Pada hari Khamis yang lalu (30 April 09), Jabatan HEP IPGM-Kampus Bahasa Antarabangsa sekali lagi membuka peluang kepada pelajar-pelajar kampus ini untuk berkongsi buah fikiran mereka tentang permasalahan yang sedang di hadapi di kampus ini. Namun begitu, kehadiran pelajar pada Perhimpunan Profesionalisme Pelajar yang bertemakan "Dialog Terbuka: Hak Bersuara Pelajar" ini kelihatan hambar. Hanya beberapa kelompok sahaja yang mampu meluangkan masa untuk menghadiri perhimpunan "wajib" ini. Tapi tak mengapalah. Mungkin masing-masing ada urusan lain yang mungkin lebih penting. Terpulang.. Cumanya di sini ingin saya nyatakan, kampus ini masih memberi ruang yang cukup luas untuk pelajar-pelajarnya melontarkan buah fikiran sekalipun ianya berlawanan dengan kehendak pentadbiran mahupun Jabatan HEP sendiri.
Semua sedia maklum yang perhimpunan ini dilangsungkan rentetan pembubaran MPP 08/09 pada akhir bulan Februari yang lalu. Dan kini masalah timbul apabila pencalonan untuk pertandingan 24 jawatan MPP masih banyak yang belum terisi. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya pasti ada hikmah disebalik peristiwa ini. Jika masalah ini tidak terjadi, mungkin dialog terbuka ini tidak akan berlangsung, jika masalah ini tidak terjadi, mungkin pelajar akan terus melabel bermacam2 nama kepada MPP. Sekurang-kurangnya, dengan ada sesi dialog tersebut, sedikit sebanyak ada penjelasan yang diberikan kepada segala tomahan yang MPP terima selama ini.
Menjadi salah seorang forumnis, dan satu-satunya wanita di atas pentas menjadikan saya sedikit gugup untuk bersuara. Bersama-sama saya ialah Saudara Wan Mohd Nor Amali (Mantan YDP), Saudara Mohd. Hanif (Mantan S/U), Saudara Khairul Akran (wakil TESL Year4, mantan MPP 05), Saudara Hilmi (wakil pelajar dan Pengerusi J/K Kolej Kediaman) dan Saudara Ahmad (wakil pelajar). Jujur saya katakan bahawa saya tak cukup persediaan untuk berhujah. Mana tidaknya, saya diminta untuk menjadi ahli forum hanya sehari sebelum perhimpunan tersebut. Kebetulan hari yang sama kelas saya terpaksa membuat persiapan untuk ujian Budaya & Pembelajaran dan serentak pula dengan presentation blog untuk Sumber dalam P&P. Jadi masa saya untuk membuat persiapan untuk forum tersebut amat terbatas. Semua yang saya nyatakan pada hari tersebut hanya berdasarkan apa yang saya ingat. Dan itu menyebabkan banyak point yang tertinggal.
Satu perkara yang ingin sekali saya terangkan ialah, saya adalah antara pencari muka-muka baru bagi MPP 09/10 yang menjadi sebab ketidaksenangan pelajar-pelajar kampus ini yang mungkin juga pencetus segala permasalahan ini. Saya sangat-sangat mengharapkan agar exco-exco yang diserap ketika itu tidak diletakkan kesalahan di atas bahu mereka. Rela saya memikul kesilapan tersebut kerana saya yang mempelawa mereka menyertai kami dalam MPP yang menyebabkan ramai pihak tidak puas hati. Maaf saya pohon dari warga IPGM-KBA yang tidak berpuas hati. Bagi kami yang berada dalam MPP, kami berasa amat terharu dan berbesar hati apabila ada pelajar yang menerima pelawaan kami untuk berkhidmat dalam MPP tanpa sebarang imbuhan. Seperti yang selalu kami katakan "MPP IPG tidak sama dengan MPP IPT". Kami memberi mereka tempoh percubaan selama beberapa minggu untuk melihat prestasi mereka. Dan penilaian tersebut kami serahkan kepada Ketua Jabatan HEP untuk membuat senarai akhir kabinet MPP 09/10. Tapi, ribut kencang bertiup ketika ini membawa taufan "reformasi" di bumi IPGM-KBA. Suara lantang kedengaran di sana-sini menyatakan sudah hilang demokrasi di bumi bertuah ini. Maka terbubarlah segala perancangan dan ditunggu pilihanraya untuk menjamin semua pihak kembali bertenang. Namun hingga kini, masalah lain pula yang terjadi.
Ramai pula yang bertanya selepas itu, kenapa tak ada orang nak bertanding bila mana demokrasi ingin dirawat kembali? Jawapannya pelbagai. Dalam forum itu sendiri Hanif dan Hilmi ada memberikan jawapannya. Tapi mungkin satu jawapan yang tertinggal. Pelajar kampus ini (mungkin termasuk saya) suka menerima tapi lokek untuk memberi. Selesa mengadili orang lain tapi tidak suka diadili. Seronok menuding jari pada orang lain tapi terlupa diri sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki. Saya sendiri masih berfikir hingga kini adakah MPP masih perlukan saya. Atau sudah sampai masa saya memberi laluan kepada muka baru untuk menimba pengalaman dalam dunia kepimpinan. Saya tak pasti. Saya tidak bercakap tentang orang lain kerana saya juga adalah penyumbang kepada kekosongan jawatan yang dipertandingkan itu kerana saya pelajar IPGM-KBA yang layak untuk bertanding. Kalau ditanya pula alasan kenapa saya tidak bertanding, 1001 alasan saya boleh kemukakan. Semua orang juga begitu. Tapi kalau terus begini, sampai akhir tahun pun MPP tidak akan terbentuk. Bila MPP tidak ada maka banyak kerja untuk pelajar akan tergendala.
Jadi, selepas forum/dialog tersebut, beberapa resolusi telah dikemukan;
Setiap perkara ada baik buruknya. Jadi saya menerima sahaja keputusan daripada HEP dan pentadbiran untuk ketiga-tiga resolusi tersebut. Yang penting pada saya ialah, selagi mana saya berada di sini, akan saya cuba berikan khidmat saya setakat kemampuan saya tanpa mempersoalkan sama ada saya berada dalam MPP atau tidak. Kerana pada akhirnya, semua pelajar kampus ini akan keluar menjadi guru (insyaAllah..) Di sekolah nanti, saya pasti cabarannya lebih hebat lagi. Jika di sini kita selalu mengelat untuk melaksanakan sesuatu amanah, bimbang-bimbang nanti di sekolah terbawa-bawa pula fe'el tu. Di akhirat kelak dipersoalkan satu persatu amanah tersebut, masih mampukah kita memberikan jawapan dan alasan...? Atau kita akan tertunduk hina menanti pembalasan.. Moga segala kesilapan kita diampunkanNya...ameen...

- Pertandingan jawatan MPP hanyalah untuk jawatan-jawatan yang masih kosong sahaja dengan mengekalkan barisan MPP 08/09 (resolusi daripada Ahmad).
- Mengekalkan struktur jawatan dalam MPP (resolusi daripada saya).
- Memisahkan MPP menjadi sebuah badan yang independent dan tidak bergantung pada HEP (resolusi daripada Ahmad)
Setiap perkara ada baik buruknya. Jadi saya menerima sahaja keputusan daripada HEP dan pentadbiran untuk ketiga-tiga resolusi tersebut. Yang penting pada saya ialah, selagi mana saya berada di sini, akan saya cuba berikan khidmat saya setakat kemampuan saya tanpa mempersoalkan sama ada saya berada dalam MPP atau tidak. Kerana pada akhirnya, semua pelajar kampus ini akan keluar menjadi guru (insyaAllah..) Di sekolah nanti, saya pasti cabarannya lebih hebat lagi. Jika di sini kita selalu mengelat untuk melaksanakan sesuatu amanah, bimbang-bimbang nanti di sekolah terbawa-bawa pula fe'el tu. Di akhirat kelak dipersoalkan satu persatu amanah tersebut, masih mampukah kita memberikan jawapan dan alasan...? Atau kita akan tertunduk hina menanti pembalasan.. Moga segala kesilapan kita diampunkanNya...ameen...
4 Komen:
assalammualaikum wbt
Ib (*hugs*), teringat zaman di IPBA dulu. Moga Allah terima segala amalan yang dilakukan dan mengampuni kita atas kelalaian yang telah berlaku selama kita memegang amanah-Nya.
Teruskan menyampaikan kebenaran semampu mu!
Love,
Sahabatmu yg jauh
Salam Kak Ib..
kuatkan semangat..teruskan perjuangan..sokongan penuh untuk MPP IPBA..sy doakan semuanya selamat di sana..
terima kasih traveller dan azar..
mungkin diri ini yang byk kelemahan..jadi byk tindakan yang nampak seperti sumbang..
insyaAllah akan cuba perbaiki diri sendiri..
Salam Kak Ib.. Maaf kerana dah lama tak bertanya khabar dan bertukar-tukar fikiran dengan akak dan sahabat-sahabat yag lainnya.. Sampaikan ada isu-isu penting yang saya tertinggal.. Pada prinsipnya, saya amat menyokong program-program seperti forum tersebut diadakan.. Bahkan, saya sendiri pernah mencadangkan program sebegini tahun lalu...Namun, perlukan satu disiplin/ tatacara dalam berdialog dan bertukar-tukar fikiran... Hal ini jelas dalam fiqh ikhtilaf/ adabul ikhtilaf.. yang mengajar kita cara-cara yang sepatutnya dalam berbeza pandangan sesama Muslim... Saya juga ingin mengambil kesempatan ini utk mencadangkan kepada akak dan sahabat2 lain tentang perlunya penghebahan tentang apa-apa yang telah MPP lakukan...biar semua orang tahu yang MPP ni dah banyak berusaha... Cuma memang kita masih terikat dengan HEP..ini bukannya hal yang buruk, bahkan sebuah suasana yang unik di IPG yang tiada di IPTA... di mana sepatutnya para pelajar dan petugas HEP dapat bekerja bersama... Saya sentiasa mendoakan agar akak dan sahabat2 lain dapat teruskan menyumbang untuk kemaslahatan para pelajar IPBA... Saya percaya semua yang berlaku ada hikmah-Nya... Usah risau, para pelajar yang dikatakan ingin membawa arus reformasi tanpa persiapan rapi dan nilai mahabbah yang sepatutnya itu akan tewas sendiri nanti. Biar mereka sendiri rasa betapa payahnya tanggungjawab tersebut...Insya-Allah, pada masa yang sama, saya juga sedang mempersiapkan barisan pemikir IPBA untuk kemaslahatan kita bersama nanti=)
Iqbal Nor
Post a Comment