Hari ini kita berurusan seperti biasa.. Hari ini kita ceria menikmati hidup bersama rakan dan keluarga.. Hari ini kita melakukan aktiviti tanpa diganggu gugat oleh sesiapa.. Entah dalam "sibuk" kita berurusan, bertemu rakan dan taulan, berdebat dengan pelbagai perbezaan pandangan dan melakukan seribu satu aktiviti harian, ingatkah kita untuk mengirim doa untuk saudara-saudara kita di bumi Palestin yang ditujah dengan cerucuk-cerucuk penderitaan? masih tegarkah kita berpendirian memboikot sumber-sumber kewangan yang membunuh jiwa-jiwa di Gaza? Atau telah terpalitkah sedetik rasa bosan dalam hati kita untuk mengetahui dan mengikuti perkembangan nasib saudara-saudara kita yang berjuang siang dan malam mencari kemerdekaan dan menjaga tanah suci Islam di sana? Ya Allah...Ampunilah kealpaan kami dan berilah kemenangan kepada golongan yang benar...ameen..
Sempat saya membeli buku "Gaza Menangis - Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin & Pembantaian di Gaza" semasa Pesta buku baru-baru ini. Nampak juga kelibat Ustaz Riduan yang merupakan antara penulis buku ini di booth tersebut. Alhamdulilah saya telah habis membacanya ketika mengikuti lawatan Pengurusan Sukan & Pendidikan Jasmani di Ipoh, Perak. Buku yang sangat menyentuh hati dan emosi bagi setiap mereka yang peka tentang nasib sahabat-sahabat kita di bumi Palestin. Ustaz Riduan bersama Ustaz Aris Hazlan berjaya membawa pembaca menghayati sejarah berdarah bumi Palestin yang panjang dan memilukan.
Sesekali hati saya dihambat perasaan hiba membaca kisah ketabahan rakyat Palestin yang tidak sesaat pun membenarkan Israel merampas tanah mereka. Ditonjolkan pula kanak-kanak kecil yang cedera parah, namun tiada air mata dan rengekan yang diperlihatkan. Mereka sangat cekal melawan musuh yang lengkap dengan pelbagai persenjataan yang canggih walau hanya dengan batu bata. Pengkhianatan pemimpin negara-negara Arab terutamanya Mesir yang menjalin hubungan rapat dengan Israel dan sekutu-sekutunya membuatkan kita faham bahawa Palestin bukan hanya perlu berdepan dengan musuh yang nyata, tetapi terpaksa juga "berperang" dengan negara Islam sekular yang sangat cinta kepada pangkat dan harta walaupun terpaksa mengorbankan saudara seIslam mereka asalkan kepentingan mereka terpelihara. Alangkah sedihnya semua ini...
Saya tidak merasa rugi walau sesen pun membeli buku ini kerana ia banyak memberi input tentang apa yang rakyat Palestin lalui dan buku ini juga berjaya menerobos pelbagai persoalan mengapa hingga kini Palestin masih belum merdeka dan sering menjadi perebutan tiga agama samawi. Jadi, sekadar perkongsian saya di sini mungkin sesiapa yang masih belum mempunyai buku yang sarat dengan maklumat tentang perjuangan rakyat Palestin, bolehlah mendapatkannya di kedai2 buku yang berhampiran. Semoga kita semua beroleh manfaat dan pemahaman daripadanya..insyaAllah...

0 Komen:
Post a Comment