrg baru trpikir...Islam kalah pada undang2 kafir lakhnat...hmm...kita sbg manusia...kena jga Islam...sama macam kita jaga nyawa kta...aku kalo baca kisah ni balik..sedih gler..sedih kat Mak angkat die...Aminah....sedih kat NAtrah...sedih kat sejarah dlu2...ntah r...dh berlalu...maybe dlm diri Natrah masih ada islam...tu antara die ngn Allah

Post a Comment