Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

4/07/2009 11:16:00 PM

Pilihan rakyat... Menyahut "Bahasa Undi" Dato' A. Samad Said..

Dihantar oleh thoyyibah



PAS menang di Bukit Gantang, PKR gah di Bukit Selambau.. Dan BN mengekalkan kerusi di Batang Ai.. Saya tidak berhajat untuk membincangkan keputusan ini dari sudut yang "panas". Sekadar membuat coretan ringkas dari sudut pandangan seorang bakal pendidik. Saya terkesan apabila Dato' A. Samad Said (Pak Samad) mengeluarkan statement agar para pengundi melayu menggunakan bahasa undi supaya kerajaan faham desakan dan tentangan rakyat berkenaan isu bahasa kebangsaan yang lantang disuarakan sekarang. Apabila seorang sasterawan negara mengeluarkan kenyataan dan saranan, tambahan lagi yang bercakap tu diakui kepakaran ilmunya, maka ramailah yang menyahut seruan tersebut. Tidak perlulah rasanya saya mengulas dengan panjang lebar. Anda sendiri boleh membuat interpretasi daripada keputusan pilihanraya di dua bukit tadi. Mungkin selepas ini kerajaan akan lebih faham apa yang para pejuang bahasa dan pejuang bangsa inginkan.

Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.
Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu- Sasterawan Negara, Dato’ A Samad Said


pilihanraya

nizar wins bukit gantang 070409 03


bukit selambau manikumar with azmin winner of election 070409















batang ai counting of votes bn malcolm mussem lamoh won 070409 01

2 Komen:

badz said...

sebenarnya isu ppsmi ini patut diteliti dan dikaji secara mendalam dengan melibatkan setiap pakar dan individu yang berkepentingan dalam dasar ini. ppsmi tidaklah gagal sepenuhnya. cumanya dasar ini perlu pengubahsuaian dan penambahbaikkan supaya dasar ini dapat diterima semua. kita lihat di sana sini timbul tentang isu bahasa melayu dipinggirkan apabila dasar ini dilaksanakan. jawapan orang yang bertanggungjawab ialah kita hendak bangsa melayu berjaya dengan mendalami ilmu sains dan matematik. rasional penggunaan bi adalah kerana bi ialah bahasa pengantar seantero dunia. bi merupakan bahasa ilmu. ini jawapan orang politik yang hanya berfikir sekaki. cuba fikir apa akan jadi lagi 10......30 tahun. cuba kita fikir apa akn jadi pada pemikiran anak bangsa kita??? di sini saya ingin nyatakan rasional mengapa ppsmi perlu pengubahsuaian dan penambahbaikkan. jika dilihat dalam jangka masa yang singkat, ppsmi sudah pun membunuh para pelajar melayu. dari tahun ke tahun peratus lulus cemerlang dalam sains dan matematik semakin menurun. tetapi gred lulus boleh diturunkan untuk menunjukkan keberkesanan dasar ini. kerja sapa???orang politik!!!!!!! itu yang boleh dilihat dalam masa yang singkat.dalam jangka masa yang panjang apa yang paling ditakuti ialah apabila generasi ppsmi ini sudah tertanam dengan ideologi yang mengatakan bahasa inggeris merupakan bahasa ilmu dan pada masa itu tidak mustahil jika generasi ppsmi ini yang akan memimpin malaysia kelak akan terus menolak bahasa melayu kerana tidak percaya lagi akan relevannya bahasa melayu dalam matapelajaran kritikal. ini yang kita bimbang. jika terjadi perkara seperti ini jangankan bahasa melayu, survival bangsa melayu pun akan musnah. banyak lagi buah fikiran yang ingin saya lontarkan tetapi saya dah letih menaip...hahahahaha..jadi kepada orang politik tolonglah jangan disebabkan ketaksuban kepada pangkat dan kekayaan, kepentingan pendidikan kepada bangsa sendiri dipolitikkan. serahkan kepada orang yang arif....INGAT KATA-KATA HANG TUAH.."X KAN MELAYU HILANG DI DUNIA". MELAYU PERLU BERSATUPADU MENGEMBLENG TENAGA MENJADI MELAYU YANG GAGAH DAN GEMILANG. SERLAHKAN TARING HARIMAU MALAYAMU. HIDUP MELAYU!!!!!!!!!!!!!!!!!I LOVE MALAYSIA

thoyyibah said...

Terima kpd badz..

Sy setuju dgn badz..ramai rasanya yang sedar tentang bahayanya perlaksanaan ppsmi ini untuk jangka masa panjang.. tp hakikatnya, org yg memegang kuasa tu la yg akan menentukan nasib bahasa dan bangsa melayu itu sendiri dan masalahnya mereka la yg xsedar atau saja buat2 xsedar krn menjaga kepentingan sendiri..

Besarlah harapan kami bakal2 pendidik ini ingin hak bahasa melayu dikembalikan semula..dan murid dapat peluang belajar sains dan matematik dengan lebih baik..

Post a Comment