Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

4/21/2009 08:19:00 PM

Hidup & Pengorbanan

Dihantar oleh thoyyibah

Kita memang selalu berkorban sebab dalam hidup kita tidak akan dapat semua perkara yang diidamkan tanpa mengorbankan sesuatu yang lain. Dalam istilah ekonomi disebut sebagai "kos lepas".. Saya sendiri selalu terlepas pandang.. Sekadar peringatan kepada diri yang lemah ini dan buat renungan pembaca..

Nak pandai, kena belajar.. Nak belajar kena korbankan masa rehat, tenaga dan bersenang-senang..
Nak kaya, kena bekerja.. Nak bekerja kena korbankan juga masa rehat dan bersenang-senang..
Nak sihat, kena bersenam.. Nak bersenam, pun kena korbankan perkara yang sama dan tambah, korbankan makanan yang ada kolestrol tinggi, korbankan arak, korbankan dadah, korbankan rokok..
Nak kahwin, kena korbankan masa enjoy dengan kawan-kawan sebab kena pikul komitmen keluarga..
Nak anak soleh, kita dahulu kena jadi anak soleh.. Nak jadi anak soleh kena taat ibu bapa.. Nak taat ibu bapa kena korbankan kehendak hati yang selalu berlawanan dengan kehendak mereka..
Nak ada sahabat-sahabat yang sejati, kita dulu kena jadi sahabat sejati kepada sahabat kita.. Nak jadi sahabat sejati, banyak perkara yang kita perlu korbankan untuk sahabat kita..
Nak dihormati, kita kena hormat orang lain dahulu.. Nak hormat orang lain, kita kena korbankan ego dalam diri..
Nak menjaga pendirian, kena sentiasa tegas.. Nak tegas lagi banyak yang kena dikorbankan ikut situasi dan keadaan.. korbankan kawan dan korbankan sokongan popular..

Nak iman, nak syurga, nak dekat dengan Allah, kena banyakkan amal ibadah.. nak beramal kena korbankan harta, masa dan benda-benda menarik n best tapi boleh mendatangkan dosa.. (selalunya perkara yang berdosa tu la yang seronok dibuat)


Senarai ni hanyalah sebahagian sahaja daripada apa yang kita nak dan apa yang perlu kita korbankan atas kehendak itu.. nak berjihad, nak pilih pasangan hidup, nak pulihkan hubungan, nak tenang, nak isteri/suami soleh, nak zuriat, nak kuat fizikal dan rohani, nak itu, nak ini.. setiap keinginan itu ada harga yang perlu kita bayar.. Hakikatnya setiap kali kita membuat keputusan, akan ada pengorbanan yang perlu kita letakkan.. jadi bersedialah untuk berkorban dalam setiap perkara.. If u want somethin' u hav to sacrifice somethin'.. Semoga pengorbanan yang kita lakukan dihitung sebagai amal ibadah olehNya..insyaAllah..

0 Komen:

Post a Comment