Mengimbas zaman kecil dahulu, tak pernah sebenarnya terlintas di fikiran untuk menjadi seorang pendidik di kala dewasa. Kalau ada pun, hanya sekadar coretan untuk memenuhkan ruang kosong untuk cita-cita dalam kad 001(ingat lg kad ni..)...
Masuk pula ke alam remaja, minat saya lebih terarah kepada perkara-perkara yang lasak..kebetulan selepas berpindah drpd sekolah maahad di perak, saya masuk ke sekolah asrama harian di kuala lumpur ketika tingkatan 3.. di sini saya mula bergiat dalam unit beruniform kadet remaja sekolah.. sempat memegang jawatan lans kopral (krs) dan yg terakhir sebagai sarjan (krs).. minat nak menjadi anggota tentera mula tumbuh sedikit demi sedikit..dan makin memuncak bila saya berada dalam tingkatan 5.. tapi saya keliru, adakah saya benar2 ingin menjadi seorang perajurit atau sekadar saya suka aktiviti lasak..? dilema tersebut membawa saya berjumpa dengan guru kaunseling sekolah..saya buat test kerjaya yg beliau sediakan..nampaknya jawapan lebih menjurus kepada pekerjaan yang melibatkan interaksi dengan masyarakat..namun kerjaya sebagai seorang guru belum pun lagi mengetuk naluri saya..
Maka teruslah saya belajar hingga habis SPM..
Dalam tempoh "bercuti" 6 bln di rumah, macam2 tawaran yang datang.. saya seperti biasa telah mengisi borang UPU untuk masuk ke universiti.. dan atas permintaan abah, saya telah mengisi borang kemasukan ke institut perguruan pada hari terakhir permohonan tersebut dibuka..dalam hati memang tak mengharap apa2.. dalam bulan 3, saya dipanggil interbiu di institut perguruan bahasa melayu.. abah menemani hingga habis sesi..nampak di wajah abah yang dia betul2 ingin saya masuk institut perguruan..hmm..tp hati masih keberatan..
Masuk bulan 5, saya menerima tawaran ke UPM untuk kursus dip perikanan.. memang agak minat dengan kos ni.. tapi kampus jauh nun di sarawak.. keluarga agak keberatan..tp hati dah teramat girang.. Seminggu selepas itu, datang pula tawaran daripada institut perguruan.. mama dan abah seronok sangat bila tau..langsung mereka lupa anak yang sorang ini nak pergi ke sarawak.. tp hati mana yang tak tersentuh melihat kegembiraan mak dan ayah yang senyum dan tak putus2 mengucapkan syukur kerana tawaran ke ins perguruan itu..lain benar dengan reaksi mereka bila mana saya memberitahu saya kena pergi ke sarawak.. Abah memang nak saya jadi cikgu..katanya nak sambung cita-cita dia yang tak tercapai dulu... tak pe lah..demi mama dan abah, saya sanggup juga masuk ke institut perguruan.. lupakan je la niat untuk ke sarawak tu..mungkin ada hikmahnya...
Kini selepas 4 thn lebih saya di bumi IPBA a.k.a IPGM-KBA belajar untuk mengajar, saya rasa amat bersyukur.. Lebih2 lagi ketika praktikum di SK Bangsar baru2 ini, tiap kali saya masuk ke kelas untuk mengajar, saya dapat rasakan "INILAH DUNIA AKU...".. tak ada rasa janggal menyampaikan ilmu kepada murid.. walaupun ada yang nakal, agresif, pasif dan slow.. Bersyukur juga kerana hati ini tidak keras untuk pergi belajar di universiti dahulu.. sememangnya ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku.. daripada langsung tak ada minat nak jadi guru, kini saya betul-betul dah jatuh cinta dengan profession ni.. harap sangat dapat menyumbang kepada pembangunan generasi masa hadapan yang lestari dan mampan... insyaAllah...

0 Komen:
Post a Comment