Hambatan Minda...

melihat keajaiban sekeliling dan mengenal isi hati…

4/23/2009 09:04:00 PM

Cerita lama.. Macam-macam alasan..

Dihantar oleh thoyyibah

PPSMI, Surat Pekeliling Ikhtisas 11/2002 PPSMI, Surat Pekeliling Ikhtisas 11/2002 Pak Ngah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2002: Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)




Lanjut tempoh kursus guru PPSMI

Oleh Norakmah Mat Youb
norakmah@bharian.com.my


Kementerian mahu pertingkat penguasaan pengajar dalam bahasa Inggeris


GEORGETOWN: Kementerian Pelajaran bercadang melanjutkan tempoh kursus bahasa Inggeris bagi guru yang terbabit dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kepada enam bulan, berbanding tiga bulan ketika ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, bagaimanapun berkata perkara itu masih pada peringkat awal dan memerlukan kajian terperinci sebelum dilaksanakan.

"Lanjutan tempoh itu perlu bagi memperkasakan dan meningkatkan penguasaan guru dalam bahasa Inggeris.

"Sejak PPSMI dilaksanakan, banyak pandangan diterima, ada yang bersetuju dan ada juga yang sebaliknya. Ia bukan saja membabitkan murid dan ibu bapa tetapi guru juga," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan maklum balas diterima, cabaran utama PPSMI bukanlah murid tetapi guru sendiri yang masih lemah menguasai Bahasa Inggeris.

Sehubungan itu, katanya, guru perlu diletakkan dalam suasana latihan yang keseluruhannya dalam bahasa Inggeris supaya tahap pencapaian dan kemahiran mereka dapat ditingkatkan.

"Kita tidak mahu lagi guru yang berkursus diselang-selikan dengan tugas mengajar. Ia akan menyebabkan mereka hilang fokus," katanya.

Beliau berkata, jika perlu, sekolah yang menghantar guru berkursus perlu mencari guru ganti bagi memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran tidak terjejas.

Noor Rezan berharap guru yang mengajar subjek Sains dan Matematik meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan memanfaatkan sepenuhnya pemberian Bayaran Imbuhan Subjek Penting (BISP).

Katanya, imbuhan yang diterima sepatutnya digunakan untuk membeli buku atau menghadiri kelas tuisyen bahasa Inggeris.


Kursus la banyak2..pastu tinggal kelas.. kt sekolah xcukup cikgu, anak murid makin terkapai2..yg dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran..aduhai....
Nak buat peperiksaan dalam bahasa inggeris sepenuhnya selepas 2008? (rujuk surat pekeliling ikhtisas no 6.3) ye ke? hmm..mungkin PPSMI ni takkan dimansuhkan.. tunggu dan lihat je la apa langkah KPM selepas ni.. memorandum sudah, demonstrasi sudah, bahasa undi sudah.. semua sudah dibuat..tapi tak ada sebarang kesan.. Kesian Pak Samad dan rakan2 seangkatannya.. suara mereka tenggelam macam tu je.. Kalau dah suara pejuang bahasa pun dipekakkan, apa lagi suara guru2 biasa.. Macam anjing menyalak bukit.. tak ada apa2 perubahan..

http://www.menj.org/wp-content/uploads/ppsmi-070320091324.jpg

3 Komen:

asyraf said...

Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim,pengetua sekolah dulu tue...hehehe

hebat2 dia nie...huhhu

thoyyibah said...

beliau juga adalah bekas guru bahasa inggeris sekolah saya (SMK Raja Ali).. (^_^)

dark_eky said...

ooo..
idup ppsmi..
eh bahsa melayu..
eh..
ape2 jer la..
wakaka..=P

Post a Comment